Pap!
Meja makan mereka berbunyi kuat bila dihentak dengan kuat. Wajah Nuh merah padam sejak menerima panggilan telefon daripada kawan baiknya.
Tiga pasang mata yang menunggu dan melihat sejak tadi hanya menikus tanpa bersuara. Tidak mahu tersalah langkah bila berkata-kata. Silap cakap, habis lah.
"Tell me. Kenapa Nadira minta putus?"
Suara Nuh yang tinggi sepadan dengan riak wajahnya yang tampak begitu garang.
Iman teragak-agak nak menjelaskan.
Pap!
Sekali lagi meja dihentak dengan tangan bila Iman lambat bersuara. Wajah Azizah nampak risau dengan kelakuan suaminya. Kut ye marah pun.
"Kami takde keserasian, ayah."
Jawapan Iman nampaknya tidak diterima oleh Nuh yang menggeleng kepala.
"Keserasian boleh dipupuk. Sama dengan perasaan. Kamu sengaja nak malukan ayah kan? Kamu tangguhkan perkahwinan kamu, dua tahun. Ayah ikutkan je. Alih-alih, putus! Muka ayah ni nak letak mana?!"
Naik urat di leher Nuh apabila nada suaranya makin tinggi.
Iman hanya diam. Wajahnya nampak jelas lelah.
"Kamu memang tak pernah nak dengar apa yang ayah cakap. Kamu ni suka sangat ikut kepala kamu sendiri. Ayah tak peduli. Ayah nak kamu kahwin juga dengan Nadira. Pujuk dia balik sampai terpujuk! "
Nuh menyambung lagi bila melihat anaknya diam.
"Dia tu daripada keluarga yang baik-baik. Ayahnya berpangkat dalam angkatan tentera sebelum bersara. Ayah tak jodohkan kamu sesedap rasa. Dia yang terbaik. Kamu menolak tuah!"
Indah yang diam sejak tadi makin lama makin panas hati. Dia tahu sebab mengapa Nadira tidak mahukan adiknya. Dan juga salah satu sebab Iman agak susah nak rapat dengan Nadira.
Belum sempat Indah nak buka mulut, Azizah sudah bersuara.
"Abang yakin Nadira tu sama bagus macam apa yang keluarga dia cakapkan? Abang lupa siapa yang kita nampak bulan lepas dekat hotel tu?"
Nuh diam seketika sebelum dia membangkang.
"Dia temankan kawan dia je. Kan dia dah jelaskan pada kita hari tu."
Azizah menggeleng kepala dengan senyuman kecil.
"Temankan kawan tapi pakai tak cukup kain? Itu belum lagi macam-macam bau yang melekat dengan dia."
"Dia daripada keluarga yang baik-baik. Dia cuma tersalah pilih kawan."
Indah dan Iman sama-sama bingung dengan perbualan ibu bapa mereka. Ibu tahu ke macam mana Nadira di luar rumah sebenarnya?
"Nadira dah dewasa, abang. Dia tahu apa yang dia buat. Saya takde hak nak cakap apa-apa pasal kelakuan dia. Tapi anak saya ni, saya ada hak untuk pertahankan dia.", Azizah mula bersuara tegas.
Nuh mendengus tidak puas hati.
"Bela lah dia ni. Awak bela dia sangat daripada kecil sampai besar, dia langsung tak nak dengar cakap abang! Macam abang ni bukan ayah dia."
Iman tergamam bila mendengar kata-kata ayahnya. Sedih wajahnya membuatkan Indah geram.
Indah nak buka mulut sekali lagi bila Iman menggeleng kepala ke arahnya. Sebaliknya, Iman pula bersuara setelah banyak berdiam diri.
"Ayah. Iman tahu Iman tak ikut apa yang ayah tetapkan untuk Iman. Bukan sebab Iman sengaja nak lawan cakap ayah tapi Iman ada jalan sendiri. Jalan yang Iman pilih ni tetap buat Iman berjaya. Soal Nadira, Iman memang tak boleh nak teruskan pertunangan ni dengan dia dan dia jugak sedar hal tu. Kami sama dalam hal ni. Masing-masing tak rela."
YOU ARE READING
Jodoh Antara Kita //COMPLETED// (slow editing)
RomanceCatherine Iman Sentiasa tahu apa yang dia mahukan dan dia akan cuba dapatkan selagi dia mampu. Sentiasa berterus-terang kerana dia tak mahu menyesal kerana terlambat. Sesaat terlambat boleh mengubah segalanya. Perasaannya kepada Iman bercambah dari...