BAB 2

480 35 0
                                    

Langkah diperlahankan sebaik sahaja pintu kafe dibuka. Susuk tubuh yang membelakangkan pintu ni macam kenal. Mata lekas mencari Arif yang sedang mengelap meja.

Bagai tahu ada yang memandang, Arif mengangkat muka. Sengihan Arif mengesahkan sangkaannya.

Kening yang terangkat dengan muka penuh makna tu menambahkan lagi keyakinannya.

Mamat laptop.

Awal betul datang. Baru pukul berapa ni? Kafe baru buka tak sampai sejam ni.

Hmm, apa-apa jelah. Asalkan kafe untung.

Kaki aku terus melangkah lurus menuju ke dapur. Lapar.

"Haiya Kak Siti!"

Laju aku tepuk bahu Kak Siti yang sedang membasuh pinggan.

Seperti biasa bila terkejut, Kak Siti melatah dua empat harakat sebelum berhenti dengan sendiri.

Bahu aku ditepuk dengan muka tak puas hati.

"Nasib baik akak tak hempuk kamu dengan pinggan, Cath oi."

Aku hanya sengih. Dah tahu sangat. Sebab tulah aku kejutkan Kak Siti sebaik sahaja pinggan selamat diletakkan. Kalau tak, kena panggil ambulans lah jawabnya.

"Bila sampainya?", soal Kak Siti sambil menyambung kerjanya.

"Malam semalam. Kak Siti..."

Meleret bunyi aku menyebut nama Kak Siti.

Kak Siti sudah ketawa kecil. Faham sangat.

"Ha, nak order apa? Semuanya boleh."

"Nak nasi goreng kampung? Telur mata satu. Dok teringat dah empat hari ni."

"Siap!"

"Hamboi, Kak Siti. Baru sebut dah siap dah?"

Geli hati aku.

"Ala, kedai mamak boleh je buat macam tu. Bagi lah chance."

Aku hanya ketawa sebelum keluar ke hadapan. Suara Arif dan Lisa yang berbalas kata dengan nada berbisik membuatkan dia berkerut.

Kenapa pulak dengan budak berdua ni?

"Kenapa ni, Lisa? Arif?"

Masing-masing tegak berdiri bila aku mendekat.

"Takde apa, Kak Cath.", jawab Arif.

"Lamanya tak jumpa, Kak Cath.", jawab Lisa pula.

Aku tersenyum lembut mendengar kata-kata Lisa. Memang lama tak jumpa. Minggu lepas Lisa cuti sebab demam. Minggu ini pula aku fly ke Sweden. Tak sempat jumpa pun.

"Dah sihat?"

Lisa mengangguk dengan senyuman menampakkan giginya yang tersusun bersih.

"Tak nak share ke kenapa korang berbisik tadi?"

Soalku sambil buat minuman sendiri. Rasa nak minum Americano.

Mereka berdua tercegat dibelakang aku.

"Kenapa?"

Lisa menggigit bibir, tak tahu nak cakap macam mana. Arif pula macam nak memberitahunya sesuatu.

Mata mereka berdua pula asyik memandang ke hadapan. Sekarang ini mereka hanya ada dua pelanggan. Satu, mamat laptop. Satu lagi pelanggan lelaki baru. Tak pernah nampak sebelum ini.

"Tadi dia cuit Lisa, Kak Cath.", Arif bersuara terus.

Lisa menjegilkan matanya dengan wajah malu.

Aku terus berpaling dengan wajah terkejut.

Jodoh Antara Kita //COMPLETED// (slow editing)Where stories live. Discover now