Mata meliar memandang ke luar pintu kaca.
Aiseh man.
Ini yang aku malas ni. Kata nak jumpa pukul 10. Ni dah jam berapa ni?
Dasar janji Malaysia.
Aku celikkan mata sebesarnya sambil memandang ke sekeliling. Kut lah aku yang tak nampak dia di mana.
Minah ni bukannya boleh percaya. Kut nak main cak-cak pulak.
Hmm.
Takde pun?
Tangan laju mencapai telefon diatas meja. Dia ni memang minta kena sekolahkan betul lah.
Sebaik saja panggilan berjawab, aku terus menyembur.
"Hoi, makcik! Kau ada kat mana hah? Janji pukul berapa? Dasar Melayu!"
Aku terus membebel dengan nada tak puas hati. Mata aku terpandang seorang lagi pelanggan kafe ini yang memandang aku dengan muka terkejut.
Alamak, aku tercakap kuat sangat ke? Terlupa pulak ada orang lain kat kafe ni.
"Sorry, encik."
Aku mengangkat tangan sebelum sengih segan ke arah lelaki itu yang kemudian menggeleng dengan senyuman nipis.
Aku terus bangun dan bergerak ke luar kafe. Telefon aku tekap semula ke telinga.
"Lepas tu aku check minyak kereta, dah nak dekat E. Ni abang aku lah ni, dah pakai tak reti nak isi. Lepas tu-"
Aku menggeleng kepala mendengar penjelasan panjangnya. Dia ni kalau bagi alasan memang tak reti pendekkan ayat.
Sebab tulah waktu sekolah dulu selalu kena bebel dengan cikgu Bahasa Melayu dek kerana tak reti pendekkan ayat.
Kalau dah soalan minta 100 patah perkataan, dia bagi seribu? Memang saja minta kena marah.
"Lepas tu, staff pulak cakap yang butik ada problem jadi aku kena ke sana dulu. Ni bila aku dah gerak ke kafe, ada kemalangan pulak."
Aku tergeleng kepala.
Sungguh lah dia ni. Pendekkan jelah ayat tu.
"So sekarang ni tengah jammed lah tu?"
"Aah. Aku dah lah lapar gila ni. Dari pagi tak makan-makan lagi."
"Hmm, jauh lagi tak? Aku orderkan makanan kau dulu?"
"Ya Allah, baiknya kawan baik aku ni. Orderkan lah aku macam biasa ek. Thanks baby!"
Aku mencebir bila dia mem'baby'kan aku. Geli.
Aku masuk semula ke dalam kafe bila panggilan tamat. Terasa lelaki tadi memandang ke arah aku.
Bila aku pandang, dia nampak tengah khusyuk memandang dengan laptopnya.
Perasan jugak aku ni.
Selesai aku memesan makanan untuk kami berdua, aku kembali membaca buku di atas meja. Baru beli. Alina lah yang suruh. Katanya buku ni tengah hot sekarang.
Oh, Alina tulah kawan baik aku yang tengah stuck dalam traffic jam tu.
Tetapi aku masih rasa macam dipandang seseorang. Instinct aku ni biasanya betul.
Mata aku melirik ke arah lelaki itu. Dia mungkin tak perasan. Tangan aku mencapai telefon dan menaip sesuatu. Mesej yang aku terima membuatkan aku terangguk-angguk.
Betul lah. Dia tengah pandang aku.
Aku buat tidak peduli. Lantak kau lah nak pandang aku lama mana pun. Kisah pulak.
YOU ARE READING
Jodoh Antara Kita //COMPLETED// (slow editing)
RomanceCatherine Iman Sentiasa tahu apa yang dia mahukan dan dia akan cuba dapatkan selagi dia mampu. Sentiasa berterus-terang kerana dia tak mahu menyesal kerana terlambat. Sesaat terlambat boleh mengubah segalanya. Perasaannya kepada Iman bercambah dari...