Wajah Iman yang khusyuk menaip sesuatu di dalam laptopnya memberikan masa buat aku untuk tenung sesuka hati. Khusyuk betul ni sampai tak perasan mata aku melekat pada dia.
Daripada rambut sehingga lah ke cara berpakaian, Iman nampak kemas dan kacak dimatanya. Ke ini semua salah otak orang yang bercinta? Semuanya nampak elok belaka?
"Jangan lah renung saya macam tu. Saya tahu saya kacak.", Iman berseloroh.
Aku hanya ketawa. Bagi aku biasalah tu kalau orang yang kacak atau cantik mengaku kelebihan mereka itu. Yang aku menyampah kalau muka tak helok perangai lagi lah tak helok. Yang tu aku boleh naik angin.
Macam apa yang jadi pada Alina baru-baru ini. Teman lelakinya curang dengan Alina. Kalau nak diikutkan, Alina dan exnya bagaikan langit dengan bumi.
Tapi dah sayang kan? Nak buat macam mana? Perasaan tak boleh dipaksa.
Cuma. Yang buat aku marah tu, bila dia curang dengan Alina secara terang-terangan. Tertangkap sedang raba-meraba di dalam kafe. Bila bergaduh, dia boleh pulak cakap; kalau dia boleh dapat Alina, dia mesti boleh dapat yang lebih cantik.
Tak logik langsung. Kalau kau dapat perempuan secantik mana sekalipun, kau tetap hodoh. Dan kalau dalaman ikut sama hodoh, tak boleh buat apa lah macam tu. Biar tak handsome asalkan cerdik.
"Cath?", panggil Iman.
Aku kembali ke realiti. Astaghfirullahalazim, jauh pulak aku berangan.
"Yes? Sorry, mengelamun sekejap.", aku sengih.
Iman menutup laptopnya dan mula memberikan perhatian kepada aku. Ni yang aku suka ni. Bila dia dah tutup laptop, maknanya dia akan memberikan sepenuh masanya untuk aku. Dengan mata redup penuh perhatian, aku semakin cair.
"Nak share dengan saya? Mengelamun apa kalau muka awak macam bermasalah?", lembut suara Iman memujuk.
Aku terharu. Sungguh terharu. Cakap lah aku poyo ke apa tapi aku suka bila dipujuk dengan suara lembut sebegini. Rasa dihargai.
"Saya teringat kes Alina dengan ex dia. Tu je."
"Lah, buat apa awak fikir pasal tu? Lelaki macam tu buat malu kaum je. Saya tak nak mengaku dia kaum lelaki.", Iman menggeleng kepala.
Tangannya dilipat. Berpeluk tubuh sambil bersandar ke kerusi. Haih, nak flex biceps ke apa ni? Nampak macho pulak.
Sempat aku memandang ke kiri kanan kalau ada yang mencuri pandang ke arah teman lelakiku. Hah, ada. Cis, apa pandang-pandang boyfriend orang.
"Kenapa pulak awak cakap macam tu?", sengaja aku buat-buat tak faham dengan apa yang dia nak sampaikan.
"Dia curang sebab dia yakin dia boleh test market dapat yang lebih baik daripada Alina. Kalau Alina tu problematic, saya boleh cuba faham.", Iman berjeda sebelum menyambung.
"Tapi, Alina tu serba okay. Takde masalah. Confidence ex Alina tu sungguh lah tak bertempat. Tak reti bersyukur.", Iman tergeleng.
Aku hanya menarik sengih mendengar jawapan Iman. Aku dengan Iman pun dah nak masuk empat bulan bercinta. Agak-agak, Iman nak buat macam tu juga ke? Test market?
"Saya takkan buat macam tu dekat awak, okay.", Iman mengecilkan matanya memandang wajah aku.
"Macam tahu-tahu je apa yang saya tengah fikir."
"Awak percayakan saya kan?", soal Iman perlahan.
Aku mengangguk tanpa teragak-agak.
Iman senyum senang hati. Wajah nampak lega.
YOU ARE READING
Jodoh Antara Kita //COMPLETED// (slow editing)
RomanceCatherine Iman Sentiasa tahu apa yang dia mahukan dan dia akan cuba dapatkan selagi dia mampu. Sentiasa berterus-terang kerana dia tak mahu menyesal kerana terlambat. Sesaat terlambat boleh mengubah segalanya. Perasaannya kepada Iman bercambah dari...