BAB 17

365 35 0
                                    

Hari nampak macam nak hujan. Gelap. Sama gelap dengan hatinya sejak kebelakangan ini.

Iman mengeluh. Pen yang dipegang diletak. Seharian dia terganggu dengan emosi. Emosi dirinya sendiri.

Perbualan dengan kakaknya semalam bermain di dalam ingatan. Bertanyakan tentang semua perkara yang disimpan rapi olehnya.

***

"Buat apa termenung kat luar ni, Iman?"

Suara kakaknya, Indah Ayla, muncul daripada belakang. Tak sampai sesaat, Indah sudah duduk disebelah adiknya.

Menghadap ke arah halaman rumah ditemani langit malam. Ada sesuatu yang dia nak tanya kepada adiknya.

"Saja, duduk."

Jawapan Iman pendek. Memberikan isyarat tersirat yang sebenarnya dia tidak mahu diganggu.

Tetapi Indah buat tak peduli. Ada perkara yang perlu dia ambil tahu sekarang ini juga.

"Along balik awal pula hari ni? Dah habis syif?", soal Iman.

Kerjaya kakaknya sebagai doktor itu membanggakan ibu bapanya. Terutama ayahnya. Tetapi dengan kerja yang membanggakan, datangnya tanggungjawab yang besar. Sibuknya seorang doktor tu faham-faham jelah.

"Along dapat cuti akhirnya. Boleh lah qada tidur besok."

Jawapan Indah membuatkan Iman sengih.

"Kenapa tak mulakan qada sekarang je?"

Indah mencebir. Nampak sangat nak menghalau aku lah tu.

"Itu agenda besok. Along nak bercakap dengan adik along ni dulu. Dah lama tak sembang-sembang. Tu yang tak tahu pun dah ada girlfriend sebenarnya."

Kata-kata Indah membuatkan Iman menghela nafas berat. Malasnya nak bercakap soal ni.

"Kalau Iman dah ada girlfriend, kenapa terima apa yang ayah dah tetapkan? Along dengan mak kan boleh backup."

"Along tahu kan daripada dulu ayah tak suka dengan Iman. Iman cuba nak ambil hati ayah tapi semua tak kena. Kali ni ayah nampak senang hati dengan Iman sebab Iman terima."

Indah mengeluh. Dia sedia faham dengan masalah ayah dan Iman. Daripada dulu lagi ayahnya selalu mencari kesalahan Iman.

Mungkin kerana Iman tidak mengikut acuan yang ayah mereka mahukan. Ayah nak Iman jadi pendidik sama macam dia dan mak tapi Iman jadi arkitek. Bila Iman jadi penulis buku pula, dia kata Iman membuang masa menulis benda yang tidak berfaedah.

"Iman sayangkan Catherine?", soal Indah.

Iman terpempan bila nama Catherine disebut. Wajah wanita itu terus muncul di dalam kepala tanpa dipinta. Rasa yang muncul membuatkan dia serba salah.

Indah yang melihat perubahan wajah adiknya menggeleng kepala. Dia tahu semua ini pun daripada Ahmad. Ahmad rajin memberi info adiknya kepada dia.

Sejak Iman dan ayahnya mula tidak sebulu, Iman jarang bercerita dengannya. Jadi dia kenalah cari jalan lain.

"Iman, ayah tu memang keras kepala. Semua orang tahu. Ada masanya dia betul tapi ada masanya dia salah. Along tahu Iman sayangkan Catherine. Dia buat Iman ketawa dan ceria selalu.", Indah memujuk perlahan.

Dia nampak perubahan Iman tetapi dia tak sangka semua itu kerana Catherine. Ini bila Catherine sudah tiada, Iman kembali kepada Iman sebelum ini. Nampak sangat siapa yang membawa cahaya dalam hidup adiknya.

"It's over, Along. Iman dah putuskan. Lebih baik Catherine cari orang lain.", tegas suara Iman.

Indah menggelengkan kepala lagi. Degil betul budak ni.

Jodoh Antara Kita //COMPLETED// (slow editing)Where stories live. Discover now