BAB 31

372 27 2
                                    

Bab ni panjang sikit daripada biasa, so brace yourself. Enjoy 😘

Urgh, kenapa berat sangat kepala ni? Aku terhantuk apa-apa ke? Ke aku terjatuh katil? Lagi?

"Saya tahu awak dah bangun. Buka lah mata."

Aik?
Kenapa suara kepala aku macam suara lelaki ni? Ni mimpi ke?

"Buka lah mata tu. Let me see those beautiful eyes."

Oookey.
Ini pelik. Kenapa aku nak puji diri sendiri pulak? Walaupun aku ada je puji diri sendiri bila sendirian tapi...

Oh shit.

Kepala aku mula berpusing dan segala memori mula kembali masuk sekaligus, menambahkan lagi sakit kepala aku.

Sepuluh jam sebelumnya...

"Cath ingat nak try restoran baru lah, Kak Siti.", aku skrol laman media sosial peribadi aku untuk mencari semula restoran terbaru yang Vee tag semalam.

Adik aku tu memang suka tag aku macam-macam. Ingat aku tak faham lah tu niat dia? Niat nak mengepau. Nasib baik lah itu je adik kandung yang aku ada dan aku ni pula kakak yang penyayang. Haha.

Gambar restoran dan pilihan makanan yang ada membuatkan aku tertarik. Sebagai pemilik kafe, aku tak dapat nak nafikan niat aku yang nak pergi intai kelebihan restoran ni. Mana tahu aku boleh belajar serba sedikit?

"Cantiknya restoran ni. Makanan pun nampak sedap. Bila Cath nak pergi?", soal Kak Siti setelah dia membelek gambar di telefon aku dan mengembalikan semula kepada aku.

"Nak pergi lah ni. Cath pergi dulu, jadi spy. Next time, kita pergi ramai-ramai.", aku sengih.

Kak Siti ikut sengih. Aku jadi spy bukannya buat apa pun, saja nak tengok je sambil makan.

Walaupun dibuka sejak tiga bulan lepas, pelanggan mereka nampaknya sentiasa ramai. Biasanya restoran baru ni tak lama bertahan kalau hanya tempat cantik tapi makanan tak sedap. Tengok review pelanggan, makanan mereka amat memuaskan hati.

Aku ambil kunci kereta sebelum menuju ke pintu. Aku dah buat tempahan awal-awal. Memang lah aku seorang diri je tapi tengok daripada review, adalah lebih baik kalau aku tempah dulu.

"Nak pergi sekarang? Tak nak tunggu Iman? Atau Vee? Bawak teman?", soal Kak Siti dengan kerutan di dahi.

"Vee ada kelas hari ni. Iman pulak.. Dah seminggu tak nampak dia, Kak Siti. Dia outstation kut.", aku angkat bahu.

"Kalau macam tu, minta lah sesiapa temankan. Nak Kak Siti call abang Malek?"

Aku geleng kepala laju.

"Tak payah lah, Kak Siti. Tak jauh pun. Kesian pulak dengan abang Malek. Lagipun bukan senang dia nak dapat cuti."

Kak Siti membuka mulut nak berkata sesuatu tetapi aku cepat-cepat keluar selepas cakap bye. Tak nak panjangkan cerita.

Memang sudah seminggu tak nampak jejak Iman di kafe ni. Selalunya setiap masa ada kat sini. Dah malas kut nak jadi bodyguard aku memandangkan dah nak masuk sebulan tiada apa yang berlaku. Tiada lagi hadiah misteri atau nota misteri. Mungkin stalker aku tu dah mengalah?

Iman pun menghilang macam tu je. Entah kenapa aku rasa kecil hati tanpa sebab.

Yelah, sekurang-kurangnya bagi lah mesej ke apa. Ni senyap je. Gaya macam merajuk pun ada. Merajuk sebab aku tak layan dia ajak aku kahwin agaknya.

Yes. Betul. Tiba-tiba dia ajak aku kahwin.

Mula-mula aku ingatkan dia main-main. Rupanya dia serius. Bila aku gelak, dia terus menyepikan diri. Dah tu? Tiba-tiba je ajak kahwin. Aku tergelak kut masa tu. Gelak nervous.

Jodoh Antara Kita //COMPLETED// (slow editing)Where stories live. Discover now