BAB 43

336 28 0
                                    

Wad Iman sekarang ini penuh dengan ahli keluarganya dan juga keluarga aku. Kak Ellie dan Vee juga ada di sini. Wajah Iman nampak berbeza bila dia berbual dengan Auntie Azizah dan Kak Indah. Wajahnya nampak ceria.

Membuatkan hati aku bertambah sedih. Iman tak kenal aku. Dia tak ingat aku lagi.

Penjelasan daripada doktor tadi membuatkan nafas aku terhenti seketika. Iman amnesia. Pemeriksaan menunjukkan yang memorinya terhenti sebelum dia berjumpa dengan aku. Empat tahun lepas.

Disebabkan apa yang terjadi masih baru, doktor tidak dapat memberikan jaminan yang Iman akan memperoleh memorinya semula. Boleh jadi ia akan kembali. Boleh jadi memori tentang aku dan dia terhapus begitu sahaja. Dadah yang disuntik itu adalah teknologi baru. Doktor pun masih hairan bagaiman ia boleh memberikan kesan sebegini sekali.

"Are you okay?", bisik Luke yang mendekati aku.

Kopi panas dihulurkan dan aku menerima dengan hati yang terbuka. Sejak Iman masuk ke dalam hospital, aku masih belum tidur dan berehat sama sekali. Rasa gusar mengatasi semua keperluan itu.

"You think?", aku mengeluh perlahan.

"Honestly, you look terrible. Have you eaten? Or sleep?", nada suara Luke jelas risau.

"Saya dah makan sikit tadi. Tidur belum lagi."

"No wonder. Awak nak balik hotel? Even sekejap? Rehat dulu.", sambung Luke.

"Saya..", ayat aku terhenti bila mata aku dan Iman bertembung.

Untuk seketika, aku berharap yang Iman dapat ingat aku. Walaupun sedikit. Tetapi melihatkan dia mengalih perhatiannya kepada Kak Indah dengan riak kosong, aku tahu. Harapan aku tiada.

Sekali lagi mata aku berair. Senang sungguh aku nak menangis hari ni. Emosi sungguh jadinya.

"Cath..", Luke memanggil aku.

Bila aku pandang matanya, wajahnya ikut sedih.

"You're going to make me want to cry too."

Komen Luke membuatkan aku nak tergelak tiba-tiba. Tak boleh nak bayangkan imej Luke yang sasa ni menangis sebab aku menangis.

Aku senyum nipis, "Air mata saya jadi murah pulak hari ni. Sorry."

Aku lap air mata yang sudah luruh. Apa yang tak kena dengan aku ni agaknya. Senyum, senyum juga. Nangis tetap nangis.

"Oh, Cath..", suara Luke bertukar sedih bila melihat air mata aku yang tak berhenti.

"Saya nak keluar sekejap. I need some time to think."

Tanpa menunggu balasan dari Luke, aku terus keluar. Tidak mempedulikan mata-mata yang memandang aku. Hati aku terlalu sedih sekarang ini.

Jalan punya jalan, aku akhirnya duduk di taman mini yang sangat menyenangkan minda aku untuk berfikir. Semua yang terjadi terlalu mendadak. Buatkan kepala aku jadi sakit pula memikirkan semuanya.

"Are you okay?"

Soalan yang sama diajukan kepada aku sekali lagi. Kali ini oleh Kak Ellie. Entah bila masa Kak Ellie ikut aku. Aku tak perasan pun. Mana nak perasan kalau fikiran melayang entah ke mana?

Kak Ellie duduk disebelah aku dan menggenggam tangan aku. Memberikan sokongan tanpa kata.

"Cath tak tahu, Kak Ellie. Dia tak ingat kita semua. Dia tak ingat Cath. We're strangers now."

"In sha Allah, dia akan ingat semula. Cath tak boleh berhenti berdoa untuk itu.", lembut suara Kak Ellie menasihati aku.

"Cath takkan berhenti mendoakan Iman. Semua ni berpunca dari Cath. Dia sekali dapat tempiasnya. Memang mungkin Iman akan ingat semula. Tapi.. Macam mana kalau dia tak ingat dah? Kemungkinan itu ada, Kak Ellie."

Jodoh Antara Kita //COMPLETED// (slow editing)Where stories live. Discover now