BAB 33

373 31 2
                                    

Semua mata yang memandang membuatkan aku rasa tak senang duduk.

Hmm, ni nampaknya selagi aku tak bukak cerita mereka akan tetap tunggu ni. Abang Malek yang sedang berdiri disebelah aku dengan muka tenang menunggu aku menjawab soalannya tadi.

Vee pula yang berada disebelah aku, mengenggam tangan aku erat. Iman pula sudah balik. Itu pun lepas ibu yang suruh lepas tengok muka penatnya.

Siapakah Hisham dalam hidup aku sebenarnya?

Aku ditanya soalan ini sebab Hisham tak nak buka mulut sama sekali. Ditanya berkali-kali, dia masih mendiamkan diri.

Aku ambil nafas sedalam-dalamnya sebelum buka cerita yang sudah lama aku lupakan. Wajah Vee aku pandang sekilas. Cerita yang aku minta Vee rahsiakan sampai waktunya.

Sekarang inilah waktunya.

"Hisham sebenarnya kawan sekolah Cath.", aku buka cerita sambil memandang ke tanganku sendiri. Cuba untuk ingat semula memori yang aku cuba lupakan.

"Kami satu kelas dan masa sekolah dulu, Hisham jenis yang tak banyak bercakap tapi satu sekolah takut dengan dia. Mulanya Cath tak faham kenapa sebab dia nampak normal je. Sampai lah satu hari, Cath mula faham kenapa."

Bukan cerita aku untuk diceritakan tetapi bila keadaan mendesak, aku terpaksa.

"Hisham sakit. Dia ada 'Multiple Personality Disorder'. Tapi waktu tu Cath tak tahu sangat sejauh mana penyakit dia boleh pergi sampai lah dia mula buat masalah dekat sekolah. Dan masa yang sama dia mula dekat dengan Cath. Mana-mana pun Cath pergi, dia akan muncul. Bila kawan-kawan Cath tahu, mereka semua tolong Cath dengan sentiasa ada dengan Cath.", aku telan air liur yang terasa kesat.

Bila aku ceritakan semua ini, rasa macam aku kembali ke zaman sekolah semula.

Disebabkan aku dikelilingi kawan yang boleh dipercayai, mereka semua membantu aku untuk tidak sesekali bersendirian dengan Hisham. Malangnya.. Itu membuatkan dia jadi marah. Sangat marah.

Dua kawan aku tiba-tiba keracunan makanan yang agak teruk sampai ditahan wad selama dua minggu. Ada yang tiba-tiba kena gantung sekolah. Ada juga yang tiba-tiba terlibat dalam kemalangan kecil.

Semua perkara yang nampak macam situasi malang tidak berbau tetapi dalam hal itu, semuanya berpunca daripada Hisham. Dan disebabkan itu juga aku hilang beberapa kawan yang penat melayan kegilaan Hisham.

Kali terakhir aku berjumpa dengan dia adalah sewaktu festival sekolah. Tanpa geng, aku bergerak solo ke sana ke sini. Mengambil tugas sebagai salah satu organiser. Tiba-tiba Hisham muncul untuk meminta pertolongan dengan wajah cemas. Aku ikut risau kerana dia tak pernah nampak secemas itu.

Dan bila kami ke bangunan kimia, semuanya tiba-tiba gelap.

"Kemudian, Cath tersedar dekat hospital. Dia buat Cath pengsan. Tapi apa pun plan dia masa tu tak berjaya sebab kawan Cath datang tepat pada masanya walaupun dia sepatutnya berehat di rumah.", aku telan air liur yang terasa kesat.

Wajah ibu dan ayah yang berkerut dan nampak bingung membuatkan aku serba salah.

"Ibu, ayah dengan Kak Ellie tak tahu pasal semua ni sebab Cath minta semua orang rahsiakan. Vee je yang tahu sebab Vee junior Cath masa tu."

Waktu itu, ibu dan ayah berada di Sweden selama beberapa bulan untuk membantu pakcik Samir yang hilang arah selepas kematian isterinya. Hanya ada aku dan Vee dirumah bersama pembantu. Kak Ellie ada di asrama waktu itu.

"Pengetua nak bagitahu ibu dan ayah tapi Cath minta selesaikan antara kami semua je. Lepas daripada itu, Hisham terus hilangkan diri. Sampailah baru-baru ni."

Jodoh Antara Kita //COMPLETED// (slow editing)Where stories live. Discover now