BAB 30

414 28 0
                                    

Awak milik saya dan saya seorang. Nobody else! Ingat tu. Hanya saya yang boleh sentuh awak!

- Yours

Julingan mata ke atas yang aku buat rasanya dah boleh roll all the way untuk mencari otak aku.

Lelaki ni tak penat ke? Itu pun kalau lelaki lah. Kalau perempuan? Manalah tau kan. Seksualiti sekarang pelbagai.

"Dapat note yang sama lagi?"

Suara Alina muncul daripada belakang aku. Aku angguk dan ambil mug yang dia hulurkan.

"Dah nak dekat sebulan aku dapat note macam ni. Tapi ini yang pertama dalam minggu ni. Sebelum ni hari-hari. Dia dah penat kut."

Alina menggelengkan kepala.

"No, no. Kau tak boleh bertenang lagi, Cath. Aku risau kalau dia tengah tunggu masa je. Karang tiba-tiba je dia serang kau ke apa. Nauzubillah,minta dijauhkan lah.", Alina menasihati.

Aku diam. Aku sebenarnya mengharapkan stalker aku ni serang je aku. Lagi cepat lagi bagus. Aku tak suka hidup dengan rasa tak selamat macam ni.

"Kau buat muka macam tu, mesti kau ada plan kan?", Alina mengecilkan mata.

Aku hanya sengih nipis.

"Bagitahu lah aku."

Aku geleng.

"Please?"

Aku ketawa.

"Ingat comel lah?", aku balas.

Alina memuncungkan bibirnya. Sampai sudah aku tak bagitahu sebaliknya aku buat-buat sibuk dengan pelan lantai baharu untuk butik.

Plan nak ubah bahagian dalam dan besarkan lagi ruang yang ada akhirnya terlaksana. Kedai sebelah dah menjadi hak milik butik. Satu demi satu plan yang terpampang di atas meja aku selak. Memerhatikan segenap ruang yang bakal diubah di dalam kertas itu.

"Kau bila nak langsungnya?", aku menyoal Alina tanpa mengangkat muka.

Alina angkat kening dengan muka bingung sebelum dia sengih gatal.

"Cadangnya enam bulan lagi. Tapi tengah bincang lagi. Kalau ikutkan aku, besok aku nak nikah."

Aku ketawa mendengar nada tak sabar Alina. Sejak dia berjumpa dengan buah hatinya, bahagia sungguh nampaknya. Melihatkan cara Furqan melayan Alina, aku ikut senang hati. Nampak lah yang Furqan betul-betul sayangkan kawan aku sorang ni.

"Kau? Bila nak langsung?", Alina menyoal benda yang sama kepada aku.

"Eh kau ni. Nak langsung apa? Calon pun takde."

Alina sengih penuh makna. Aku macam tau je apa yang dia nak cakapkan.

"Iman kan ada. Kau cakap je bila, dia terus masuk meminang."

Aku julingkan mata ke atas. Dah agak dah. Malas aku nak melayan hal ini. Sejak Alina melihat Iman menjadi bodyguard tak berbayar aku, lembut hati jadinya. Lupa dah macam mana dia maki Iman masa kami putus dulu.

"Dia nampak lain lah, Cath. Kali ni nampak betul-betul ikhlas. Dulu pun ikhlas je kut tapi nampak teragak-agak. Berbeza dengan kali ni. Walaupun kau layan dia biasa-biasa je, dia still rela tunggu kau. Cara dia risaukan kau tu, mana ada kawan biasa buat macam tu. Kawan lelaki lagi."

Aku berhenti membelek dan diam seketika. Aku tahu Iman melayan aku sama seperti dulu, malah lebih caring.

Tapi aku takut nak berharap. Walaupun mulut kata tak nak, hati aku masih ada sisa perasaan untuk dia. Tak mungkin aku boleh lupakan terus macam tu je. Tambah pula bila dia sentiasa ada di sisi aku.

Jodoh Antara Kita //COMPLETED// (slow editing)Where stories live. Discover now