"Macam tulah ceritanya enam bulan jadi tiga bulan."
Aku tersandar di kerusi sambil menghadap laptop. Sesi video call dengan Alina. Cuba menyiapkan planning perkahwinan secepatnya sambil buat sesi catch up. Tak sangka pula, semuanya berjalan dengan lancar. Sekarang yang tinggal benda-benda kecil je.
Tanpa pengetahuan kami berdua, ibu dan mak Iman berganding tenaga untuk menguruskan apa yang patut bagi pihak aku dan Iman. Sebab tu sekarang ini, kerisauan aku dah tak ada makna. Sebab semuanya berjalan dengan sangat lancar.
"Aku terkejut jugak masa ibu kau bagitahu nak percepatkan jadi tiga bulan. Ingatkan kau tak sabar sangat dah nak kahwin.", Alina ketawa penuh makna.
Aku julingkan mata ke atas. Nasib baik dia tak ada depan aku. Ayat minta kena sekeh.
"Auntie Azizah cakap dia jarang sakit. Tapi bila sakit memang macam tu jadinya. Bila demam susah nak kebah. Lepas tu suka melalut. Mengada pulak tu. Jenuh nak jaga macam ni.", omelku.
"Alah alah, bakal suami kau juga.", Alina sengih sambil angkat kening tinggi.
Aku hanya tersenyum. Teringat selepas Iman kembali sihat seminggu yang lepas, dia segan untuk bercakap dengan aku. Nak pandang mata pun malu. Katanya malu sebab waktu demam, dia jadi budak-budak. Dah tak 'manly' dimata aku.
"Haa, belum apa-apa dah senyum-senyum.", usik Alina.
Aku buat tak dengar. Lagi dilayan, lagi dia suka. Tapi masalahnya bila aku tak layan, dia ketawa suka pulak.
Nama yang naik di skrin laptop membuatkan senyuman aku muncul tanpa dipaksa.
"Iman call lah, Ali. Sambung next time lah."
"Yelah, cik abang sayang dah muncul. Kau tinggalkan aku.", Alina mengusik sebelum melambai tangan.
Skrin Alina berganti dengan skrin Iman bila aku sedia dengan tudung.
"Assalamualaikum, sayang."
Sejak Iman sihat, bibirnya lancar je menuturkan 'sayang' kepada aku. Aku pun dah tak larat nak tegah. Lagi aku tegah, lagi dia suka.
"Waalaikumussalam. Dah makan ubat?"
Soalan rutin yang aku mesti tanya setiap kali call. Iman punya kedegilan nak makan ubat lagi teruk dari Luke. Apa yang payahnya untuk telan ubat yang sekecil nano sim card tu entah lah.
Wajah Iman yang berubah sebelum sengih membuatkan kepala aku tergeleng secara automatik. Patutnya aku suruh Cassius sumbat je masuk dalam mulut dia. Cassius pun terkejut melihat perangai Iman yang berubah 180 darjah waktu demam hari tu.
"Cepat makan. Saya nak tengok.", tegas suara aku.
Menurut sahaja permintaan aku seperti budak baik, Iman bawa ubat beserta botol air besar dan mula menelan ubat. Untuk ubat sekecil itu, Iman habiskan sebotol besar air.
Tergeleng kepala aku. Lain macam dia ni bila sakit. Nasib baik sakit, kalau tak memang aku ketuk je dia.
"Sayang busy ke hari ni? Saya mesej, tapi sayang tak balas?"
Kening aku terangkat tinggi sebelum laju aku mencapai telefon yang berada sebelah laptop.
"Oh, saya terbuat mod senyap. Patut lah tak dengar apa dari tadi. Lagipun saya memang busy pun dengan kerja lagi, dengan perkahwinan kita lagi.", aku mengeluh perlahan.
Memang banyak kerja sekarang ini. Aku kalau boleh nak siapkan kerja yang ada ini dengan secepatnya supaya aku boleh berehat dengan aman nanti. Tak nak lah nanti time bersanding, kepala terfikir kerja.
YOU ARE READING
Jodoh Antara Kita //COMPLETED// (slow editing)
RomanceCatherine Iman Sentiasa tahu apa yang dia mahukan dan dia akan cuba dapatkan selagi dia mampu. Sentiasa berterus-terang kerana dia tak mahu menyesal kerana terlambat. Sesaat terlambat boleh mengubah segalanya. Perasaannya kepada Iman bercambah dari...