Any typos, mohon maaf ya.
Hari ini genap dua bulan.
Dua bulan aku dan Iman menjadi sejarah. Buat kali kedua.Haih.
Apa lah nasib? Memang macam ni ke love life aku? Selamanya malang?
Hampir setiap hari sejak Iman dan keluarganya balik ke Malaysia, aku akan diupdate oleh Kak Indah ataupun Auntie Azizah mengenai perkembangan Iman. Dan setiap hari juga aku kecewa.
Aku masih tak wujud di dalam ingatan Iman.
"Buat apa berangan tengok langit? Apa yang menarik?"
Aku menoleh ke kiri. Alina sudah duduk di lantai. Setia memandang aku yang duduk di atas kerusi empuk menghala ke tingkap.
Senyum terbit di bibir aku. Sejak aku dan Iman putus, Alina terus terbang ke sini. Disebabkan Alina ada di sini, aku minta ibu dan Vee pulang ke Malaysia sebab pada awalnya mereka nak temankan aku. Tapi sampai bila? Aku dah besar lah.
Lagipun, bukannya akan ada masalah lagi. Dua beradik itu sudah selamat di dalam jagaan polis sementara kes mahkamah masih berjalan. Security di sekeliling kami masih ketat macam sebelumnya. Jadi tak ada masalah untuk tinggalkan aku sendiri.
"Kau ni tak nak balik Malaysia ke? Jaga butik?", aku menyoal Alina.
"Hoi, menghalau aku ke? Sampai hati tau.", Alina memuncung. Acah sedih.
Aku ketawa kecil. Mula lah tu mengada.
"Memang menghalau pun. Mentang-mentang kau bos, kau tinggal butik macam tu je eh? Tu belum lagi Furqan tu? Tak rindu ke?"
Alina terus buat muka gatal bila aku sebut nama buah hatinya. Merenyam betul dia ni.
"Rindu tu rindu. Tapi biarlah dia. Bak kata omputih, distance makes heart grow fonder. Dia dah rindu sangat baru lah aku balik.", jawab Alina.
"Butik?"
"Jangan risau. All is well.", Alina kenyit mata.
Aku geleng kepala. Ni penangan tengok 3 Idiots lah ni. Cerita kegemaran Alina. Entah berapa ratus kali ulang tengok.
"Kau tu?", soal Alina.
Aku angkat kening. Kenapa dengan aku?
"Kau tak cerita pun detail pada aku apa jadi."
Aku mengeluh perlahan. Dah dua bulan aku tak menjawab bila semua orang bertanya apa yang terjadi sebenarnya. Aku lebih suka mengelak.
"Kena cerita ke?", suara aku bunyi malas sangat.
"Mesti lah! Aku nak tahu jugak apa yang jadi. Aku kan bff kau. Cerita lah. Aku tunggu lama dah ni.", Alina memujuk.
Untuk menghentikan Alina dengan cubaan buat muka comel, aku pun menceritakan semula apa yang terjadi di wad Iman hari itu. Menganga Alina mendengarnya. Setiap perubahan wajah Alina aku perhatikan.
Sudahnya, dia nampak geram. Sangat geram.
"Kalau dia ada depan mata aku ni kan.. Memang aku cekik-cekik dia. Kalau tak sebab dia tu amnesia, memang aku cari dia.", penuh geram Alina bersuara.
Aku ketawa. Geli hati melihat Alina bercakap sambil tangan menggenggam kuat ke udara. Membayangkan dia mencekik Iman kut.
"Tapi aku pelik lah."
"Apa yang pelik?", soalannya aku balas soalan juga.
"Kenapa kau nampak tenang je? Aku tahu kau kecewa tapi kau nampak lebih.. I don't know? Tak ada perasaan?"
YOU ARE READING
Jodoh Antara Kita //COMPLETED// (slow editing)
RomanceCatherine Iman Sentiasa tahu apa yang dia mahukan dan dia akan cuba dapatkan selagi dia mampu. Sentiasa berterus-terang kerana dia tak mahu menyesal kerana terlambat. Sesaat terlambat boleh mengubah segalanya. Perasaannya kepada Iman bercambah dari...