Detektif Paling Hebat Di Dunia & Speed Demon

16 0 0
                                    

Berita mengenai pembunuhan Jason Woodrue telah diketahui oleh Bruce Wayne atau dikenali dengan alter egonya iaitu Batman. Terlalu banyak tanda tanya. Kes kali ini tidak seperti kes pembunuhan yang biasa disiasatnya sebelum ini. 

Batman memeriksa mayat Jason Woodrue sebelum dialihkan. Sejurus itu, dia juga memeriksa lukisan pada dinding tersebut. 

" Dapat apa-apa, detektif?" Soal salah seorang anggota polis GCPD.

" Ya. Saya tidak rasa ini perbuatan manusia biasa. Boleh jadi ianya perbuatan seorang Mutan atau Metahuman. Tetapi apabila dilihat semula pada kesan potongan pada mayat, ianya kelihatan seperi perbuatan orang biasa juga." Kata Batman.

" Jadi, siapa awak rasa orangnya? Ramai disini yang mengesyaki ianya perbuatan Finnick. Awak tahu mengenai kesnya beberapa bulan lepas." Kata polis tersebut.

" Ya, saya tahu. Saya tidak mengesyakinya." Kata Batman.

" Kenapa?" 

" Lukisan pada dinding ini menunjukkan pembunuh tersebut ialah kidal. Finnick Orion bukan kidal. Jika awak lihat pada mayat tersebut ianya dipotong dari kanan kekiri. Mayat itu juga terletak pada belah kanan katil agar proses untuk pembunuh itu membelah perutnya dari dada ke bawah perut lebih senang. Ianya sukar untuk memotong dari bawah keatas." Terang Batman.

" Teruskan." 

" Pembunuh ini ialah seorang pakar. Jika dilihat pada kesan potongan ini dengan betul, ianya dipotong dengan kemas. Yang menghairankan saya ialah langsung tiada kesan darah pada lantai atau pada cadar. Pembunuh ini bukan sahaja pakar dalam pembedahan malah seorang yang teliti. Hanya seorang sahaja yang pakar dalam bab ini." Batman mula berfikir dengan lebih teliti.

" Siapa?" 

" Orang itu adalah Pamela iaitu isteri kepada Finnick." Jawab Batman.

" Mustahil. Bukankah dia sudah mati?" Soal polis tersebut.

" Dia hanya hilang. Jika betul dia sudah mati dibunuh oleh Woodrue, sudah pasti saya menjumpainya pada malam kebakaran itu tetapi hanya Finnick sahaja yang dijumpai. Walaupun bukti menunjukkan bahawa Jason Woodrue menyimbah asid kepadanya, ia masih akan meninggalkan kesan. Bukan sahaja kesan, malah, setitis darah ataupun paling kurang sehelai rambut langsung tidak dijumpai ditempat kejadian. Hanya ada dua kemungkinan. Pertama, Jason Woodrue membunuhnya lalu menyorokkan mayatnya dan menghapuskan bukti dengan menuang asid kepada mayatnya agar tiada kesan bukti. Kedua, Pamela tidak mati dan menghilangkan diri dan kebakaran itu dilakukan olehnya." Batman mula menjawab teka-teki tersebut. 

Ada benar juga apa yang dikatakannya. Mayat Pamela langsung tidak dijumpai. Malah jika ianya pembunuhan dengan asid, ia akan meninggalkan kesan.

Hanya Wally West sahaja yang mengetahui kebenarannya. Atau mungkin dia hanya berbohong.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Titans Tower

Wally West dikurung dalam sebuah bilik dimana dindingnya diperbuat daripada kaca yang dicipta khas oleh teknologi Wakanda. Tidak kira betapa laju getaran molekul yang akan dilakukan oleh Wally, dia masih tidak dapat keluar dari situ. 

" Adakah dia masih berkelakuan pelik?" Soal Dick Grayson yang baru sahaja pulang.

" Nampaknya begitulah. Berkelakuan seperti orang gila. Dia hampir bunuh saya." Kata Roy Harper.

" Hey Wally, awak boleh dengar saya?" Dick memberanikan diri untuk bercakap dengan Wally.

" Masa depan dalam bahaya!" Wally bercakap dengan nada yang tinggi.

" Ya, saya tahu masa depan dalam bahaya. Boleh awak terangkan kenapa?" Soal Dick ingin tahu.

" Mesti.... Hentikan.... Joker...." Kata Wally sebelum dia tiba-tiba sahaja bergetar dan menghilangkan diri.

" Oh sial, ke mana dia pergi?" Roy mula panik.

" Arsenal, pergi panggil Barry Allen ke sini cepat. Ianya Kod Hitam. Cepat!" Arah Dick.

Roy pergi dari situ dengan cemas.

' Wally, apa sudah jadi?' Bisik hati Dick. 

Kod Hitam adalah situasi dimana salah seorang Titans mula menjadi ancaman kepada Titans yang lain. Ini adalah kali kedua ianya terjadi. Kali pertama ialah ketika Finnick masih lagi seorang Titans. Beast Boy adalah orang pertama yang mencetuskan Kod Hitam. Ketika itu, Beast Boy tidak dapat mengawal kuasanya dan membuatkan dirinya bertukar menjadi seekor makhluk yang mengerikan dan tidak pernah dilihat didunia ini. Beast Boy adalah orang pertama yang memecah kepala Finnick.

" Bunuh... Joker!" Dick terdengar suara Wally didalam bilik itu.

Dick mengeluarkan senjatanya iaitu baton dan mula bersedia untuk bertarung.

" Wally, jika awak masih disana, tolong terangkan apa yang berlaku. Saya tidak mahu menyakitkan kamu." Dick mula memujuk Wally.

" BUNUH JOKER!" Suara Wally semakin kuat dan semakin dekat dengan Dick. 

Tiba-tiba, satu serangan menghinggap ke perut Dick dengan kuat. Dick jatuh rebah.

" Wal... Wally." Dick pengsan akibat serangan itu. Sebelum dia pengsan, dia hanya ternampak satu cahaya yang berwarna merah kehitaman tetapi langsung tidak mengetahui dari mana datangnya cahaya tersebut.

"Dick!" Donna Troy yang baru sahaja sampai di situ mendapati Dick sedang pengsan dan langsung tidak tahu apa-apa.

" Dick, Barry Allen di sin..... OH Tuhan, Dick." Roy yang baru sahaja tiba bersama Flash terus mendapatkan Dick yang sedang terbaring di atas lantai. 

" Awak berdua perlu keluarkan dia dari sini. Biar saya sahaja yang bercakap dengan Wally." Arah Flash.

Mereka berdua membawa Dick keluar dari situ meninggalkan Falsh berseorangan.

" Wally ini saya, Barry. Saya tahu masa depan dalam bahaya dan Joker ialah puncanya tetapi saya mahu awak terangkan dengan lebih jelas." Kata Flash. Dia tidak pasti jika dia hanya bercakap seorang atau bercakap dengan Wally.

" Wally, hello...... Awak disana? Ini saya, pak cik kesayangan awak." Flash cuba memujuk.

Zushh!

Wally dengan tiba-tiba sahaja muncul dihadapan Barry Allen. Flash sedikit terkejut dengan rupa baru Wally. Sutnya berwarna merah kehitaman seperti darah dan ada corak kilat berwarna hitam. Matanya mengeluarkan cahaya merah dan seluruh badannya dikelilingi dengan cahaya berwarna hitam. 

" Flash, Wally, awak ok?" 

" Flash? Siapa Flash? Aku Speed Demon!" Wally menumbuk muka Barry Allen dengan kuat dan membuatkannya terbang memasuki ruang masa. Wally berlari pergi kearah Flash dan terus menumbuknya dan membuatkan Flash masih belum jatuh.

Wally betul-betul sudah tidak menjadi dirinya. Speed Demon adalah nama terbarunya. Kelajuannya adalah sangat laju sehinggakan tiada siapa yang dapat melihatnya. Adakah dia akan menjadi penyelamat dunia atau ancaman kepada dunia?

Bersambung............

Finnick OrionWhere stories live. Discover now