"Saya, Afzan. Awak mesti Catherine kan?"
Tangannya dihulurkan kepada aku. Senyuman di wajahnya menambahkan kecomelannya. Aku berjabat tangan dengannya juga dengan senyuman dan aku pasti kekaguman melekat diwajah aku.
Dalam pada comel, dia juga kelihatan masih muda. Muda dan matang.
Pakcik dan Yuri berada di dalam bilik lain bersama dua lelaki Itali dan seorang perempuan yang aku jangka itulah ketuanya. Aku dan Luke ditegah daripada masuk. Kata pakcik, tunggu mereka habis berbincang dulu.
"Nama awak Afzan?", aku ulang. Nama macam Arabic.
Dia senyum. Mengangguk.
"At this point I'm not even surprised anymore.", komen Luke. Mungkin merujuk kepada semua orang yang boleh berbahasa Melayu.
Afzan angkat kening tinggi. Tak faham dengan apa yang Luke cuba sampaikan. Luke teragak-agak nak menerangkan bila melihat pandangan mata Afzan. Aura Afzan agak intimidating walaupun dia jauh lebih kecil berbanding Luke.
"Dari tadi dia terkejut bila hampir semua orang faham dan boleh berbahasa Melayu.", aku jelaskan.
Luke mengangguk laju, "It was so hard for me to learn."
Afzan menarik sengih.
"Awak ni sama macam Cane dan Crow. Dua lelaki di dalam tu. Mereka cakap benda yang sama bila saya paksa mereka untuk belajar."
"Mereka pun boleh berbahasa Melayu juga?", Luke menganga. Tak percaya rasanya. Muka dua orang lelaki itu memang Italian habis kut.
Afzan mengangguk, "Boleh tapi tak fasih. Cukuplah untuk buat teman saya bercakap dalam bahasa ibunda."
"Awak Malaysian?", aku bertanya pula. Tak sangka pula.
Afzan mengangguk dan belum sempat aku nak buka mulut lagi, pintu terbuka.
Pakcik dan lain-lainnya keluar serentak beriringan. Pakcik dan Yuri mendapatkan aku sementara mereka bertiga mendapatkan Afzan.
Bila mereka bertiga tundukkan kepala sedikit kepada Afzan, aku jadi pelik. Nampak macam tunduk hormat. Siapa sebenarnya Afzan ni?
"Signora Savoia, we know the exact location of him. All of our guys are on standby.", wanita itu bersuara.
"Good. Ask them to wait. I'm going to join too.", Afzan menjawab dengan suara tenang.
"We can go, you don't have to.", salah satu lelaki itu bersuara dengan kerutan. Wajah nampak risau. Afzan menggeleng kepala.
"It's not something new, Crow. I haven't did this for some time. It's good for me.", Afzan angkat kening. Wajahnya nampak teruja.
Tetapi lelaki berdua itu masih tidak puas hati dan terus bercakap dalam bahasa Itali. Memang aku tak faham apa pun lah. Nganga je dengar dia bercakap kemain laju lagi.
Melihatkan mereka berbual, aku mengorek bahasa Itali yang aku tahu serba sedikit. Signora tu cik kan? Kalau dia panggil Signora Savoia kepada Afzan, maknanya...
Mata aku membulat. Baru tersedar akan maklumat yang satu ini.
"Yes, Catherine?", Afzan mengalih perhatian kepada aku.
Mata semua orang memandang aku. Malu pula tiba-tiba.
Aku tutup mulut. Menggeleng laju. Takut nak tanya sebenarnya.
Tetapi Afzan memberikan senyuman. Seakan tahu apa dalam kepala aku, dia mengangguk.
"I am the Savoian."
YOU ARE READING
Jodoh Antara Kita //COMPLETED// (slow editing)
RomanceCatherine Iman Sentiasa tahu apa yang dia mahukan dan dia akan cuba dapatkan selagi dia mampu. Sentiasa berterus-terang kerana dia tak mahu menyesal kerana terlambat. Sesaat terlambat boleh mengubah segalanya. Perasaannya kepada Iman bercambah dari...