Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon
Finnick mengambil dua buah bagasinya dan berjalan keluar dari lapangan terbang. Dia berasa sedikit kelainan dari sebelum ini. Tiada langsung peminat atau orang awam yang menegurnya atau ingin bergambar dengannya. Mungkin kerana mereka tidak mengenalinya kerana dia memakai jaket yang berhud atau mungkin kerana mukanya yang kini berjanggut lebat.
Finnick menutup zip jaket Adidasnya dan mula mencari Encik Yang.
" Finnick, tak sangka kamu sudah sampai. Wow, kamu nampak lain." Tegur Yang Hyun Suk setelah berjumpa dengan Finnick.
" Annyeonghaseyo." Finnick menunduk hormat kepada Encik Yang seperti orang Korea yang lain. Dia mempelajarinya melalui rancangan TV yang selalu ditontonnya, Running Man.
" Kamu tak perlu berbuat begitu. Mari, biar saya tolong bawakkan beg kamu. Blackpink sedang menunggu kamu di Blackpink House." Encik Yang mengangkat beg Finnick lalu meletakkannya di bonet kereta.
Finnick menaiki kereta tersebut dengan perasaan bercampur-baur. Ini kali pertama dia menaiki kereta dimana dia perlu duduk dibahagian belakang dan tidak perlu memandunya. Sebelum ini dia sentiasa berada di kerusi bahagian depan ataupun memandunya. Teksi? Finnick tidak pernah naik teksi. Baginya ianya lebih menjimatkan wang.
" Kamu pernah datang ke Korea sebelum ini, Finnick?" Soal Encik Yang.
" Tak. Ini kali pertama." Finnick melihat keluar tingkap. Melihat bangunan-bangunan tinggi dan pelbagai papan iklan yang menggunakan artis K-Pop sebagai model mereka.
" Kamu lapar? Ada satu restoran yang menjual perut khinzir panggang yang agak terkenal di kawasan ini." Cadang Encik Yang.
" Saya tak makan khinzir. Maaf. Kemana kita hendak pergi sekarang?" Finnick sudah mula berasa gelabah dan tidak boleh duduk diam.
" Oh, maafkan saya. Sebenarnya kita akan ke Hongdae iaitu dimana Blackpink House terletak. Esok saya akan tunjukkan bangunan YG Entertainment. Oh ya, sebelum saya terlupa. Tugas kamu disini bukan sahaja untuk menjadi ahli Blackpink yang kelima. Kamu akan membantu saya dalam......"
" Menyiasat satu entiti misteri yang bukan dari bumi. Fury sudah beritahu saya." Finnick mencelah.
" Ya. Blackpink adalah dalam jagaan kamu. Apa yang berlaku kamu yang akan dipertanggunggjawabkan. Kemana sahaja mereka pergi, kamu perlu ikut. Jika sesuatu berlaku pada mereka, kamu tidak perlu tunggu sehingga saya arahkan kamu untuk mengemas barang kamu dan pergi. Faham?"
" Ya. Itu mudah." Finnick menjawab dengan yakin.
" Bagus. Kamu tahu, kamu sepatutnya masuk tentera sekarang tetapi disebabkan kamu seorang ejen SHIELD, kamu telah difailkan sebagai seorang tentera. Lagipun kamu berada disini hanya untuk 5 tahun sahaja. Tiada apa yang perlu dirisaukan." Kata Encik Yang.
' Adakah pemandu ini tahu tentang SHIELD?' Finnick mula bercakap melalui suara hatinya.
" Ya, nasib baik kamu ingatkan saya. Mula-mula sekali, ya, Encik Lee adalah salah seorang ejen SHIELD. Dia adalah juruterbang terbaik Seoul. Yang kedua, disini awak tak dibenarkan menggunakan kuasa kamu. Mungkin kalau kamu ingin membaca fikiran sesiapa untuk kepastian itu tak mengapa tetapi selain dari itu adalah dilarang." Encik Yang mula menunjukkan sisi sebagai seorang ketua.
" Baiklah. Bagaimana jika ianya kecemasan?" Soal Finnick.
" Pastikan tiada kamera dan tiada orang awam baru kamu boleh gunakannya. Kamu perlu tahu, disini apa sahaja yang berlaku ia akan terus tular." Pesan Encik Yang.
" Berapa jauh lagi tempat ini?" Soal Finnick.
" Tak lama. Dalam 10 minit lagi kita sampai. Kamu boleh berbahasa Korea?"
"* Mungkin lebih baik dari awak." Jawab Finnick dalam bahasa Korea.
" Bagus."
Mereka berbual sehingga tidak menyedari bahawa mereka telah tiba.
"* Hyun Suk, kita sudah sampai." Kata Encik Lee.
" Mari."
Mereka berdua keluar dari kereta.
" Inilah rumah kamu untuk 100 hari yang akan datang. Esok saya akan tunjukkan rumah kamu satu lagi. Disebabkan kami sedang mengadakan rancangan realiti berjudul Blackpink House sekarang, kamu perlu sertainya juga sebagai ahli baru. Ini akan mengejutkan pihak media kerana berita tentang kamu disini masih belum diketahui sesiapa." Kata Encik Yang.
" Biar saya ambil saya. Awak tak perlu bersusah payah, Encik Lee." Kata Finnick kepada Encik Lee.
" Tak apa. Sudah menjadi tugas saya. Kamu pergi ke ikut Encik Yang." Kata Encik Lee.
" Sekejap. Saya akan telefon Lisa. Rasanya mereka keluar kekedai perhiasan katil tadi." Encik Yang menelefon Lisa dan bertanya jika mereka berada dirumah. " Ya, mereka berada didalam. Mari, kita naik keatas."
Pintu merah jambu yang dihiasi dengan pokok-pokok hiasan yang berada dihadapan mereka dibuka. Disebalik pintu itu terdapat pula anak tangga yang menuju keatas. Mereka berjalan naik keatas dan dapat melihat sebuah rumah banglo berwarna merah jambu. Ianya berwarna merah jambu sepenuhnya termasuklah bumbungnya sekali. Terdapat ruang legar diluar. Beberapa batang pokok yang membuatkan tempat itu teduh. Juga terdapat sebuah pondok dengan meja makan didalamnya berada di hadapan pintu masuk.
" Wow, cantik betul. Berapa bajet awak untuk membina rumah ini?" Soal Finnick ingin tahu.
" Itu tak penting. Jika saya beritahu pun kamu tetap dapat membelinya. Apa kata kamu bunyikan loceng." Cadang Encik Yang.
Ting Tong!
"* Sekejap!" Kedengaran seseorang menjawab dari dalam lalu kedengaran bunyi orang itu menuruni anak tangga.
"* Ya." Kim Jisoo membuka pintu lalu menutupnya semula. Finnick dan Encik Yang berasa pelik dengan perangainya itu.
"* Awak semua, dia disini." Kedengaran Jisoo memanggil ahli yang lain.
"* Betulkah, eonni?" Kedengaran seseorang bertanya.
"* Ya." Jawab Jisoo.
"* Awak semua boleh bukakan pintu?" Arah Encik Yang yang sudah berasa sejuk berdiri diluar terlalu lama.
Mereka membuka pintu dan menyambut Finnick dengan Encik Yang dengan gembira.
"* Dipersilakan masuk." Jemput Rose.
"* Anyeong." Finnick memasuki rumah itu sambil menunduk hormat.
"* Dipersilakan duduk. Sofa ini memang selesa." Jemput Lisa pula.
Finnick meletakkan beg galasnya lalu duduk. Dia berasa terkejut kerana mendapati rumah itu terdapat kamera yang banyak.
"* Wah, tak sangka dia lebih kacak apabila berjumpa depan-depan." Finnick terdengar Jennie berbisik kepada Jisoo.
"* Ok, kamu semua. Seperti yang kita bincangkan beberapa bulan lepas, inilah ahli kelima kamu. Dia akan berada disini selama setahun. Jadi, jagalah dia elok-elok atau mungkin dia yang akan menjaga kamu elok-elok. Terpulanglah." Encik Yang memperkenalkan Finnick kepada mereka berempat. Encik Yang memberikan sebuah kontrak kepada Finnick. " Saya akan mengambilnya esok. Pastikan kamu baca dan tandatangannya. Saya pergi dulu." Encik Yang keluar dari rumah itu bersama Encik Lee lalu meninggalkan Finnick bersama Blackpink.
Ini adalah satu perjalanan hidup yang baharu untuk Finnick. Kini, dia perlu kembali ke dunia hiburan yang dia ingin tinggalkan. Dia melakukannya atas sebab memenuhi hajat isterinya, Pamela.
Bersambung.............
YOU ARE READING
Finnick Orion
Action" Dia terlalu sempurna. Maksud saya, Dia adalah 100 peratus sempurna." - PLI. " Naga? Syaitan? Dewa? Aku rasa itu hanya kerja mudah bagi Finn."- JM " Aku tidak rasa dia adalah manusia normal. Mungkin dia makhluk asing seperti Superman. Atau mungkin...