BAB 12

362 34 1
                                    

Awan yang menggebu diluar tingkap di nampak macam cotton candy. Hmm teringin lah pulak. Mana nak cari ni.

Aku terus berpaling memandang ke lelaki disebelah aku.

"Do you know any candy stores? I want some cotton candy lah.", aku sengih.

Luke tergamam seketika dengan permintaan aku yang sangat random sebelum dia tergelak. Bunyi tawanya kedengaran dalam. Wuu, masculine guy detected.

"Why so random?"

Soalan Luke membuatkan aku menjuihkan bibir ke luar tingkap pesawat yang akan sampai ke destinasi dalam masa satu jam lagi. Kerja tak siap lagi jadi kenalah pulang semula.

"Because of the clouds?", soal Luke dengan muka tak percaya.

"Awak tak rasa macam awan tu nampak sedap ke? Ke saya je rasa macam tu?", aku mengangkat kening.

Aku ke yang abnormal ni?

"Yes, honey. Only you."

Aku mengecilkan mata memandang Luke yang sudah ketawa lagi. Dia gelakkan aku pulak. Seronok nampak?

"Do you need any help, sir?"

Suara pramugari yang kedengaran sensual dan seksi singgah di telinga aku. Wow, lawanya pramugari ni. Aku yang perempuan pun pandang berkali-kali.

Aku menahan senyum bila melihat wajah Luke yang terpinga-pinga dengan soalan itu. Mulutnya terbuka sebelum tertutup semula. Kepala digeleng. Suaranya bagaikan hilang.

"Can I get some water for my friend here? He's just shy with beautiful lady.", aku membisikkan ayat terakhirku dengan dramatik.

Pramugari itu ketawa tersipu-sipu sebelum mengangguk. Tak sampai seminit, air diberikan kepada Luke dengan senyuman manis.

Luke menerima dengan wajah segan. Aku terus ketawa tanpa bunyi sebaik sahaja pramugari itu berlalu. Wajah Luke nampak tak puas hati dengan aku.

"Sejak bila awak ni malu-malu dengan perempuan? Kata buaya darat terkenal.", aku komen.

Luke berkerut seketika untuk menghadam ayat aku memandangkan dia kurang fasih tetapi faham bahasa Melayu. Bila dah mula faham, dia menjegilkan mata kepada aku.

"Hey, I'm not a buaya darat!"

Aku sengih. Eleh. Tak mengaku konon. Separuh daripada Stockholm tu dia dah tawan. Reputasi sebagai playboy terkenal masih tidak tertanding kut.

"If I am a buaya darat, your boyfriend won't let you see me anymore.", Luke membalas dengan muka berlagaknya.

"Itu sebab dia tak tahu reputasi awak. Saya tak cerita pun yang awak kerja sekali dengan saya."

"Why?", Luke hairan.

"Kalau saya bagitahu yang saya kerja dengan lelaki sekacak awak, nanti dia jealous sedangkan kita ni rakan sekerja. Saya tak nak membebankan fikiran dia dengan perkara yang tak perlu. Common sense, Luke."

Aku mengetuk kepalanya perlahan dengan menggunakan pensil yang aku pegang dari tadi. Sempat lah siapkan beberapa lagi rekaan. Masa tu kan emas.

Luke mengangguk dengan wajah yang mula faham sebelum dia berkerut dan senyum penuh makna.

"Did you just called me handsome?"

Luke mula mengusik aku dengan muka bangga dipuji sementara aku hanya buat-buat tak dengar.

Malas nak layan.

***

"Hai, abang Iman. Termenung teringat kat Kak Cath ke?", Arif menegur dengan sengihan.

Jodoh Antara Kita //COMPLETED// (slow editing)Where stories live. Discover now