BAB 15

371 33 0
                                    

Sebarang typo, I'm sorry. Spoiler alert, ini bukan bab yang happy.

Aku merenung wajah Iman didepan aku dengan rasa yang bercampur baur.

Punya lah susah nak menjejak mana Iman pergi. Call tak angkat. Mesej tak balas. Sudahnya, Ahmad yang bagitahu di mana pejabat mereka.

Rupanya Iman banyak menghabiskan masa dipejabat. Menyibukkan diri sedangkan sekarang ni tengah tak banyak projek.

Kalau tak disebabkan Ahmad, dia takkan tahu semua ini. Ada satu lagi perkara yang Ahmad sampaikan kepada aku.

Sesuatu yang membuatkan aku rasa nak menangis.

"Kenapa awak datang sini, Cath?"

Aku menahan rasa. Suara Iman jelas sangat bosan. Bosan dengan aku ke?

"Kita perlu bercakap, Iman."

"Takde apa yang nak dicakapkan. I don't see any issues.", Iman mengangkat bahu.

Aku mengeluh mendengar ayat Iman. Entah kenapa aku rasa sedih. Mana Iman yang buat aku jatuh cinta sebelum ni? Mana Iman yang sentiasa mengambil berat tentang aku?

"We don't talk anymore. Awak jarakkan diri awak. Saya cari awak tapi awak mengelak. Sampai bila, Iman?"

Grow up! Be a man for God's sake!

Ayat seterusnya itu hanya mampu bergaung di dalam kepala aku. Tak mampu untuk aku luahkan.

Iman tidak menjawab. Sebaliknya hanya memandang ke arah luar tingkap. Wajahnya nampak tegang. Kelakuannya sangat lah membingungkan aku.

Apa yang aku buat? Apa yang tak kena?

"We need to talk for this to work, Iman.", aku bersuara tegas.

Iman mengeluh dan memandang ke wajah aku. Riak wajah Iman membuatkan aku takut. Wajahnya nampak bosan. Bosan dengan aku.

"Apa yang awak nak kita bincangkan?"

"Pasal kita. Awak langsung takde usaha nak bawa hubungan ni ke peringkat seterusnya. At least, jumpa dengan family masing-masing.", aku memperlahakan suara aku.

Aku tak mahu kami berdua tenggelam di dalam emosi sedangkan benda ini boleh dibincang dengan baik-baik.

"I told you before, kita berdua masih baru. Kita belum ready."

Jawapan Iman membuatkan aku menggeleng kepala. Baru? Dia nak cakap hubungan ni baru? Fresh gitu?

"Iman, kita dah kenal hampir setahun. Bukan 'kita' tapi awak. Awak yang belum bersedia."

Iman mendengus dengan tidak puas hati sebelum menjawab.

"Memang. Memang saya belum bersedia.", Iman menjawab dengan nada kasar.

Membuatkan hati aku terusik.

"Saya tak suka didesak, Cath. Saya tak suka bila awak sebut pasal semua ni. Jangan desak saya.", sambung Iman lagi.

"Saya cuma minta awak berkenalan dengan keluarga saya. Bila-bila masa awak ready. Saya akan tunggu. Takkan awak nak kita kekal macam ni tanpa pengetahuan ibu bapa kita, Iman?", perlahan suara aku.

"You what, Cath?", Iman menjerkah.

Terangkat bahu aku dek kerana terkejut.

"You're too desperate.", sambung Iman.

Ayat itu menusuk hati aku dan meretakkannya perlahan-lahan.

"Saya tak suka didesak tapi awak masih desak saya. Saya takde niat pun nak berjumpa dengan keluarga awak. Saya tak bayangkan awak pun in the future! Kalau awak asyik nak push saya, lebih baik kita putus!", nada suara Iman meninggi.

Jodoh Antara Kita //COMPLETED// (slow editing)Where stories live. Discover now