Rasa berdebar dari tadi menunggu keputusan daripada doktor yang masih belum keluar. Setiap saat rasa terseksa. Kami semua berkumpul di sini sejak Iman dibawa ke wad kecemasan setelah diselamatkan daripada Hanash.
Aku tak tahu apa yang terjadi dengan lelaki itu dan tak pedulikan hal itu buat masa ni. Sekarang ni, yang penting adalah Iman.
"Dia akan baik-baik saja, Cath.", ibu menegur aku yang mundar-mandir dari tadi.
"He's in good hands, Cath.", Luke pula menyampuk. Pakcik Samir pula hanya memandang aku. Wajahnya jelas risau.
Aku angguk, konon yakin. Tapi sebenarnya.. Aku.. Takut.
Afzan yang dari tadi bercakap dalam telefon akhirnya menamatkan panggilan dengan wajah lega. Tapi wajahnya berubah bila melihat aku. Mendapatkan aku, perkataan maaf yang keluar dari bibirnya.
Aku berkerut. Kenapa dia nak minta maaf?
"Sebab saya gagal tunaikan janji saya.", sambung Afzan.
"Kalau benda ni memang nak jadi, kita memang tak boleh buat apa. Saya tak salahkan awak. Awak dah selamatkan Iman, itu yang penting. Terima kasih, Afzan.", aku pegang tangannya dan memberikan senyuman pertama sejak berada di sini.
Afzan hanya diam buat seketika. Memerhatikan wajah aku sebelum akhirnya dia mengangguk. Tapi aku tahu. Dia masih rasa serba salah.
Tiba-tiba pintu dibuka dan doktor keluar. Disebabkan doktor itu terus bercakap dalam bahasa Itali, Afzan terus berkomunikasi dan menterjemah untuk kami semua. Setiap butir kata yang keluar dari mulut doktor itu disampaikan.
"Iman dah kembali stabil tapi kita kena tunggu dia sedar sebelum doktor boleh ambil tindakan lanjut.", sambil menterjemah, Afzan berkerut.
Wajahnya merisaukan aku. Gerak hati aku mengatakan ada sesuatu yang akan membuatkan aku tak tenang.
"Nanti bila Iman dah ditukar ke wad peribadi, barulah kita boleh melawat. Tunggu dia inform dulu.", sambung Afzan lagi.
Kemudiannya lama Afzan bercakap dengan doktor itu tanpa menterjemah kepada kami. Ada lah dalam lima minit. Tetapi perbualan mereka nampak serius dan menggusarkan hati aku. Bila doktor itu meminta diri untuk pergi, laju aku bertanya.
"Kenapa Afzan? Ada apa yang tak kena ke dengan Iman?"
Afzan menghela nafas berat. Seolah-olah apa yang disampaikan itu adalah sesuatu yang berat.
"Hanash sempat cucuk dadah dalam berbentuk cecair ke dalam badan Iman. Doktor masih tak pasti apa kesan dadah itu.", jawab Afzan.
"Tapi? The look on your face has something else, Signora Savoia.", pakcik Samir mencelah.
Afzan mengangguk. Dia mendengus perlahan. Riaknya macam menahan marah bercampur geram.
"The drug.. It was Elio's."
Wajah pakcik nampak tergamam. Aku tak tahu kenapa. Siapa Elio? Kenapa pakcik nampak terkejut sangat?
"What makes you sure it was his?", pakcik berkerut.
"Doktor dah explain apa kandungan dalam dadah tu dan I am very familiar with it."
Nada suara Afzan menakutkan aku. Apa maksud dia?
"But he.. Dia..?", ayat pakcik tergantung.
Afzan menggeleng dengan wajah pasti.
"I am going to look further into this. Saya minta diri dulu.", wajah Afzan kembali tenang bila seorang lelaki menghampirinya.
"Cane, stay with them. I'll go with Crow."
Lelaki yang dipanggil Cane itu mengangguk. Bila Afzan pergi, dia pula mendekati. Dia tak berkata apa cuma memberikan senyuman nipis. Aku hanya membalas apa adanya. Tak bermaya rasanya lepas mendengar semua itu. Kalau doktor pun tak tahu apa kesan dadah itu, apa yang akan terjadi?
YOU ARE READING
Jodoh Antara Kita //COMPLETED// (slow editing)
RomanceCatherine Iman Sentiasa tahu apa yang dia mahukan dan dia akan cuba dapatkan selagi dia mampu. Sentiasa berterus-terang kerana dia tak mahu menyesal kerana terlambat. Sesaat terlambat boleh mengubah segalanya. Perasaannya kepada Iman bercambah dari...