Any typo, maaf lah ye.
Aku melangkah masuk ke dalam kafe dengan kedua belah tangan dipenuhi dengan barang. Tak berat pun tapi rimas pula aku bila penuh dua belah tangan ini.
Terhenti langkah bila aku lihat wajah yang dirindui selama sebulan tidak ke kafe.
Iman.
Riak wajah bertukar kosong kembali. Aku takkan menangis untuk lelaki ini lagi. No, no. Jangan tunjukkan apa-apa emosi lagi.
Aku buat-buat tak nampak akan kewujudan Iman padahal aku perasan yang mata Iman memandang ke arah aku. Kaki melangkah ke dapur dengan kadar kelajuan biasa.
Acah-acah rileks padahal jantung berdegup macam baru lepas buat salah.
Sebelum Iman tegur aku, lebih baik aku blah dulu. No, no. Aku tak lari. Aku cuma menjauhkan diri. Eh, macam lebih kurang kan?
Wajah Lisa dan Arif tersenyum sebaik sahaja melihat wajah aku. Mereka berdua sedang sibuk melayan pelanggan tetapi sempat je sengih-sengih. Bagus betul staff aku ni. Multitasking macam boss jugak.
Destinasi utama adalah ke dapur. Aku mahu berjumpa dengan Kak Siti. Sudah sebulan tidak ke sini, rindu pula dengan Kak Siti. Biasalah.
"Hi, Kak Siti!"
Terangkat bahu Kak Siti bila disergah. Aku ketawa kecil bila lengan dicubit manja. Tak sakit pun.
"Baru sampai ke?", soal Kak Siti.
Kepala aku angguk sambil tangan laju mengeluarkan bekas-bekas yang diminta oleh Kak Siti. Dah alang-alang aku nak ke kedai tadi, belikan terus lah pesanan Kak Siti.
"Tak jumpa dengan cik abang kat luar tu ke?", Kak Siti sengih penuh makna.
Tangan aku terhenti. Mata laju memandang Kak Siti. Aku lupa.
"Cath lupa nak bagitahu..", aku menggaru kepala yang berlapik selendang hitam yang menjadi pilihan aku selama sebulan ini.
Berkabung untuk perasaan sendiri yang disia-siakan.
Berkabung untuk masa depan yang tanpa Iman.
"Kenapa?"
"Kami dah putus."
Mulut Kak Siti ternganga luas sebaik sahaja aku bersuara. Wajahnya nampak sangat terkejut.
Bekas tepung di dalam pelukannya tadi diletakkan dengan kadar segera sebelum dia mendapatkan aku. Serba salah aku dibuatnya.
"Apa maksud Cath?"
Aku tergelak perlahan. Tapi ketawa masih hambar dan kedengaran nervous.
"We broke up, Kak Siti."
"Kak Siti tahu lah walaupun Cath terjemah bahasa Melayu je. Maksud Kak Siti, kenapa? Kenapa putus? Cath dengan Iman nampak bahagia je? Kak Siti tak nampak korang bermasalah pun?"
Soalan bertubi-tubi Kak Siti tembak aku. Tak tahu lah nak jawab yang mana satu.
Aku memandang ke meja baking yang ditinggalkan Kak Siti tadi. Nasib baik baru mula nak baking. Kalau tidak, mengganggu kerja Kak Siti pula.
Aku menceritakan apa yang terjadi serba sedikit. Pendekkan cerita supaya tidak melalut terikut perasaan. Aku masih tenggelam timbul di dalam perasaan. Perasaan yang pelbagai.
Rasa sayang.
Rasa marah.
Rasa nak smack down Iman yang masih melepak kat sini.
YOU ARE READING
Jodoh Antara Kita //COMPLETED// (slow editing)
RomanceCatherine Iman Sentiasa tahu apa yang dia mahukan dan dia akan cuba dapatkan selagi dia mampu. Sentiasa berterus-terang kerana dia tak mahu menyesal kerana terlambat. Sesaat terlambat boleh mengubah segalanya. Perasaannya kepada Iman bercambah dari...