Sepuluh tahun kemudian..
Habis satu rumah aku tawaf tapi masih tak jumpa. Mana bendanya pun aku tak tahu. Aku ni dah berusia tau nak cari benda kecil macam tu.
"Sayang dah jumpa ke?"
Suara Iman muncul dari belakang aku. Kecil mata aku bila melihat rambutnya yang kemas berikat satu. Sejak dia malas nak potong rambut ni, giat pula dia mencuri getah rambut aku. Dah lah asyik lupa je letak mana. Cis. Nasib baik sayang.
"Tak tahu lah, abang. Betul ke ada dalam rumah? Entah-entah tercicir tak masa keluar ke?"
Aku yang membongkok-bongkok mencari, berdiri tegak semula. Wajah Iman aku pandang tepat tapi mata Iman memandang ke tempat lain.
"I don't think so. Kali terakhir abang nampak dia main dekat sini.", Iman memandang ke sekeliling.
Hmm. Pelik.
"Abang?", panggilku lembut.
"Ya, sayang?"
Iman menjawab sambil membongkok mencari dibelakang sofa. Aku bercekak pinggang. Ada yang tak beres ni.
"Why are you avoiding my eyes?"
Soalku dengan suara tenang. Kepala mula mencantumkan semua perkara yang aku terlepas pandang. Memikirkan segala benda yang terjadi hari ni. Hmm. Sah lah ni.
"Ma-mana ada?", Iman tergagap sesaat sebelum suaranya kembali tenang.
Aku terus-terusan merenung Iman sehingga dia jadi tak tentu arah. Rasa nak tergelak pun ada. Dah bertahun kami berkahwin, dia tak pernah reti nak menipu. Kalau dia cuba nak menipu, inilah tanda-tandanya.
Dia takkan pandang mata aku tepat. Dia akan pandang ke tempat lain. Dia juga akan jadi tak tentu arah macam ni. Itu belum lagi bila pergerakannya berubah tak normal. Macam robot.
Mendekati Iman, aku berdiri tegak didepannya. Bila Iman pandang ke kiri, aku ikut. Bila Iman pandang ke kanan, aku ikut juga. Sudahnya aku cubit kedua-dua belah pipinya seperti mana dia suka buat pada aku. Memaksa dia memandang mata aku.
"Mengaku cepat. Apa yang abang sorokkan dari Cath?"
"Mana ada. Tak ada apa lah."
Aku kecilkan mata aku. Tangan aku laju menyeluk ke dalam poket seluarnya. Dari tadi aku nampak bling bling dari poketnya. Terkeluar bagai sengaja nak menarik perhatian aku.
"Abang kata gelang Arisa hilang. Ini apa?", soalku.
Terbeliak besar mata Iman bila aku menayangkan gelang khas aku reka sempena ulang tahun anak bongsu aku tahun lepas. Aku perekanya jadi dari jauh sekali pun aku kenal. Sebulan tau aku ambil masa nak reka design ni.
Aku menggeleng kepala sebelum berpaling dan duduk disofa berdekatan. Ada-ada je suami aku ni. Apa akalnya kali ni?
Iman lekas mendekati aku dan duduk disebelah aku. Tangan aku dicapai dan digenggam. Seperti biasa bila aku dekat dengannya.
"Abang nak buat surprise lagi ke tahun ni?", soalku.
Iman sengih segan sebelum mengangguk.
"Abang ingatkan Cath lupa. Kutlah kan sebab tahun lepas Cath terlupa.", ujar Iman.
Aku mengeluh perlahan. Tahun lepas punya anniversary memang menyedihkan.
Aku yang terlupa!
Balik saja ke rumah, semua orang sudah menunggu. Hampir merajuk juga lah Iman. Nasib baik aku pandai pujuk balik.
YOU ARE READING
Jodoh Antara Kita //COMPLETED// (slow editing)
RomanceCatherine Iman Sentiasa tahu apa yang dia mahukan dan dia akan cuba dapatkan selagi dia mampu. Sentiasa berterus-terang kerana dia tak mahu menyesal kerana terlambat. Sesaat terlambat boleh mengubah segalanya. Perasaannya kepada Iman bercambah dari...