"Saya setuju."
Tiada kata yang keluar dari mulut Aiden. Terkejut sangat agaknya dengan persetujuan aku.
"Awak.. Awak.. Serius ke ni?"
Tergagap Aiden menyoal. Aku rasa nak tergelak tapi aku tahan.
"Yes, Aiden. Saya setuju. Petang esok kita pergi tengok cincin merisik ke bertunang ke. Apa-apa yang ikut adat macam mak awak suka.", panjang lebar aku menerangkan.
Aiden meraup wajahnya sesaat sebelum merenung aku lama. Sampai naik segan aku dibuatnya.
"Terima kasih, Cath. Thank you so so much. You don't know how much this means to me."
Aku hanya senyum melihat kegembiraan Aiden. Berjangkit agaknya. Dia senang hati, aku terikut.
*
IMAN
"Kenapa nak Iman yang teman kan pulak?", aku rasa tak puas hati.
Kak Indah ketawa jahat. Dia menggunakan kuasa vetonya sebagai seorang kakak untuk mengheret aku di hari Ahad yang indah ini ke shopping mall. Dah lah aku busy sangat sepanjang weekday. Ingat kan weekend ni dapat berehat, rupanya tidak.
"I need a guy's opinion. Kau kan lelaki. Jadi pendapat kau boleh pakai lah.", Kak Indah sengih.
Berkerut aku mendengar kata-katanya. Nak kan pendapat lelaki? Tapi kenapa pulak? Mata aku membulat sesaat bila sedar kemungkinan yang terlintas dalam kepala aku.
"Along nak pergi dating ke?"
Soalan aku dijawab dengan senyuman lebarnya.
"Serius lah?", aku menyoal lagi dengan nada tidak percaya.
Kening Kak Indah terangkat tinggi, "Kenapa kau macam tak percaya? Tak percaya Along kau yang cantik ni ada yang berani nak mengorat?"
Tergelak aku dibuatnya.
"Part yang berani nak mengorat tu betul lah. Tak sangka ada yang berani nak mengorat. Tapi part cantik tu, rasa macam tak sesuai."
Bila Kak Indah membulatkan matanya dan laju nak mencubit lengan, aku laju melarikan diri. Dalam kalut nak mengelak dari dicubit, kuat aku berlanggar dengan orang lain.
"Ya Allah! Maaf!", laju aku mengundur dan meminta maaf sekali lagi sebelum aku ambil beg yang tercampak ke lantai akibat pelanggaran yang berlaku.
"It's okay."
Suara itu menghentikan pergerakan tangan aku untuk sesaat sebelum aku teruskan tujuan aku mengambil beg kertas itu. Perlahan kepala aku mendongak dan mata aku bertemu dengan mata si empunya suara. Suara yang aku sangat-sangat rindui tapi tiada apa yang mampu aku lakukan untuk mengubat rindu ini.
"Eh, Cath! Lamanya tak jumpa!", suara Kak Indah mengembalikan aku ke realiti.
Sesi berpelukan mereka hanya terjadi beberapa saat tapi ibarat slow motion kepada aku. Segenap wajah Cath aku renung dengan rasa yang bercampur-baur. Kali terakhir aku berjumpa dengan Cath adalah sebulan yang lepas. Selepas itu, sekali pun aku tak pernah berjumpa dengannya lagi walaupun hampir setiap hari aku ada dikafenya.
"Majlis bertunang tu hari Jumaat ni kan?"
Laju aku memandang Kak Indah. Bertunang? Siapa yang nak bertunang?
Berderau darahku bila melihat Cath memandang lelaki yang berdiri disebelahnya dengan senyuman. Aku baru perasan lelaki ini ada disebelah Cath. Laju jantung aku berdegup bila aku baca nama yang tertera dibeg yang masih berada dalam tangan aku.
YOU ARE READING
Jodoh Antara Kita //COMPLETED// (slow editing)
RomanceCatherine Iman Sentiasa tahu apa yang dia mahukan dan dia akan cuba dapatkan selagi dia mampu. Sentiasa berterus-terang kerana dia tak mahu menyesal kerana terlambat. Sesaat terlambat boleh mengubah segalanya. Perasaannya kepada Iman bercambah dari...