"Jadi.. Dia dah ingat semuanya?"
Suara aku hampir tak terkeluar dek kerana terkejut. Terkejut sangat dengan apa yang diceritakan oleh Kak Indah.
Nasib baik aku dan Kak Indah memang sedang duduk. Kalau tengah berdiri, aku tak rasa kaki aku mampu menahan rasa terkejut ini.
Wajah Kak Indah nampak bersimpati dengan aku. Tangan aku digenggamnya erat. Menyalurkan sokongan tanpa suara buat aku.
"Kak Indah pun tahu pasal ni. Kata doktor yang rawat Iman, pada mulanya lepas dia ingat siapa Cath, dia teruja sangat nak jumpa dengan Cath balik. Tapi beberapa hari selepas tu, tiba-tiba dia diam. Tak ada siapa tahu kenapa. Dia ambil keputusan untuk tak contact Cath. Dan dia tak beritahu kami semua pun yang dia dah ingat Cath.", ujar Kak Indah sebelum menyambung lagi.
"Akak tak tahu kenapa dia ambil keputusan untuk sorokkan semua ni. Tapi satu benda yang pasti, Cath patut tahu soal ni."
Aku hela nafas berat. Jari naik memicit sisi kepala. Terasa berdenyut sekejap. Macam nak migrain. Selepas Kak Indah balik untuk sambung tugasnya sebagai seorang doktor, aku masih di sini. Tak bergerak sejak tadi.
Macam-macam soalan yang bermain dalam kepala aku. Soalan yang pertama ialah kenapa.
Kenapa Iman sorokkan tentang semua ini?
No, no. Aku tak boleh nak fikir lah bila duduk kat sini. Lebih baik aku balik. Berfikir dekat rumah lagi baik daripada dekat sini. Kepala pun dah makin berdenyut ni.
Beberapa langkah sebelum aku sampai ke pintu keluar kafe itu, langkah aku terhenti bila mata aku ternampak sesuatu.
Iman!
Automatik kaki aku nak melangkah mendapatkan dia tapi aku kaku di situ bila Iman tidak keseorangan. Dia dengan seorang perempuan cantik. Mereka nampak mesra.
Dah lama aku tak nampak Iman senyum begitu ikhlas. Tingkah mereka berdua nampak rapat dan mesra. Siap bergelak ketawa lagi.
Hati aku terasa retak bila melihat mereka bergandingan berdua sambil wanita itu sesekali memegang lengan Iman. Dan tidak sekali pun Iman nampak tidak selesa atau marah. Malah nampak mesra. Kalau dulu, tersentuh aku pun dia dah menggelabah. Takut. Tapi ini...
Mereka berdua berjalan menghala ke arah aku dan aku hanya tegak di situ. Tegak bagai tugu negara sehinggalah mata Iman hinggap di wajah aku.
Wajah Iman berubah terkejut sedangkan aku? Seperti sudah tiada perasaan. Perasaan aku dah jauh hilang entah ke mana.
"Cath..", bisik Iman perlahan.
Aku senyum hambar, "Hi. Tak sangka boleh terserempak dekat sini."
Iman nampak tak tentu arah untuk membalas kata-kata aku. Sementara aku pula mengalih perhatian ke arah wanita disebelah Iman.
Wajah wanita itu berkerut memandang aku sebelum memandang Iman pula. Beberapa kali dia buat begitu sehinggalah aku menghulurkan tangan.
"Hello, saya Cath."
Menyambut tangan aku, wanita itu nampak terkejut sebelum dia tersenyum mesra.
"Hai. Nice to meet you. Saya Melrose. Awak dah lama kenal ke dengan Iman?", ujar wanita itu.
Aku pandang Iman sekilas yang nampak gelabah sebelum aku senyum kepada Melrose.
"Kawan lama.", aku jawab dengan bersahaja.
Melrose nampak seperti ingin berkata sesuatu lagi sebelum aku potong bila kepala aku semakin kuat berdenyut. Sambil berkerut menahan sakit, aku gagahkan diri untuk senyum.
YOU ARE READING
Jodoh Antara Kita //COMPLETED// (slow editing)
RomanceCatherine Iman Sentiasa tahu apa yang dia mahukan dan dia akan cuba dapatkan selagi dia mampu. Sentiasa berterus-terang kerana dia tak mahu menyesal kerana terlambat. Sesaat terlambat boleh mengubah segalanya. Perasaannya kepada Iman bercambah dari...