Perang Darah

5 0 0
                                    

" Tangkap dia! Jangan bagi dia terlepas!" Arah Sinestro kepada kesemua ahli Sinestro Corps.

    Ribuan angkatan tentera Yellow Lantern serbu kearah Finnick yang masih berada di atas tanah. Berbagai-bagai serangan yang dilakukan tetapi tiada satu pun yang mengenai Finnick. 

"* Oppa!" Finnick terdengar jeritan Jisoo dari jauh. Finnick lantas meluru kearah Jisoo dan Lisa. Finnick membawa mereka berdua pregi jauh dari situ dengan kuasa kelajuannya. Finnick membawa mereka ke sebuah gerai di situ. 

"* Oppa, apa semua ini?" Soal Lisa dalam keadaan takut.

" Apabila awak bangun segalanya akan OK." Finnick membuatkan mereka berdua tidur. 

    Finnick kembali semula ke tempat serangan tadi. Finnick membuka ikatan Jacob. 

" Awak semua memang menempah maut kerana cuba untuk menguasai Bumi." Kata Finnick lalu terus terbang ke udara dengan kelajuan super. 

" Kemana dia pergi?" Soal salah seorang Yellow Lantern yang berupa seperti seekor badak.

" Aku disini." Finnick muncul dibelakang Yellow Lantern tersebut lalu memenggal kepalanya dengan sebilah pisau yang diperbuat dari berlian sebelum menghilangkan diri semula.

" Rhick!" Jerit salah seorang Yellow Lantern apabila dapati rakannya telah dibunuh. 

    Finnick sekali lagi muncul secara tiba-tiba tetapi kali ini dihadapanya. " Kau akan berjumpanya." Finnick membelah perutnya dan keluarkan seluruh isi perutnya. " Marilah, Sinestro! Ini sahaja yang kau ada? Lemah!" Finnick merentap keluar usus kecil Yellow Lantern tersebut sebelum menghilangkan dirinya sekali lagi.

" Kamu semua bunuhnya sekarang! Cari dia!" Arah Sinestro.

" Tetapi tuan, kami..."

" Buat sahaja cermin mata yang boleh melihat orang halimunan, BODOH!" Sinestro mula naik bengang.

    Seorang perseorang Yellow Lantern dibunuh. Ladang limau mandarin yang sepatutnya berwarna hijau dan oren kini bertukar merah apabila dihujani darah-darah Yellow Lantern. 

" Fin, saya mahu awak hentikannya!" Arah Jacob dari jauh. 

' Tidak!' Finnick menolaknya. ' Selamatkan mereka dibawah sebelum mereka menjadi mangsa.' Kata Finnick melalui telepati.

    Keadaan menjadi lebih ganas apabila Finnick mula memotong anggota badan Sinestro Corps satu-persatu. Dia tidak akan biarkan mereka terus mati tanpa berasa betapa seksanya kesakitan yang pernah dirasai oleh mangsa tidak berdosa yang telah mereka bunuh dan seksa.

" Sakit? Ini hanya permulaan." Kata Finnick lalu meneruskan serangannya dengan menaikkan tahap kelajuannya.

" Tuan..." Sinestro hanya dapat mendengar suara tenteranya yang jatuh dari langit. Sinestro tidak dapat membuat apa-apa kerana Finnick bergerak terlalu pantas. Sinestro mula buntu. Dia duduk melutut diatas tanah. 

" Hutang darah dibayar darah." Finnick muncul dibelakang Sinestro lalu memotong tangan sebelah kanannya. 

     Sinestro menjerit kesakitan. Dia kehilangan kuasanya kerana cincin kuasanya berada dipakai di tangan kanan. Sinestro hanya mampu memegang tangannya yang kudung. Tiada apa yang dapat dilakukannya sekarang. 

    Finnick mencangkung dihadapan Sinestro. Finnick melihatnya tepat kearah matanya.
" Kau lihat Sinestro. Inilah yang terjadi. Tetapi cuba kau lihat betul-betul. Mereka yang telah aku bunuh dan cedera kesemuanya adalah lelaki dan langsung tiada perempuan. Hanya mereka yang pengecut sahaja berani memukul perempuan. Seperti kau." Kata Finnick sambil menunjuk kearah kesemua anggota Yellow Lantern yang telah tumpas.

Finnick OrionWhere stories live. Discover now