Kebebasan b.3

2 0 0
                                    

Sinestro's Height, Arizona. 

     " Allahuakbar! Kawan-kawan, kita sudah hampir mencapai kemenangan!" Sorak Yusof untuk menaikkan semangat rakan-rakannya. Hampir kesemua pengawal dikalahkan mereka. Sekarang mereka hanya perlu pergi ke bilik pengawal dan dapatkan kunci untuk semua pintu di dalam bangunan penjara ini. 

     Kini, hanya tinggal seorang pengawal sahaja lagi untuk dikalahkan iaitu Hakim Xena Cheong. Hakim yang berdarah Greek-Asia itu adalah pemegang pingat emas Olympic dalam sukan Taekwondo. Dia antara Hakim yang cemerlang dalam seni bela diri. Dia juga boleh dikatakan setanding dengan ketua Hakim iaitu Hakim Dredd.

     Tetapi lawannya hari ini bukanlah lawan yang biasa. Wally West atau Flash telah mempelajari beberapa seni bela diri seperti Karate, Judo, Taekwondo, Silat dan Krav Maga. Sepanjang bersama Titans dan Justice League, telah beribu musuh yang dia berjaya kalahkan. Wally juga pernah kalahkan Superman dalam pertembungan jarak dekat ketika bersama Justice League dan ketiadaan bapa saudaranya iaitu Barry Allen.

     " Mari!" Xena bergerak dengan lincah lalu memberikan satu sepakan rendah pada betis kanan Wally. Wally mengangkat kakinya dan sepakan tersebut mengenai buku lalinya. Kini giliran Wally pula untuk memberikan serangan. Dia menggerakkan badannya ke hadapan lalu menolak telapak tangan kirinya ke arah dada Xena dengan kuat. Dengan cepat Xena menahan tolakan tersebut dengan kedua-dua belah tangannya. Xena tertolak ke belakang dan hampir terlanggar seorang banduan. Banduan tersebut menahannya dari jatuh. 

      " Kau tak perlu berterima kasih pada aku." kata banduan tersebut. Tanpa menghiraukan banduan tersebut, Xena terus meluru kepada Wally dan bersedia untuk memberikan satu sepakan tepat ke arah kepalanya. Wally terlebih dahulu menundukkan badannya lalu menjatuhkan Xena dengan menendang kakinya yang sebelah lagi yang tidak diangkat. 

      Ketika Xena sedang terapung diudara, Wally menyerangnya dengan telapak tangannya. Wally menolak telapak tangannya ke dada Xena sekali lagi justeru menghentak badan Xena ke lantai. Tidak berakhri di situ, Wally menggenggam kedua-dua tangannya lalu menumbuk dada dan perut Xena dengan kedua-dua belah penumbuknya. Xena sempat menahan serangan pada dadanya tetapi tidak pada perutnya. 

     Ketika inilah Xena melihat wajah Wally yang kelihatan serius dan menakutkan. Wally seolah-olah tidak sedar bahawa dirinya sedang bertarung dengan seorang wanita. Wally mengangkat kaki kanannya dengan tinggi lalu menjunamkan kakinya kearah kepala Xena. Xena mengelak serangan tersebut. Lantai yang dipijak Wally tersebut pecah dan terhasil sebuah lubang.

       Semua banduan dan pengawal tidak percaya akan apa yang dilihat oleh mereka. Jelas sekali itu adalah Wally West, banduan pertama disini. " Xena, peluang terakhir.  Ke tepi dan menyerah kalah atau kau juga akan jadi seperti lantai ini." Pinta Wally buat kali terakhir. Xena mula ketakutan. Dia melihat kearah pengawal lain. Mereka semua turut kelihatan takut. 

     " Wally, sudahlah tu. Mereka telah kalah. Mari ke bilik pengawal." kata Finnick yang baru lalu disitu. " Cik, saya rasa awak ada sesuatu yang kami perlukan." kata Finnick lalu menarik kunci yang tergantung pada leher wanita tersebut. " Mari, semua." Finnick mengetuai semua banduan kearah bilik pengawal. 

     Semua banduan yang terlibat beredar ke bilik pengawal kecuali Wally. Wally masih lagi berdiri di hadapan Hakim Xena Cheong. " Jangan lupa untuk tunaikan janji kau." kata Wally. 

      Mata Xena mengalirkan air mata. Dia mula menangis. Dia tidak percaya bahawa dia baru sahaja kalah kepada seorang penjenayah. Xena bersujud kepada Wally.  Wally mendekati Xena lalu melutut dihadapannya. " Adakah itu bermaksud ya?" soal Wally dengan nada yang lembut. Xena bangun lalu memeluk Wally. " Ya." jawabnya dengan mudah. " Wally, ajarkan saya semua yang awak tahu." pinta Xena. " Selepas saya berjaya keluar dari sini dan selepas temu janji pertama kita di dunia luar." ujar Wally. 

     Finnick dan banduan lain semakin dekat dengan bilik pengawal. Dengan kunci mogok yang diambil dari rantai Xena, mereka berjaya membuka kesemua pintu yang membawa mereka kearah bilik pengawal. " Tidak sangka pula orang yang kita mahu bunuh semalam menjadi ketua kita hari ini." kata salah seorang banduan. " Dia berada disini tidak sampai 24 jam pun dan sekarang dia yang mengetuai kita semua kearah kebebasan untuk bergerak. Dia seorang lelaki yang hebat." kata seorang lagi banduan. 

      Mereka semua terhenti apabila berada dihadapan pintu bilik pengawal. 

      " Kenapa, bos? Kenapa tak buka saja pintu itu?" soal seorang banduan kepada Finnick. 

     " Yusof, mana Yusof?" soal Finnick pula. 

     " Saya disini, Finnick." jawab Yusof.

     Finnick menyerahkan kunci tersebut kepada Yusof. " Bukan saya yang mulakan semua ini. Yusof, awak yang mulakan semua ini dan awak juga yang akan akhirinya. Buka pintu ini dan kebebasan pergerakkanlah yang akan kita dapat. Semuanya bermula dari awak." ujar Finnick. 

      Yusof mencapai kunci tersebut. Perlahan-lahan dia memasukkan anak kunci tersebut ke dalam lubang kunci. Perlahan-lahan Yusof membuka pintu tersebut. Daun pintu itu ditolaknya perlahan-lahan membongkarkan bahagian dalam bilik tersebut yang gelap. 

      Finnick dengan lantas menarik Yusof kebelakang lalu meluru masuk kedalam bilik tersebut. Ketika Yusof membuka pintu bilik tersebut Finnick ternampak cahaya kuning bersinar dalam kegelapan bilik tersebut. Finnick meluru kearah cahaya tersebut sebelum pemakai cincin Sinestro's Corps tersebut sempat menghasilkan sesuatu dengannya. Finnick merempuhnya keluar tingkap bilik pengawal. Mereka berdua jatuh dan mendarat diatas gelanggang yang berada di tingkat paling bawah. 

      Finnick mengerang kesakitan. Apabila dilihatnya gerangan yang memakai cincin tersebut ianya adalah lain dan tidak bukan adalah Hal Jordan.


      

Finnick OrionWhere stories live. Discover now