BAB 34

375 30 1
                                    

Enjoyyy 😊


Menepati janji, ayah dan pakcik memang all out dalam menjaga keselamatan aku.

Apatah lagi bila mengetahui yang Hisham dan kembarnya datang daripada keluarga yang berada. Yang mana memudahkan mereka dua beradik untuk membuat kerja-kerja tak bermoral mereka. Abang Malek dan rakan sekerjanya dapat korek apa yang terjadi dengan Hisham selepas dia menghilang daripada sekolah.

Rupanya keluarga Hisham menghantarnya ke institusi mental yang agak terkenal kerana kemewahan yang dijamu kepada pesakit mereka. Di situ, Hisham mendapatkan rawatan untuk masalah mentalnya. Walaupun dia diisytiharkan tidak lagi membawa mudarat kepada orang lain dan dirinya sendiri, nampaknya semua itu maklumat palsu belaka.

Tambah pula, nama Hisham selalu dikaitkan dengan beberapa kes penculikan wanita. Tetapi dia dilepaskan sebab tak cukup bukti.

Itu sudah cukup untuk membuatkan semua orang dalam mod berjaga-jaga. Terutamanya aku.

Sepanjang aku dan ibu menunggu penerbangan kami yang akan berlepas dalam masa setengah jam lagi, ada beberapa pengawal peribadi yang berkawal. Ada yang dalam suit mereka dan ada juga yang berpakaian macam orang biasa. Yang macam orang biasa inilah yang akan ikut kami ke Sweden.

Bila aku kira, semuanya ada dalam sepuluh orang juga.

"Ibu tak rasa semua ni macam melebih sikit ke?", soalku.

Ibu memegang tangan aku dengan senyuman.

"Untuk anak-anak ibu, takkan ada yang melebih-lebih. Semua ini untuk keselamatan Cath. Plus, it's also crucial for our business. You have a big responsibility, remember."

Aku angguk lemah. Setelah aku dinamakan sebagai pewaris syarikat yang pak cik kelolakan, tanggungjawab aku makin berat. Aku bertanggungjawab untuk lebih lima ribu pekerja diseluruh dunia. Kalau ada apa-apa terjadi kepada aku, mereka semua juga akan terkena impaknya.

"Kalau tak berduit pun susah. Kalau berduit pun susah.", aku mengeluh dengan senyum senget.

"Semua ini dugaan daripada Allah, Cath. Susah senang semuanya ujian untuk kita. Macam mana kita nak tempuh semua itu yang paling bermakna sekali. Yang penting, Cath buat yang terbaik dalam semua perkara.", nasihat ibu.

"In sha Allah, ibu. Asalkan ibu sentiasa ada untuk sokong, Cath.", lengan ibu aku peluk.

Ibu ketawa penuh makna.

"Kalau ibu takde pun, Cath ada sokongan luar yang tak berbelah bahagi."

Aku berkerut. Sokongan luar? Bodyguards ni ke?

"Bodyguards?", soalku.

Ibu sengih.

"Alah, pura-pura tak tahu pulak. Ibu bercakap soal Iman."

Aku kemam mulut secara refleks. Bercakap dengan orang lain soal Iman, okay lagi. Bila dengan ibu ni, rasa macam erk...

Kekok.

Love life aku kut ni.

Love life eh, Cath?

"Bila kita nak bergerak eh, ibu? Rasa macam dah lama sangat tunggu.", aku buat cubaan alih topik. Mata aku melilau tanpa fokus.

Tapi malang. Cubaan aku.. Tidak berjaya sama sekali.

"Jangan nak tukar topik. Kenapa? Cath segan nak cakap pasal Iman dengan ibu?"

Aku garu kepala yang tak gatal. Macam mana nak cakap ni eh.

"Antara tiga orang anak ibu ni, Cath lah yang paling independent sekali. Maybe sebab itu juga, Cath jarang kongsi tentang perasaan Cath.", ibu berhenti seketika. Merenung kosong ke arah lantai.

Jodoh Antara Kita //COMPLETED// (slow editing)Where stories live. Discover now