BAB 7

387 33 0
                                    

Aku menganga sebaik sahaja sampai di butik. Penuh dengan krew penggambaran.

"Cath!!!! Tolong aku!!!"

Alina keluar daripada celah lautan manusia yang sibuk dengan kamera, baju-baju dan macam-macam lagi benda untuk penggambaran.

"Uuu siapa ni?"

Alina hilang fokus sebaik sahaja melihat Iman disebelah aku.

"Hey, hey. Focus, lady. Apa yang nak ditolong?"

Aku menarik pipinya menghadap wajah aku. Alina kembali fokus. Wajah kembali stress.

"Salah satu model aku tarik diri last minit! I need you! Gantikan dia, please?"

Alina mengerdipkan matanya berkali-kali. Wajah memujuk dan meminta simpati.

Aku menjulingkan mata ke atas. Alah dramatiknya. Aku ingatkan apa lah tadi.

"Yelah. Macam tak biasa pulak aku jadi bidan terjun. Jom."

Aku menarik tangan Alina yang membatu. Matanya melirik ke arah Iman yang nampak kekok.

Aku menepuk dahi. Terlupa! Aku datang dengan Iman. Suka suki je nak tinggalkan dia kat sini.

"Saya mungkin akan lama kat sini. Awak nak balik kafe dulu ke?", aku menyoal.

Iman diam sesaat sebelum menjawab.

"Kalau saya tunggu awak, boleh?"

Aku terkejut. Dia nak tunggu aku?

Aik? Why?

"Hmm, kalau macam tu awak tunggu saya dekat dalam. Apa-apa nanti awak cari saya atau kawan saya tadi."

Iman mengangguk.

Dia hanya mengikut aku. Menunjukkan serba sedikit ruangan butik ini. Sampai diruang menunggu yang serba luas dan selesa, aku meminta dia tunggu di situ.

Tak sia-sia aku melabur lebih sikit untuk bahagian menunggu ni. At least, mereka yang perlu menunggu macam Iman hari ni akan rasa selesa.

Sofa empuk dengan minuman dan snek yang tersedia menyenangkan semua.

Aku kemudiannya ditarik pula oleh Alina untuk menyalin baju yang perlu aku gayakan. Nasib baik aku siap dalam waktu yang dijangka. Habis sahaja membelit tudung dikepala, Alina sudah memanggil.

Photoshoot yang aku tak merancang untuk ikut serta akhirnya tamat setelah dua jam kemudian.

Segan juga aku bila tanpa disangka Iman ikut mencelah di antara krew yang lain untuk melihat aku.

Kut ye dia tengok aku. Entah-entah dia berbual dengan model yang lain? Semua model-model ni lawa gila kut. Semuanya adalah model Malaysian yang cantik secara semula jadi.

Itu syarat yang aku berikan kepada Alina. Nak cari model, utamakan yang Malaysian. Kita ada banyak bakat lokal didalam industri modeling.

"Sorry lah sebab buat awak tertunggu. Sepatutnya awak balik je dulu, tak pasal-pasal saya menyusahkan awak."

Serba salah aku bila Iman kena menunggu aku pula. Kalau dia balik ke kafe, dah siap dah kerja dia agaknya.

"It's okay. Saya nak tengok macam mana suasana photoshoot macam ni. Happening jugak eh?"

Iman tersenyum. Tak ada tanda yang dia penat menunggu. Malah, dia nampak tenang sahaja.

Aku mengangguk. Memang meriah. Nak menaikkan mood di set, mereka pasang lagu dan puji-pujian diberikan.

Kalau asyik kena marah macam American Next Top Model tu, macam mana nak dapatkan hasil yang terbaik?

"Good job as always, Cath."

Jodoh Antara Kita //COMPLETED// (slow editing)Where stories live. Discover now