BAB 5

411 40 0
                                    

Hari ni nampak gayanya aku kena buka kedai sendirian lah. Kak Siti lambat sikit sebab anak demam.

Lisa dengan Arif pula kena ambil barang dari supplier yang tak boleh nak turun ke kafe minggu ni. Menjelang selepas Zuhur nanti baru mereka sampai agaknya.

Aku mengeluh secara automatik.

Habit.

Dah lama tak jaga kedai seorang diri. Entah macam mana lah hari ni. Dah masuk musim cuti sekolah pulak tu. Tak menang tangan lah hari ni.

Takpelah. Bukan selalu buat benda macam ni.

Sesekali kena juga letak diri sendiri di kasut seorang pekerja. Barulah boleh faham perasaan mereka.

Satu demi satu urusan membuka kedai aku buat dengan penuh cermat. Bukak kedai, pasang semua mesin yang perlu.

Periksa bahan-bahan. Sediakan mesin kopi. Sediakan bahan untuk hari ini. Kerja beberapa orang akan jatuh ke bahu aku untuk pagi ini.

Tepat jam 9 pagi, kedai sudah bersedia untuk beroperasi.

Aku tersenyum tanpa sedar. Baru nak bukak kedai dah berpeluh gini.

Sambil menunggu pelanggan tiba dan membaca mesej daripada group WhatsApp kafe, aku membancuh kopi untuk diri sendiri.

Mata boleh tahan berat juga.

Semalaman aku berjaga semata-mata nak menyiapkan beberapa lagi rekaan. Kalau ikut jadual, hari ni kena siapkan lagi sekurang-kurangnya sepuluh rekaan.

Semalam dapat capai lima belas. Lebih lima daripada jangkaan. Hari ini harapnya aku boleh buat lebih jugak lah.

Itu baru design simple. Belum design khas yang memerlukan masa lebih lama. Aku perlukan research untuk itu.

Sebab tulah, aku memerlukan kopi. Semalaman tak tidur, hari ni pula bakal sibuk.

Fuh, kena ready ni. Kalau tak, tiba-tiba je boleh tertidur. Buat malu je nanti.

"Cath?"

Kalau aku tertidur, lepas tu Iman datang pulak? Malu weh, maluuu.

"Cath..?"

Mana nak letak muka ni. Karang elok-elok aku nak mengorat dia, terus kena reject on the spot.

"Cath?"

Iman memetik jari didepan aku dengan muka bingung.

Kalau dia bingung, aku lagi lah.

Bila masa dia ada dekat depan aku?

Mata bertentang mata. Iman mengangkat kening. Bertanya 'kenapa' tanpa suara.

"Ya Allah! Awak dah lama dekat depan saya ni ke?"

Apa kau buat ni? Baru sebut pasal malu.

"Tak lama mana lah. No worries. Awak seorang je ke hari ni?"

Iman menyoal sambil memandang ke sekeliling.

Aku mengangguk menjawab soalan Iman. Malu masih terasa. Kenapa lah waktu macam ni aku nak berangan?

"Awak nak order ke?"

Iman mengangguk. Senyuman yang muncul menyerlahkan benda yang menjadi kegemaran aku sejak kebelakangan ni.

Lesung pipit dia.

Ya Allah!

Comelnya!

"Saya nak order black coffee, no sugar."

"Itu je?"

"Yep. Nanti kalau saya dah lapar, baru saya order lagi boleh?"

Sekali lagi Iman menghadiahkan lesung pipit mahalnya. Ouch hatiku. Behave.

Jodoh Antara Kita //COMPLETED// (slow editing)Where stories live. Discover now