BAB 28

379 31 0
                                    

"Ready to go?", soal Luke bila majlis penutup sudah pun selesai.

Aku angguk dengan senyuman.

Sedang kami berjalan mencari kereta yang diparkir, aku terpandang kiosk yang selalu aku kunjungi masa belajar dulu. Sanggup aku berjalan dari hostel ke sini semata-mata nak membeli jajan.

"Tunggu sekejap boleh? Saya nak cari something."

Luke mengangguk, tak kisah.

"Ouch!"

Aku terjerit kecil bila bahuku dilanggar kuat. Ada tangan yang menarik aku daripada nyaris nak berlanggar dengan rak dibelakang badan aku.

"I'm so sorry. Saya tak nampak awak tadi. Sorry sangat-sangat."

Aku mengangkat muka dan memandang seorang lelaki yang nampak serba salah.

"It's okay. Takpe, takpe.", aku senyum nipis.

Takpelah sangat. Sakit gila!

Bila terasa tangan aku masih digenggam, aku tarik laju. Tak selesa. Tak tahu lah perasaan aku ke apa tapi terasa macam dia usap tangan aku sesaat sebelum terlepas.

"Sorry.", lagi sekali dia meminta maaf.

"Saya betul-betul tak sengaja.", sambungnya lagi.

Aku menggeleng dengan senyuman kecil. Kesian pulak aku.

Aku dapat lihat matanya memandang ke belakang aku dan dengan serta-merta senyumannya mati. Aku dah boleh agak siapa.

"Is there a problem here?", suara Luke kedengaran tegas.

Luke berdiri di sebelah aku, rapat. Betul-betul macam bodyguard ni.

Lelaki itu menggeleng sebelum menggumam sesuatu yang aku tak dapat tangkap sebelum beredar. Matanya melekat sekali lagi di wajah aku sebelum dia betul-betul pergi.

Hmm. Pelik.

"Awak tak apa-apa?", soal Luke. Nada suaranya kembali lembut.

Aku geleng kepala.

"Dia tak nampak saya kat sini tadi, tu yang terlanggar tu. Nasib baik dia pegang saya sebelum terlanggar rak ni."

Aku pandang bucu tajam rak itu. Kalau kena tadi ni, pergh aku boleh bayangkan sakitnya. Mau bocor kulit aku.

"Laluan kecil macam ni dia kata tak nampak?", Luke berkerut dengan riak yang aku tak boleh teka.

Aku ada terfikir juga. Sebab kiosk ni kecil je kut. Mustahil tak nampak aku. Tapi mungkin dia tengah berangan? Aku selalu je macam tu, hahaha.

"There's something off about him."

Ayat Luke membuatkan kening aku naik. Lain macam ayat Luke ni. Dia tak pernah cakap macam ni sebelum ni.

"Kenapa pulak awak cakap macam tu?"

Wajah Luke serius.

"Saya tak pasti tapi hati-hati, Cath."

Aku tak dapat nafikan ayat Luke membuatkan aku jadi takut pula.

"No worries, though. Saya kan ada.", Luke mengenyit mata.

Aku menghela nafas dengan dramatiknya. Luke pula ketawa geli hati.

Dia ni kan. Tak tau lah aku nak cakap apa.

***

Selepas aku menghantar Luke ke lapangan terbang untuk pulang semula ke Sweden, aku terus ke mall. Lama tak cuci mata.

Jodoh Antara Kita //COMPLETED// (slow editing)Where stories live. Discover now