Ha..?
Ab..
Abang..?
Bibir aku terkunci dek kerana hilang kata-kata mendengar suara Iman yang kedengaran lain ditelinga aku. Suaranya penuh keyakinan dan kelembutan. Dan.. Agak.. Menggoda..?
"Call me abang.", ulang Iman.
Aku masih tak terkata apa. Segala perkataan yang ada dalam kepala dah hilang dibawa angin. Kepala aku kosong.
"Please?", Iman mengerdipkan matanya.
Bila Iman buat begitu, aku kembali ke dunia realiti. Tingkahnya membuatkan aku ketawa perlahan. Comelnya suami aku ni. Haih. Terima apa adanya suami anda, Cath.
"Ya, abang.", aku menunaikan permintaannya.
Hmm, tak ada lah kekok sangat kan?
Mata Iman membulat dan bersinar dengan kegembiraan bila aku memanggilnya 'abang'. Mungkin tak sangka, aku ikutkan saja kehendaknya. Aku memang dah bersedia nak menggunakan gelaran hormat untuk suamiku tapi biasalah, mulut ni kadang-kadang lupa nak beri kerjasama.
Duduk disebelah aku, Iman mengambil tangan aku dan dielusnya lembut. Keras badan aku sekejap. Terkejut.
"Terima kasih, sayang. You made my day!"
Iman tersenyum lebar penuh gembira. Membuatkan aku juga gembira.
Sebelah lagi tangannya menyentuh lembut rambut aku. Ditelek rambutku macam pertama kali tengok rambut manusia.
"Cantik rambut sayang. Abang tak sangka pulak rambut sayang panjang.", ujar Iman.
Aku hanya senyum nipis. Sebelum ini rambut aku sentiasa diparas bahu tapi bila dah masuk alam bekerja, aku biarkan panjang sehingga paras bawah dada.
"Selama ni, abang curi-curi tengok gambar sayang waktu kecil je. Memang rambut sayang warna coklat cair sejak lahir ya?"
Aku angguk perlahan. Hanya aku dan arwah nenek aku yang berambut coklat cair. Yang lain semuanya coklat gelap atau hitam. Keturunan bercampur macam nilah.
"Dari tadi sayang diam je? Malu?", soal Iman.
Tanpa teragak-agak aku mengangguk. Memang aku tengah rasa malu pun. Anggukan aku membuatkan Iman ketawa kecil.
"Cath.. Boleh abang peluk Cath?"
Permintaan Iman membuatkan aku terkedu. Nak peluk pulak dah? Aku nak cakap tak boleh. Tapi aku kalah dengan renungan Iman. Sudahnya aku mengangguk. Suami aku juga. Bukan orang lain.
Dengan lembut Iman menarik aku ke dalam pelukannya. Aku sorokkan kepalanya dilehernya. Malu, malu! Muka aku makin panas ni.
Perlahan Iman mengusap rambut aku. Menenangkan aku yang serba kekok. Cara Iman memang berkesan kerana tiba-tiba pelukan Iman terasa menenangkan aku.
Rasa disayangi.
Rasa selamat.
"Abang sayangkan Cath sangat-sangat."
Luahan hati Iman membuatkan aku tersenyum. Rasa bahagia muncul tanpa disangka-sangka.
Melihat aku yang tiada respons, Iman menyambung.
"Abang sayangkan Cath, selamanya. Tahu tak ni?"
Aku merenggangkan pelukan dan mengangkat bahu, menjuihkan bibir. Tanda tak tahu. Saja nak mengusik.
"Sayang.."
Aku ketawa kecil dibahu Iman. Suaranya dah macam nak merajuk pun ada bila aku tak layan. Senang betul nak tengok muka Iman penuh reaksi sekarang ni. Dulu bukan main beku lagi.
YOU ARE READING
Jodoh Antara Kita //COMPLETED// (slow editing)
RomanceCatherine Iman Sentiasa tahu apa yang dia mahukan dan dia akan cuba dapatkan selagi dia mampu. Sentiasa berterus-terang kerana dia tak mahu menyesal kerana terlambat. Sesaat terlambat boleh mengubah segalanya. Perasaannya kepada Iman bercambah dari...