Amaran kepada Regime

7 0 0
                                    

Bangunan YG.

     "* Ini adalah lagu yang awak semua akan nyanyikan." Teddy Park menyerahkan kertas lirik kepada kesemua ahli Blackpink. 

    Finnick membacanya dengan teliti dan dia merasakan sesuatu yang tidak kena. "* Hei, kenapa bahagian saya tiada?" Soalnya.

     "* Awak hanya perlu jadi penari latar sahaja. Itu sahaja sudah memadai." Kata Teddy Park lalu keluar dari bilik latihan. "* Heu, tunggu. Ini dah mengarut." Finnick menahanya. "* Betullah tu. Hei, dengar sini. Saya di sini hanya menghasilkan lagu. Awak semua hanya perlu nyanyi dan tarikan sahaja. Sudah sekarang pergi." 

    " This is fucking bullshit!" Sumpah Finnick lalu berjalan dengan lebih laju memintas Teddy lalu memasuki lif. Finnick menuju ke tingkat 7 iaitu tingkat di mana pejabat Encik Yang berada. Finnick menolak daun pintu pejabat Encik Yang dengan kasar sekali. " Hyun-Suk, tolong terangkan ni. Di mana bahagian saya? Saya bukan di sini hanya untuk menjadi seorang penari." Finnick kedengaran kasar.

     " Wo, relaks. Finnick, biar saya tengok." Encik Yang cuba untuk redakan keadaan. Finnick menyerahkan kertas manuskrip tersebut kepada Encik Yang. " Oh ya, ada sedikit kesilapan disini. Ini adalah lagu DDU-DU-DDU-DU. Awak tidak akan terlibat dalam ini. Awak akan terlibat dalam lagu yang awak sendiri tulis untuk kesemua ahli." Terang Encik Yang.

    " Serius?" Soal Finnick.

    Encik Yang sekadar mengangguk. " Sudah, pergi. Saya mahu sambung kerja." 

    Finnick keluar dari pejabat Encik Yang dengan berasa tenang apabila mendengar berita baik tersebut. Tiba-tiba, Encik Yang memanggilnya dari dalam pejabatnya. " Finnick, mari sini sekejap." Finnick memasuki pejabat itu semula. " Apa?" 

     " Saya terlupa untuk beritahu awak. Awak perlu terbang ke bangunan SBS. Seseorang menunggu awak di sana." Arah Encik Yang. " Siapa?" Soal Finnick. " Saya tak tahu. Tetapi Fury cakap ianya penting. Pergi." Arah Encik Yang. 

     Finnick membuka tingkap pejabat Encik Yang seluas-luasnya. " Oh, jangan cakap awak nak..." Finnick terus terbang pergi sebelum Encik Yang sempat habiskan kata-katanya. " Jeez." 

     Finnick terbang dengan sangat laju dan ianya mengambil masa hanya sesaat sahaja untuk tiba ke bangunan SBS. Dari pandangan atas Finnick dapat melihat satu figura yang sedang berdiri di penjuru bangunan. Finnick terbang mendekati figura tersebut.

     " Lambat. Aku tunggu kau sejak 30 minit tadi." 

     " Siapa kau? Aku tidak pernah lihat kau. Sentry? Aku tidak pernah dengar tentang kau." Soal Finnick kepada lelaki yang menggelar dirinya Sentry.

     " Aku Robert Reynolds atau kau boleh panggil aku Sentry dan kau... Kau telah melanggar undang-undang Regime." Kata Sentry.

    " Regime? Undang-undang apa pula yang aku langgar? Jika kau di sini hanya untuk tangkap aku lebih baik kau lupakan sahaja. Pulang semula ke Superman..." Belum sempat Finnick menghabiskan kata-katanya Sentry memancarkan sejenis pancaran emas kearahnya. Finnick terpelanting jauh ke langit. " Kau tidak akan bersembunyi lagi kali ini, Overdose." Sentry terbang ke arah Finnick lalu menumbuknya jatuh ke arah tanah. 

    Hentaman Finnick menghasilkan satu lubang kawah yang sangat besar di tengah-tengah bandar Seoul. " Itu agak sakit." Kata Finnick. Finnick bangun sambil menyapu debu dari badannya. Dia melihat ke langit dan mendapati Sentry terbang ke arahnya dengan kelajuan super. " Aku lebih laju dari Flash dan Superman. Jadi, sia-sia sahaja kau cuba untuk tandingiku." Finnick menepuk dadanya dan dari dadanya keluarlah sepasang sut yang dicipta khas oleh Tony Stark dengan menggunakan teknologi nano dari Wakanda. Sut yang hampir serupa dengan sut lamanya tetapi kali ini dengan sedikit perubahan pada ketahanannya. 

    "* Adakah itu Overdose?" Soal seorang lelaki.

    " Mari kita lakukan ini son of a bitch." Finnick terbang dengan sangat laju. Lebih laju dari kelajuan Sentry. Hanya sekelip mata sahaja dia berada di belakang Sentry tanpa disedari oleh Sentry. " Lambat." Finnick menghentam belakang kepala Sentry dengan kedua-dua belah tangannya. Sentry melayang lebih jauh dari apa yang Finnick jangkakan. Finnick terbang kearah Sentry lalu menumbuknya dengan Tumbukan Superman.

    " 1 tumbukan!" 

    Bang!

    " 2 tumbukan!" 

    Bang!

     " 3 tumbukan!" 

     Bang!

    Selepas 3 Tumbukan Superman, Finnick terbang ke hadapan Sentry lalu menghentikanya dengan menangkap mukanya. Finnick membawa Sentry turun dari langit dengan sangat laju lalu menghempasnya tepat di tengah-tengah Hall of Justice. Superman yang ketika itu sedang meneliti gerak-geri Doomdsday yang terperangkap di Fortress of Solitude terperanjat dengan kehadiran Overdose dan Sentry. Sentry dicampak kearah Superman dengan kuat oleh Finnick. 

     " Kalau kau datang kepada aku hanya untuk bunuh aku lebih baik lupakan saja. Semua ini mesti dihentikan atau aku sendiri yang akan hentikanya." Finnick memberikan amaranya lalu terbang pergi. 

     " Su... Su..." 

     " Jangan bergerak, Bob. Kau akan ok. Cyborg akan bawa ke Mordo." Superman meletakkan Sentry ke atas lantai lalu terbang pergi mengejar Finnick. " OVERDOSE!" Superman memancarkan sinaran haba melalui matanya lalu menembak Finnick dari belakang. Malangnya, sut yang dicipta khas itu mampu memantulkan semula sinaran tersebut. Sinaran tersebut mengenari jari tengah Superman dimana cincin Sinestro Corps berada. Sut Superman yang pada asalnya berwarna kuning kini berubah kembali kepada warna merah dan biru. 

     Finnick hanya terbang pergi tanpa melihat ke belakang. Superman mula naik angin. Superman mengejar Finnick dengan lebih laju. Apabila dia mendekati Finnick, Superman bersedia untuk menumbuk Finnick tetapi kali ini seranganya berjaya dihalang sekali lagi. Finnick yang sangat laju, berjaya menangkap buku lima Superman. 

     " Lebih baik kau hentikannya atau aku yang akan hentikan kau. Pergi! Pulanglah kepada keluarga kau. Bina semula Metropolis. Membawa keamanan kepada dunia seperti ini tidak dapat pulangkan Lois semula." Kata Finnick lalu melepaskan tangan Superman.

     " Kau telah melanggar undang-undang aku!" Superman sekali lagi cuba menyerang Finnick tetapi Finnick berjaya parry serangan penumbuk tersebut dan kembalikan semula penumbuk tersebut kepada tuan empunya tangan. 

     " Aku menggunaka kuasa aku untuk menolong orang. Tiada apa yang salah disitu. Itulah tugas seorang superhero." Kata Finnick. " Tidak bagi undang-undang aku. Hanya mereka yang berkhidmat dibawah naungan Regime sahaja yang dibenarkan menggunakan kuasa mereka." Terang Superman. Finnick sekadar menggelengkan kepalanya. 

     " Go fuck yourself." Finnick menumbuk Superman dengan sangat kuat dan menghantarnya pulang ke Hall of Justice. Belum sempat Superman bangun, Finnick telah berada dihadapanya. Finnick memijak dada Superman. Superman tidak dapat bangun kerana berat badan Finnick yang sangat berat. Finnick membuatkan dirinya lebih berat dari berat Mjolnir iaitu tukul Thor. 

     " Sesak nafas? Biar aku cakap dengan lebih jelas. Kau. Hentikan. Perang. Atau. Regime. Dan. Kesemua. Seangkatanya. Aku. Musnahkan. Atau lebih baik lagi, satu dunia ini aku musnahkan dan bina semula cuma kali ini kewujudan kau dan sekutu kau akan aku padam. Dunia tidak akan kenal atau ingat akan kewujudan kau. Ok! Pergi dulu! Chiao!" Finnick terus terbang pergi selepas memberikan amaran kepada Superman. 

      " Jadi, apa yang perlu kita lakukan sekarang?" Soal Wonder Woman yang sudah lama berada disitu. 

    " Kita akan kuasai dunia ini. Satu hari nanti Finnick tetap akan patuh akan perintah aku. Dunia akan tunduk pada aku. AKU!"

Superman telah menjadi seorang gila kuasa.

Finnick OrionWhere stories live. Discover now