BAB 11

364 29 0
                                    

"Ibu dengar cerita, orang tu dah berpunya."

Rasa tercekik karipap di tengah-tengah kerongkong. Laju aku mencari wajah ibu aku, Sumeera. Lain macam intro ayat Puan Sumeera ni.

"Siapa orang tu, ibu?", aku kerdip-kerdipkan mata. Acah nampak innocent sikit.

"Cath tak payah buat-buat tak tau, okay. Kalau tak sebab kakak kamu, takdenya ibu tahu. Sampai hati tak nak share dengan ibu."

Wajah ibu membuatkan aku rasa serba salah. Aku bukannya apa. Aku berkongsi macam-macam cerita dengan ibu tapi bila masuk bab percintaan ni... Tak reti lah.

Tangan ibu aku capai. Tangan yang paling aku kagumi. Tangan orang yang paling aku sayang satu dunia ni.

"Cath bukan tak nak bagitahu. Cath cuma tengah cari masa yang sesuai je."

Ibu memandang aku. Lama. Mungkin tengah berfikir. Aku ni berbeza sikit dengan adik dan kakak aku. Umur mencecah 18 je, pakcik aku angkut aku pergi ke Sweden.

Sebelum tu pula, tiap-tiap tahun aku akan ke sana bila cuti sekolah. Kalau boleh buat dua kerakyatan, aku dah buat dah. Mungkin disebabkan selali berjauhan dengan keluarga menjadikan aku susah nak meluahkan perasaan secara terbuka macam adik dan kakak aku.

Diaorang berdua tu dari pagar dah boleh dengar suara. Riuh setaman.

"Sekarang ni macam sesuai je kan? Kita berdua je yang ada kat sini.", ibu sengih.

Aku tergelak. Ingatkan buat muka kesian dah boleh selamat.

"Cath tak tahu nak mula macam mana. Apa yang ibu nak tahu pasal dia?"

"Nama? Umur? Kerja apa? Dia layan Cath baik ke?", ibu menyoal bertubi-tubi. Soalan terakhir membuatkan wajah ibuku bertukar serius.

Terharu pula dengar soalan terakhir tu.

"Nama dia Iman. Iman Iskandar.", aku menyebut.

Dah kenapa suara aku automatik lembut sangat ni? Sebut nama pun dah jadi lembik.

"Wah, macam berjodoh je nama sama ni.", ibu menyampuk dengan muka teruja. Bahu aku ditepuk dek kerana rasa teruja itu.

Aku hanya mengangkat bahu tanda tak tahu. Tapi senyum dibibir bukan main lebar lagi.

"Umur dia 28 tahun ni. Okay lah kan, tak jauh sangat beza umur kami."

Ibu mengangguk setuju.

"Kalau bab kerja, itu yang menarik. Dia ada dua kerja macam Cath.", aku mengangkat kening dengan sengihan.

"Dia ada kafe jugak ke?", soal ibu.

Aku menggeleng.

"Dia seorang arkitek. Company kawan dia. Well actually, his father's friend owns the company. Tapi dia takeover tahun lepas. Dia selalu buat kerja dekat kafe Cath. Dari situ kitaorang berkenalan. Kalau dia perlukan pejabat dia semula, baru dia masuk ke pejabat."

Aku menerangkan. Sebulan bercinta baru aku tanya semua tu. Sebab aku hairan juga. Arkitek apa yang boleh buat kerja di luar pejabat.

Bukan ke mereka memerlukan meja dengan ruang yang banyak untuk melukis dan benda yang berkaitan? Rupanya dia akan sambung kerja yang tidak berkaitan di luar. Kalau bab melukis, masuk semula ke dalam pejabat.

"Arkitek? Sama macam cita-cita Cath.", pandangan wajah ibu bertukar sayu.

Aku menggeleng kepala laju. Memang ada kisah lain kenapa aku tak kejar cita-cita aku. Tapi sekarang ni aku tak nak fikir benda yang dah berlalu.

Jodoh Antara Kita //COMPLETED// (slow editing)Where stories live. Discover now