Hi, everything 😂.
Dua tahun kemudian...
"Sampai bila kamu nak tangguh lagi, Iman?!"
Suara ayah Iman, Nuh, bergema diruang tamu rumah. Sekali dengar pun dah boleh kecut perut. Inikan pula Iman memandangkan ayat itu ditujukan kepadanya. Hilang perut terus agaknya.
Iman tertunduk ke lantai. Karpet Turki bermotif vineyard itu dipandang tanpa perasaan.
"Dah dua tahun kamu asyik tangguh-tangguh nak kahwin! Bila sebenarnya kamu nak buat majlis?", suara Nuh bergema sekali lagi.
Dia sudah bercekak pinggang berdiri sejak Iman memberitahu yang dia mahu tangguhkan perkahwinannya untuk keberapa kalinya.
Ibu Iman, Azizah, hanya diam melihat kemarahan suaminya. Tidak akan masuk campur buat masa sekarang. Dia mahu menjadi pemerhati.
"Kali ni Nadira yang minta, ayah. Dia minta masa. Dia tak berani nak sampaikan pada ayah."
Iman akhirnya membuka mulut memandang ke wajah ayahnya. Wajah mencuka ayahnya sedikit berubah bila mendengar kata-katanya.
Terduduk Nuh mendengar kata-kata Iman. Azizah memegang lengan suaminya. Mata Nuh mencari mata isterinya seolah bertanyakan sesuatu dan Azizah mengangguk perlahan. Dia sudah tahu terlebih dahulu sebelum suaminya.
Nuh memicit kepalanya. Pening dibuatnya dengan perangai budak-budak ni.
"Ayah Nadira tahu pasal ni?", soal Nuh.
Nada suaranya tidak setegang tadi tetapi masih tegas.
Iman mengangguk perlahan. Wajahnya nampak lelah. Wajah mereka semua nampak lelah.
***
"Lain macam je muka Abang Iman hari ni? Banyak kerja ke walaupun hari Sabtu ni? "
Lisa menyoal sebaik sahaja Iman duduk. Laju dia mendapatkan Iman memandangkan tiada pelanggan buat masa sekarang. Waktu selepas senja macam ni memang selalunya perlahan sikit.
Iman senyum nipis sebelum mengangguk.
"Biasalah, Lisa. Orang makan gaji."
Lisa hanya ketawa kecil mendengar jawapan Iman. Suara pun tak bermaya. Betul lah tu penat kerja.
"Nak order apa hari ni?", Lisa sudah bersiap sedia dengan tabletnya.
"Hmm, bagi abang Iman caramel macchiato lah. Dengan apa-apa menu istimewa Kak Siti hari ni."
Lisa tiba-tiba sengih penuh makna. Air mukanya macam nak bagitahu sesuatu tapi dia tengah tahan mulut.
Iman berkerut dengan muka nak tergelak tengok muka cheeky Lisa. Dia syak mesti ada sesuatu ni. Nak prank dia ke apa ni?
"Betul eh? Nak menu special of the day? Tak menyesal?"
Ayat Lisa menambahkan kerutan di dahi Iman. Lain macam je ni? Kena tukar jawapan ke ni?
Iman mengangguk juga akhirnya. Lisa sengih penuh makna lagi sebelum dia melangkah ke dapur. Iman melihat tingkah Lisa dengan penuh minat.
Bukan boleh percaya minah ni. Karang dia buat prank ke apa ke?
Arif pula datang menghantar air pesanannya tidak sampai dua minit kemudian. Wajah Arif juga lebih kurang macam Lisa. Senyum ada makna.
"Lain macam korang berdua ni. Ada apa-apa ke ni?", Iman bertanya.
"Takde apa-apa. Hehe, makanan abang Iman sekejap lagi Lisa bawakkan.", Arif menjawab.
Tak lama lepas Arif kembali ke stesen kopi, Lisa keluar dari dapur dengan senyuman lebar. Dulang di dalam tangannya diangkat lebih tinggi dari kebiasaan.
YOU ARE READING
Jodoh Antara Kita //COMPLETED// (slow editing)
RomanceCatherine Iman Sentiasa tahu apa yang dia mahukan dan dia akan cuba dapatkan selagi dia mampu. Sentiasa berterus-terang kerana dia tak mahu menyesal kerana terlambat. Sesaat terlambat boleh mengubah segalanya. Perasaannya kepada Iman bercambah dari...