E3
Selama 1 jam di E3, Finnick hanya merenung keluar ke tingkap bilik VIP dan masih belum berbuat apa-apa aktiviti di situ. James dan Anthony keluar bersiar-siar dan melihat-lihat pameran yang ada di situ manakala hanya tinggal Jaiden dan Finnick sahaja yang masih berada di bilik VIP.
Jaiden sanggup menemani Finnick walaupun untuk jangka masa yang sangat lama. Finnick hanya mendiamkan diri walaupun ketika itu dia tidak bersendirian dan ditemani oleh Jaiden. Keadaan menjadi agak kekok untuk Finnick.
Mereka telah lama berpisah dan sebab mereka berpisah adalah kerana Finnick. Finnick berasa serba salah apabila berhadapan dengan Jaiden setelah tempoh yang agak lama.
Selepas seketika.
Finnick menarik nafas dalam-dalam lalu menghelakan nafasnya sehingga paru-parunya berasa kosong. Finnick memberanikan diri untuk menoleh ke belakang lalu melihat wajah kecil Jaiden.
" Jaiden, saya minta maaf." ucap Finnick lalu menunduk hormat.
Wajah Jaiden kelihatan keliru. " Untuk apa?" soal Jaiden.
" Segalanya." jawab Finnick.
" Dude, whattaheck? Awak tak pernah lakukan kesalahan terhadap saya." kata Jaiden lalu mendekati Finnick. " Sudah ditakdirkan awak bersama Pamela. Lagipun, awak berdua lebih secocok bersama." kata Jaiden lagi.
" Kerana saya, awak tinggalkan kolej. Kerana saya juga awak sekarang hanyalah seorang Youtube Animator." kata Finnick dengan nada yang lembut.
" Oh, itu hanya perkara biasa. Lagipun sudah menjadi minat saya untuk menjadi seorang Youtube Animator." kata Jaiden dengan tenang tetapi dari dalam dia berasa agak kesal kerana tinggalkan kolej.
" Nice conversation, lovebirds."
Finnick dan Jaiden terdiam untuk seketika.
" Ya, awak berdua boleh dengar saya."
Finnick mula mencari-cari.
" Saya di sini."
Finnick menoleh kearah pintu masuk bilik yang mulanya tadi tiada apa-apa tetapi sekarang kelihatan satu entiti berbentuk seperti manusia. Seluruh badan entiti tersebut berwarna hitam dan gelap. Hanya matanya yang memancarkan cahaya putih sahaja yang kelihatan bersama lubang mulutnya yang juga memancarkan cahaya putih. Aura kegelapan dapat dilihat disekelilingnya.
Finnick memegang tangan Jaiden dengan erat. Jaiden mula berasa takut. Dia mula menyorok di belakang Finnick. Entiti tersebut berjalan perlahan-lahan kearah Finnick dan Jaiden. Finnick turut bergerak perlahan ke tepi untuk mengelak entiti tersebut.
Finnick cuba membaca minda entiti tersebut tetapi terhalang oleh sesuatu seperti dinding. Dinding tersebut menghalang Finnick dari masuk ke dalam minda entiti tersebut.
" Awak perlu dapatkan kebenaran sebelum masuk." kata entiti tersebut.
" Siapa kau?" soal Finnick.
" Siapa aku? Aku adalah aku. Kau adalah kau. Dia adalah dia." jawab entiti tersebut.
Finnick mula terasa jengkel terhadap entiti tersebut. Boleh pula dia loya buruk.
" Kau rasa itu kelakar?" Finnick mula naik geram.
" Tak. Awak mahu tahu apa yang kelakar? Apabila awak tak boleh selamatkan Amy dan Pamela."
Sebaik sahaja entiti tersebut berkata begitu apa yang dilihatnya di sekarang adalah penumpuk Finnick. Penumbuk Finnick menghinggap ke muka entiti tersebut dan membuatkan kepala entiti tersebut hancur berkecai.
Malangnya, badan entiti tersebut masih berdiri dan boleh bergerak beberapa langkah ke belakang.
Finnick cuba untuk menumbuk pada bahagian bawah badan entiti tersebut tetapi di halang oleh tangan kanan entiti tersebut. Finnick mula terkejut. Ini adalah kali pertama penumbuknya dihalang dengan mudah.
" Tidak semudah itu." kepala yang hancur berkecai tadi bercantum semula menjadi kepala yang baru. Wajah entiti tersebut kelihatan tersenyum.
Tangan kiri entiti tersebut digenggam dengan erat lalu menumbuk perut Finnick dengan sekuat-kuatnya. Finnick terasa senak lalu terpelanting kearah tingkap. Jaiden terduduk diam dan tidak mampu bersuara. Ini adalah perkara yang paling pelik pernah berlaku di hadapan matanya.
Sementara itu.
James dan Anthony kelihatan seronok melihat pameran dan permainan yang bakal dilancarkan tidak lama lagi di E3. James sangat gembira apabila dapat kalahkan Anthony dalam permainan Tetris di seksyen Nintendo. Amat menggembirakan apabila dapat kalahkan idolanya sejak kecil. Sedang mereka seronok tiba-tiba mereka terlihat orang ramai sedang melihat keatas.
" Lihat diatas sana." kata seorang pengunjung.
James melihat keatas seperti pengunjung lain. Apabila terlihat perkara yang terlihat pengunjung lain membuatkan mata James terbeliak. Anthony yang masih belum ketahuinya masih keliru.
" Apa yang awak tengok?" soal Anthony.
James tidak terkata apa-apa lalu menudingkan jari kearah bilik VIP. Anthony melihat kearah yang dituding James tersebut dan dia juga terkejut dengan apa yang dilihatnya.
" Aku di sini untuk bunuh kau!" kata entiti misteri lalu berlari dan mengenakan serangan lutut tepat kearah muka Finnick membuatkan kaca tingkap VIP tersebut pecah. Kedua Finncik dan entiti misteri terpelanting keluar. Entiti misteri terus memijak dada Finnick dengan kuat dan menghentam seluruh badan Finnick ke atas lantai E3. Hentaman yang kuat tersebut membuat sebuah lubang kawah yang besar dan telah mencederakan beberapa pengunjung di situ.
Ramai pengunjung mula panik dan melarikan diri. Manakala, James dan Anthony berlari kearah bilik VIP untuk selamatkan Jaiden. Keadaan bertukar huru-hara.
" Kau tak akan bunuh aku!" kata Finnick lalu melagakan kedua-dua penumbuknya dan sut Overdosenya terhasil. " Aku yang akan bunuh kau dulu!" Finnick menendang entiti misteri tersebut dari posisinya sekarang dan lantas meloncat berdiri.
" Masih degil." kata entiti misteri tersebut.
" Hari ini sepatutnya menjadi hari yang menggembirakan." kata Finnick. Sutnya yang mulanya berwarna putih kini bertukar merah menyala. Lampu di dadanya bertukar hitam. Rambut Finnick yang tidak ditutup bertukar warna dari hitam ke ungu kemerahan.
" Bagus! Ini yang aku mahukan!"
Entiti misteri tersebut mula mencabar Finnick.
YOU ARE READING
Finnick Orion
Action" Dia terlalu sempurna. Maksud saya, Dia adalah 100 peratus sempurna." - PLI. " Naga? Syaitan? Dewa? Aku rasa itu hanya kerja mudah bagi Finn."- JM " Aku tidak rasa dia adalah manusia normal. Mungkin dia makhluk asing seperti Superman. Atau mungkin...