BAB 37

354 24 0
                                    

Wahai readers sekalian..

Jasamu yang membaca cerita ini, dikenang. Terima kasih 😙.




"Kau.. rasa..?"

Aku memejamkan mata menunggu jawapan Alina. Sebaik sahaja aku masuk ke dalam bilik, nombor Alina terus aku dail.

Semua cerita tentang malam ini, aku ceritakan semula tanpa teragak-agak. Aku memerlukan pandangan Alina. Sejak butik mendapat sambutan hangat di dalam dan luar negara, Alina terpaksa lah bersara.

Bersara daripada menjadi penasihat aku.

Sibuknya Alina, aku pun tak terkejar di negara mana dia ada sekarang. Rasa macam hari tu dia cakap nak ke Seoul. Ke Sapporo? Ah, aku tak ingat.

Jedaan Alina di balik talian membuatkan aku tak senang duduk.

"Tapi..", Alina akhirnya bersuara.

"Tapi...?", aku menyahut.

"Tapi kenapa dia tak tanya aku jugak? Semua yang dia tanya, semua orang penting dalam hidup kau. Dia terlupa aku! Aku pun penting jugak. Walaupun aku macam biskut, sekejap ada sekejap tak. Tanya lah aku jugak!"

Bebelan Alina membuatkan aku ketawa tanpa dipaksa.

Ya Allah, dia ni. Itu yang dia risaukan?

"Macam mana dia nak tanya kau kalau nombor pun takde? Nak cari kau pun, entah negara mana kau ada sekarang.", aku mencebir.

"Mari lah sini, kejar aku kat Sapporo ni. Naik Shinkansen?", Alina ketawa geli hati.

Aku geleng kepala. Ada-ada je dia ni.

"Jadi? Apakah pendapat penasihat diraja, beta?", aku bergurau.

"Hmm.. Pada pendapat patik, tuanku terima je.", Alina ikut berlakon sebelum menyambung, "Kesungguhan Iman tu nampak menyakinkan. Betul-betul berusaha untuk kau. Sebelum ni dia nampak macam separuh hati. Tapi kali ni.. Dia all out."

Aku diam. Menimbangkan kata-kata Alina.

"Sepanjang kau dalam bahaya, dia sentiasa ada dengan kau. Tak ke romantik tu? Bak kata Bruno Mars, I'll catch a grenade for ya?", Alina ketawa besar.

Aku julingkan mata ke atas. Sempat lah pulak dia petik lirik lagu.

"Tapi macam mana kalau dia buat lagi macam sebelum ni? Tiba-tiba berubah hati, tiba-tiba hilang. Pergi macam tu je? Berkecai lagi hati aku.", balasku.

"Kalau dia berani buat lagi, huh. Hadaplah semua orang yang sayang Cik Catherine Iman ni. Termasuk lah aku. Aku bersilat depan dia nanti."

Garang suara Alina jadinya.

"Tapi aku rasa dia takkan buat macam tu dah. Kali ni, cara dia lain. Aku percaya dia betul-betul nak bahagiakan kau."

Suara Alina bertukar lembut. Berbeza dengan nada sebelumnya. Bila dia cakap nak bersilat tadi, bukan main garang lagi.

Aku hela nafas berat. Hmm..

"Tapi kan. Kenapa kau tanya aku dulu? Kenapa tak tanya ibu kau?", soal Alina.

"Sebab aku dah tahu jawapannya.", aku mencebir.

Ibu kan dah jadi pro Iman. Aku yakin ibu takkan teragak-agak untuk jawab 'terima' kalau aku beritahu dia.

Alina ketawa terkekeh-kekeh di balik talian. Mentertawakan suara aku yang kedengaran redha mungkin?

"Jadi? Apa keputusan kau?", soal Alina bila ketawanya reda.

Jodoh Antara Kita //COMPLETED// (slow editing)Where stories live. Discover now