BAB 36

327 24 0
                                    

Aku tahan senyum yang daripada tadi nak keluar. Muka Iman sungguh kelakar sekarang ini.

Daripada mula sampai sehingga sekarang, Pakcik Samir sengaja buat muka garang. Tidak sekali pun senyum. Menyoal siasat Iman dengan caranya sendiri. Bak Godfather sejati.

"Cath tak nak selamatkan Iman ke?", ibu berbisik dengan muka tiada perasaan di telinga aku.

"I don't think so, ibu.", aku kenyit mata.

Ibu pura-pura menghirup teh untuk menyembunyikan senyuman sendiri.

Kami dah selesai makan malam tadi dan sekarang adalah waktu kebiasaan untuk keluarga aku. Masa untuk makan desert dan berbual-bual.

Di meja makan bulat ini, ada aku dan ibu yang duduk bersebelahan. Pakcik Samir di kepala meja selaku tuan rumah. Iman di kirinya dan Luke di kanan pakcik. Aku dan ibu sengaja duduk dekat. Jadi penonton.

Luke juga nampak terhibur dengan soalan-soalan yang pakcik ajukan kepada Iman. Dari tadi dia asyik kulum bibir menahan senyum.

Bukannya apa. Pakcik punya soalan tu memang random habis.

Ada satu tahap, pakcik tanya adakah Iman gay? Tersedak Iman mendengarnya. Bila dijawab tidak dan kenapa, pakcik angkat kening dengan air muka tak berperasaannya.

Nak tersembur ketawa aku melihat sisi lain pakcik. Mungkin pada Iman, pakcik nampak menakutkan. Pada aku, semua ini menghiburkan.

"So.. Iman. Cath pernah bagitahu saya yang kamu ada karier lain selain dalam bidang arkitek?", soal pakcik.

Iman pantas mengangguk, "Betul tu, tuan."

Bila disambut depan pintu tadi, Iman terus tersasul panggil pakcik 'tuan'. Terus melekat panggilan itu sehingga sekarang.

"Boleh saya tahu apa pekerjaan kamu tu?", pakcik mendekatkan badannya ke meja.

Mata Iman mencari aku seketika. Seseolah meminta bantuan tetapi aku buat selamba. Nak tolong macam mana? This is solely on him.

Identiti Iman sebagai penulis dirahsiakan atas kehendaknya sendiri. Katanya lebih baik orang tak kenal dia siapa dan impak bukunya adalah lebih penting. Hanya dengan orang yang dia percaya sahaja yang akan tahu kehidupan kedua Iman itu. Iman cukup berahsia dengan identitinya itu dan bukan senang dia nak buka mulut. Jadi aku tak terkejut kalau dia tak mahu beritahu pakcik.

"Saya seorang penulis buku."

Jawapan Iman membuatkan aku terkejut sesaat. Wow. Dia beritahu dengan rela? Hmm.

Pakcik memandang Iman dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

"Are you famous?", soal pakcik.

Iman senyum gemuruh dengan soalan itu.

"Tak popular mana pun. Saya biasa-biasa je."

Tipu.

Peminat buku Iman ramai ya amat. Pesta buku tahunan di Malaysia menjadi tempat perjumpaan untuk peminat Iman. Kalau datang masa itu, fuh menakutkan. Ramai gila. Kalau Iman buat signing event, satu dewan penuh dan padat dengan peminatnya. Belum tengok yang beratur di luar lagi.

Jawapan Iman yang merendah diri itu membuatkan riak wajah pakcik lembut sedikit. Aku nampak perbezaannya. Tapi mungkin tidak kepada Iman.

"Kalau macam tu, mari ikut saya ke bilik bacaan. Ada sesuatu yang saya nak tunjukkan."

Pakcik bangun dan terus berjalan perlahan menuju ke bilik bacaannya. Iman nampak teragak-agak untuk pergi dan sekali lagi dia memandang aku.

Kali ini aku memberikan reaksi. Tersenyum lembut, aku mengangguk.

Jodoh Antara Kita //COMPLETED// (slow editing)Where stories live. Discover now