BAB 38

325 27 0
                                    

"Cath, bukak WhatsApp. Aku baru hantar link pada kau."

Tanpa salam dan sapaan, suara Alina kedengaran serius. Aku menekap telefon di telinga dengan bahu sebelum menyusun kertas-kertas yang berterabur diatas meja. Rambut yang mengurai, aku selak ke belakang.

Bila buat kerja dari rumah ni, rasa aman sekejap bila boleh bebas tanpa hijab. Disebabkan aku rasa serabut, aku ambil keputusan untuk half day saja. Kerja selebihnya aku bawa balik ke rumah kerana rumah adalah tempat paling selamat buat aku sekarang.

"Link? Link apa tu?", aku menyoal.

"Pasal Iman. Hal serius ni."

Terhenti terus tangan aku. Panggilan dimatikan dengan pesanan Alina yang meminta aku cepat-cepat buka WhatsApp.

Sebaik sahaja aku buka link itu, tajuk berita itu sudah membuatkan aku tergamam. Identiti rahsia Iman sebagai seorang penulis buku yang terkenal dah tersebar. Bila aku baca lagi artikel itu, membulat mata aku bila artikel itu seolah-olah mempertikaikan sama ada Iman yang menulis semua buku-bukunya. Kredibiliti Iman pula dipersoalkan.

Bukan biasa-biasa impak berita ini. Iman dikecam teruk juga ni. Tapi kenapa sampai nak mengecam sedangkan tiada komen dari pihak Iman sendiri? Kalau dah jiwa membawang tu, tak boleh buat apa juga lah.

Aku hubungi Alina setelah aku baca semua link yang diberi. Takut aku membaca ayat-ayat rakyat yang mempunyai masa lapang yang teramat lapang.

"Macam mana diaorang tahu?", aku menyoal selepas memberi salam.

"Kau tahu ke Iman memang penulis tu? Kau tak macam terkejut pun.", soal Alina.

"Aku dah lama tahu. Iman ada sebab dia yang tersendiri kenapa dia rahsiakan. Jadi aku simpan jelah. But seriously, macam mana mereka semua tahu?"

"Aku pun tak tahu. Kau tahu kan betapa popularnya buku-buku Mon Abdul tu. Kau ni pun.. Kata bestie, tak nak bagitahu aku pun.", suara Alina macam merajuk.

Aku ketawa kecil mendengar bakal isteri orang ni merajuk.

"Mengada lah kau. Nama pun rahsia. Takkan aku nak bagitahu ke sana sini."

Alina ketawa dibalik talian. Merajuk mengada jelah tadi tu kalau dah boleh gelak ni. Auta lebih minah seorang ni.

"Tapi yang aku peliknya, macam mana tiba-tiba ada orang lain mengaku yang Iman curi karya dia? Aku follow akaun Instagram Mon Abdul tu dari dulu kut. Aku tak percaya lah.", suara Alina tak puas hati.

"Aku pun pelik juga. Buku Iman dah nak masuk sepuluh buah. Kalau betul Iman curi karya orang lain, takkan selama ini takde siapa tahu langsung?"

"Aku rasa tak sedap hati. Mesti ada benda lain ni.", Alina menambah.

"Harapnya takde apa lah. Kasihan Iman.", aku mengeluh.

Aku tahu seberapa besar dedikasi Iman terhadap buku-bukunya. Bila berita tak enak sebegini keluar, aku tak boleh bayangkan perasaan Iman.

"Okay lah. Aku nak gerak naik flight dah ni. Kalau kau jumpa Iman, pesan kat dia supaya bertabah. Orang dianiaya ni dilindungi Tuhan. Apa-apa hal, bagitahu tau. Jaga diri baik-baik, Cath. Jalan pandang kiri kanan. Kalau si badigol tu kacau kau, aku terbang ke sana. Jadi squad security tambahan. Love you."

Aku sengih mendengar ayat Alina. Sweet semacam sejak nak jadi bini orang ni. Terharu sekejap jadinya.

Nombor telefon Iman aku dail. Aku risau akan penerimaannya.

"Awak okay?", soalku bila salam dijawab.

"Awak tahu pasal tu?", suara Iman seperti hilang semangat.

Jodoh Antara Kita //COMPLETED// (slow editing)Where stories live. Discover now