BAB 24

365 27 0
                                    

HI SEMUAAAA.

Iman mengeluh. Badannya seakan meringkuk ikut bentuk kerusi yang didudukinya. Riak wajah malas.

"Ha, tak payah nak mengeluh. Iman kena temankan along jugak."

Indah bercekak pinggang bila adiknya masih bermalas-malasan.

"Kenapa Iman kena temankan along?", soal Iman.

"Sebab kawan along tak boleh nak ikut. Dia kena kerja pulak hari ni. So Iman lah penggantinya.", jawab Indah.

Dia masih lagi berdiri di depan cermin Iman untuk memeriksa mekapnya. Dia sudah siap terlebih dahulu sebab dia tahu, Iman bukannya ambil masa yang lama untuk bersiap.

Iman membuka mulut untuk menyoal sekali lagi sebelum dipotong Indah.

"Ibu pun tak boleh nak ikut sebab ada hal penting kat sekolah tengah hari nanti. And I won't ask ayah.", Indah menyambung lagi.

"Yelah, yelah.", Iman menjawab sebelum berlalu ke bilik airnya. Tahu je apa aku nak tanya.

Indah menarik sengih bila melihat adiknya sudah segak lengkap berbaju melayu berwarna kuning lembut. Baju raya tahun lepas.

"Amboi anak mak ni, segaknya. Siapa pengantin sebenarnya ni?", Azizah memuji sebaik sahaja dia melihat anaknya.

Iman senyum.

"Anak mak ni memang segak lagi kacak pun.", balas Iman.

Indah buat muka nak termuntah mendengar jawapan Iman. Kembang tekaknya tiba-tiba.

Sampai sahaja di hotel, Iman dan Indah keluar beriringan. Mencari di ballroom manakah resepsi perkahwinan kawan Indah akan berlangsung.

"Kaya ke kawan Along ni?", bisik Iman sambil mereka berjalan.

"Family dia kaya tapi humble je semua. Iman pernah dengar tak nama company, KJ Properties.Co?", soal Indah.

Iman berkerut seketika sebelum mengangguk laju.

"Nama besar tu dalam industri Iman kerja ni."

"Resepsi ni untuk anak CEO dia lah, kawan along. Kitaorang kenal time belajar lagi.", ujar Indah.

Iman kagum seketika. Dia akui kawan-kawan kakaknya ini memang bukan calang-calang. Networking sungguh.

***

Aku pandang Vee yang menyengih melihat Kak Ellie yang sedang gugup. Kami berdua sama-sama tersengih.

Manakan tidak? Dari tadi Kak Ellie berjalan pusing satu bilik ni dek kerana gugup nak berjalan di depan tetamu jemputannya.

Mana lah abang Fatih ni? Dia je yang mampu tenangkan kakak aku ni.

"Ellie? Abang dah siap!", abang Fatih masuk dengan senyuman lebar sebelum dia berkerut.

"Abang!"

Kak Ellie terus masuk ke dalam pelukan suaminya. Entah apa yang dibisikkan mereka berdua sebab aku dan Vee terus pandang ke tempat lain. Mungkin abang Fatih tengah tenangkan kak Ellie?

Aku tak nak tengok. Aura pengantin baru ni lain sikit.

Lengan Vee aku singgul dengan lenganku bila dia nampak macam nak tergelak.

"Kenapa korang pandang ke dinding? Ada apa kat dinding tu?", soal Kak Ellie.

Aku dan Vee mencuri-curi pandang ke belakang sebelum sengih.

"Kut lah akak nak bermesra dengan abang Fatih pulak kan. Kitaorang bagi chance lah ni."

Vee menjawab dengan muka selamba. Aku tergelak bila melihat wajah merah Kak Ellie.

Jodoh Antara Kita //COMPLETED// (slow editing)Where stories live. Discover now