BAB 29

362 26 0
                                    

Seminggu selepas Iman dan aku berjumpa di mall, tiada benda yang pelik-pelik terjadi. Aku pula banyak menghabiskan masa di kafe atau rumah.

Kalau keluar pun, akan ada Vee atau ibu atau ayah. Aku tak bagitahu soal apa yang terjadi kepada mereka jadi mereka ingat aku cuma mengada.

Biarlah mereka ingat aku mengada. Bukannya selalu, ahaks.

Walaupun baru sekali aku terkena, aku tak mahu kali kedua. Orang zaman sekarang bukannya boleh percaya.

Silap hari bulan, aku dijual kat Siam. Naya je.

Wajah Arif yang terjengul di depan muka membuatkan aku terkejut.

"Arif! Terkejut akak!"

Arif ketawa kecil sebelum meminta maaf.

"Jauhnya Kak Cath berangan. Banyak kali tau Arif panggil."

Aku angkat kening. Arif panggil aku banyak kali? Kenapa aku tak dengar? Uish, lain macam aku berangan hari ni.

"Lain macam je akak sejak kebelakangan ni. Ada masalah ke?", soal Arif.

Aku geleng kepala dengan senyuman kecil.

"Betul ni? Kalau hal perempuan sekali pun, akak boleh je share dengan Arif. I'm all ears.", ujar Arif.

"Masalah perempuan? Ni mesti dah terbiasa dengar cerita Lisa ni.", aku ketawa kecil.

"Bukan Lisa je, adik beradik Arif sekali. Kira nasib baik lah ni Arif still setia jadi lelaki, tak rasa nak jadi gegirl.", gurau Arif.

Aku ketawa besar mendengar kata-kata Arif. Adik beradik Arif semuanya perempuan kecuali dia. Kerja pun dikelilingi dengan perempuan. Tu yang kalau nak bukak sesi bicara hati ke hati dengan Arif, memang takde masalah langsung.

"Baju soft pink kau ni, bukan gegirl ke?"

Lisa menyampuk sebelum dia hilang ke dapur.

"Damn, that girl. Telinga macam telinga gajah. Dengar je dia.", bebel Arif.

Aku ketawa lagi. Diaorang berdua ni dah macam Tom and Jerry. Bergaduh je memanjang.

"Baju ni originally warna putih. Siapa entah saja letak baju warna merah sekali dalam mesin basuh. Tak pasal-pasal jadi warna ni.", Arif membebel.

Sedang aku berbual dengan Arif soal adik-beradiknya, Iman masuk ke kafe. Bila dia tersenyum, aku membalas dengan senyuman juga.

Naik kening Arif melihat interaksi kami berdua. Terkejut.

"Kak Cath dah berbaik dengan abang Iman ke?", bisik Arif.

"Dia tolong akak. So, akak terima jelah dia nak berkawan. Tapi kawan je. Takde lebih-lebih.", aku jawab dengan senyuman hambar.

Macam mana aku nak berkawan dengan bekas kekasih, aku pun tak tahu. Agaknya kalau aku google, boleh jumpa tak? Cara untuk berkawan dengan ex kekasih dan tidak awkward?

"Just careful, Kak Cath. Kali ni kalau abang Iman buat hal lagi sekali, Arif call abang Malek."

Wajah serius Arif membuatkan aku senyum terharu. Sungguh terharu.

"Inshaa Allah takde apa-apa jadi dah sebab dia buat hal lagi memang akak dulu call abang Malek.", aku menjawab.

Itu pun kalau abang Malek free lah. Kerja abang Malek bukannya boleh dijangka jadualnya.

***

Loceng yang berbunyi menarik perhatian aku.

Eh?

Jodoh Antara Kita //COMPLETED// (slow editing)Where stories live. Discover now