BAB 27

366 26 0
                                    

Aku mematikan panggilan yang baru diterima. Kak Siti minta bantuan. Back up diperlukan di kedai. Hari ni Arif cuti sebab keracunan makanan. 

Sampai sahaja di kafe, aku agak terkejut melihat tidak ada satu pun meja yang kosong. Semuanya penuh.

Lisa nampak tenang mengendalikan bahagian depan walaupun tak cukup tangan.

Aku terus masuk ke dalam dapur mencari Kak Siti dan juga apron.

"Cepatnya Cath sampai?", soal Kak Siti dengan sengihan sambil tangan ligat menyiapkan pesanan.

Aku ikut sengih. Apron aku ambil dan ikat kemas dibelakang badan.

"Nasib baik Cath tergerak hati nak mandi awal hari, Kak Siti. Biasanya weekend macam ni, memang tak lah nak mandi awal.", aku jawab.

Kak Siti hanya ketawa kecil. Aku pula ke depan dan mula menjaga stesen air dan kaunter. Lisa menarik senyum dengan wajah lega bila dia nampak aku.

Peluh yang merenik di dahi aku lap segera dengan tisu. Dari tadi bergerak ke sana sini. Beransur jam 4 petang baru lah lengang sikit.

"Lisa dah makan ke belum?", aku menyoal bila Lisa mendekat.

Lisa menggeleng.

"Pergi lah makan dulu. Sementara takde orang. Akak handle depan."

"Takpelah, Kak Cath. Nanti Lisa makan."

Aku geleng laju.

"No, no, no. Itu dah kira mendera staff. Jangan risau, akak dah panggil backup nombor dua."

Wajah Lisa yang tertanya-tanya membuatkan aku tersengih. Tepat pada waktunya, Luke muncul.

"Hai, Lisa."

"Hai, abang Luke.", Lisa membalas sebelum berbisik dengan dramatiknya ke arah aku.

"Kalau abang Luke ada, tinggi sales kita, Kak Cath."

Aku kenyit mata kepada Lisa yang sudah ketawa sebelum dia masuk ke dapur untuk berehat.

Itu lah sebab aku minta bantuan Luke. Berbekalkan wajah tampan Luke, pelanggan akan masuk berpusu-pusu. Manusia kan suka tengok sesuatu yang menyenangkan mata.

Bagus kan idea ni?

Aku menghulurkan Luke apron yang dari tadi tersedia untuknya. Luke menerima dengan senyuman. Rela je aku kacau cuti dia.

"Ramai ke customer hari ni?", soal Luke.

Sambil Luke memakai apron, aku dapat lihat mata-mata anak dara dan mak dara yang melihat ke arah Luke dengan muka yang nampak... Hmm.. Tertarik?

"Ramai daripada biasa. Ni baru je lengang ni.", aku jawab.

Luke terangguk-angguk. Tidak perasan dia menjadi eye candy kepada pelanggan.

"Maybe it's because of that fair I saw back at the university?", ujar Luke lagi.

Aku berkerut seketika sebelum aku menepuk dahiku sendiri.

Ya Allah! Macam mana aku boleh lupa? Kan Vee dah cakap semalam? Hari ni universiti dia buat hari terbuka sekaligus dengan sukan antara universiti. Sebab tu jugak lah dia tak boleh nak tolong di kafe hari ni.

"Please stop doing that, sweetheart. You're going to lose brain cells.", lembut Luke menegur.

"Saya terlupa yang Vee ada cakap semalam pasal hari terbuka uni dia."

Wajah Luke nampak berminat.

"Hari terbuka uni? Seems interesting. Hari ni je ke?", soal Luke.

Jodoh Antara Kita //COMPLETED// (slow editing)Where stories live. Discover now