Permandangan yang hijau terbentang luas didepan aku membuatkan segenap jiwa aku rasa tenang.
Aman dan damai.
Kaki yang terjulur, aku hayunkan bagai anak kecil. Tak sangka apa yang aku pernah impikan kini tercapai. Dan tak sangka juga yang Iman ingat apa yang aku pernah ceritakan. Walaupun sekadar sepintas lalu.
"Seronok?", soal Iman sebelum menghulurkan mug berisi kopi panas kepada aku.
Aku mengangguk laju dengan senyuman sebelum menghirup sedikit kopi yang diterima. Ah, nikmatnya.
"Terima kasih abang sebab dah sempurnakan impian Cath."
Iman sengih sebelum mencuit hidung aku yang memerah sedikit kerana sejuk. Memandangkan suhu agak rendah berbanding di Malaysia dan aku pula melepak diluar ni dari pagi tadi, memang merah juga lah hidung aku.
"Sama-sama, sayang. Abang ingat lagi muka kecewa Cath bila Cath cerita yang tak dapat pergi trip macam ni dulu."
Aku pernah menceritakan kepada yang aku, Luke, Vee dan Kak Ellie pernah merencana untuk pusing satu Auckland dengan menyewa karavan. Semua dah bayar dan selesai. Tinggal nak pergi je. Alih-alih aku kemalangan dan kaki aku retak. Disebabkan itu aku tak dapat join mereka semua. Bila nak plan semula, dah tak ada masa pula. Sibuk dengan kerja.
Jadi untuk honeymoon kami, inilah surprise yang Iman rancang. Bawa aku berjalan satu Auckland dalam karavan. Hidup nomad sekejap. Aku punya terujanya masa nampak karavan ni, aku melompat tinggi tau. Malu sekejap bila orang sekeliling ketawa. Tapi sekejap jelah. Lepas tu aku sambung excited balik.
"Hari ni Cath masak ya? Semalam abang dah masak. Sementara Cath masak, abang boleh sambung tulis manuskrip yang tertangguh tu.", aku menawarkan diri.
"Sayang tak kisah ke kalau abang buat kerja sikit? Yelah, inikan honeymoon kita. Abang buat kerja pulak?", soal Iman.
Aku bangun dan memeluk bahunya, "Tak ada masalah. Asalkan jangan tenggelam dalam laptop."
Iman hanya ketawa kecil bila aku berkata begitu. Dah tu? Dia memang macam tu. Pantang buat kerja, terus tak ingat apa dah. Hilang kena sedut dengan laptop.
Aku masuk ke dalam untuk mula memasak sementara Iman mengemas diluar dan mencari spot terbaik untuk menulis.
Bila aku intai ke luar, Iman sedang menyelesakan diri dengan laptop dibawah pokok. Hailah dia ni. Dia duduk macam tu je? Carilah kain alas ke apa.
Sambil membawa kain untuk dibentang supaya lebih selesa, aku mendekati Iman. Bibirnya sudah siap tersenyum manis bila aku merapatkan jarak. Terkerdip-kerdip matanya mendongak memandang aku.
"Miss me already?"
Hesy, dia ni.
"Siapa nak rindu dia entah? Ni Cath bawa kain untuk lapik. Duduk atas rumput macam tu je lama-lama nanti kotor seluar.", aku menghulurkan kain piknik.
"Oh ye eh?", Iman menggaru kepalanya dengan muka bingung.
Kain yang aku hulurkan diambil olehnya. Cekap dan kemas dia membentang kain piknik sebelum duduk dengan selesa. Eh, dia siap bawa bantal? Ada yang tertidur pula nanti.
Bila aku nak mengintai apa yang dia tulis, cepat-cepat Iman menutup laptopnya. Aku mengecilkan mata bila dia menyengih. Aku tak ada lah nak tengok sangat sebenarnya. Saja nak kacau je.
"Dah lah. Cath nak pergi masak. Jangan tertidur pula tau.", aku siap berpesan sambil menjuihkan bibir ke dua bantal yang Iman bawa.
"Baik, Puan Catherine.", ujar Iman sambil mengenyit mata kepada aku.
YOU ARE READING
Jodoh Antara Kita //COMPLETED// (slow editing)
RomanceCatherine Iman Sentiasa tahu apa yang dia mahukan dan dia akan cuba dapatkan selagi dia mampu. Sentiasa berterus-terang kerana dia tak mahu menyesal kerana terlambat. Sesaat terlambat boleh mengubah segalanya. Perasaannya kepada Iman bercambah dari...