" Wow" Itulah yang dapat dikeluarkan dari mulut Finnick setelah melihat tubuh badannya yang baru.
" Bila awak bersenam?" Tanya Pamela.
Finnick tidak menjawab soalan Pamela tetapi dia hanya melihat tubuh badannya di cermin.
" Ah!!" Finnick menjerit secara tiba-tiba.
" Kenapa?" Tanya Pamela lalu mendekati Finnick.
" Dia ni dah kenapa pula terjerit-jerit?" Finnick terdengar satu kata-kata yang datang dari arah Pamela tetapi bukan dari mulutnya.
" Apa awak cakap Pamela?"
" Awak dah kenapa?"
" Maaf saya tak dapat dengar dengan jelas. Mereka terlalu bising." Jawab Finnick.
" Mereka? Siapa Mereka?" Soal Pamela.
" Penghuni yang lain." Jawab Finnick.
" Yo. Mula-mula sekali, badan awak tiba-tiba berubah. Yang kedua pula, semua penghuni disini mengadakan trip ke Metropolis dan hanya tinggal kita dan David yang duduk dibilik sebelah saja." Kata Pamela.
" Apa? Awak biar betul? Saya dengar banyak suara dalam kepala saya." Kata Finnick.
" Haih..... Awak ni macam-macam." Keluh Pamela.
" Sudah bagi sini baju awa........" Kata-kata Pamela terhenti setelah melihat sesuatu yang pelik lalu dia berundur kebelakang dan cuba menjauhi Finnick.
" Kenapa awak menjauhi saya dan kenapa awak kelihatan rendah?" Soal Finnick.
" Tengok kaki awak." Kata Pamela lalu menuding kearah kaki Finnick.
" Oh Sial!" Finnick terkejut setelah melihat kakinya yang pada awalnya menyentuh lantai dan kini berada di udara. Dia terapung setinggi 1 kaki dari lantai.
" Apa sudah berlaku? Adakah ini mimpi? Mula-mula badan awak yang gemuk menjadi gagah. Sekarang awak terapung di udara. Dan sekarang tangan awak terbakar."Kata Pamela yang semakin mennjauhkan diri dari Finnick.
" Ah!!!" Jerit Finnick setelah melihat tangannya yang terbakar dan cuba untuk memadamnya.
" Padamkan! Padamkan! Padamkan!"
Tiba-tiba sahaja api itu terpadam.
" Wow! Macam mana awak buat?" Tanya Pamela yang ketakutan sambil memegang alat pemadam api yang tergantung diluar biliknya.
" Saya tak tahu." Kata Finnick.
" Apa yang terjadi semasa awak tidur tadi?" Tanya Pamela.
" Saya.... Saya mendapat satu mimpi yang pelik." Jawab Finnick.
" Apa yang ada dalam mimpi awak tu?" Tanya Pamela sekali lagi.
" Entah. Apa yang saya ingat hanyalah ada seekor burung gergasi yang bercahaya dan......"
" Tak mungkin."
" Kenapa?"
" Saya pernah membaca tentangnya." Kata Pamela lalu keluar dari bilik itu.
" Ela, tunggu." Finnick memakai bajunya lalu mengikut rakan sebiliknya itu.
________________________________________________________________________________
" Dimana ya?"
" Ela. Boleh awak beritahu saya apa yang kita buat disini?" Tanya Finnick yang sedang berasa keliru sambil menunggu jawapan dari Pamela di perpustakaan di dalam pusat penjagaan tersebut.
" Sekejap. B.O....B.O.O.K. Ya, dah jumpa." kata Pamela lalu mengeluarkan sebuah buku yang agak tebal." Ini dia. Book Of One Million Power."
" Apa yang awak cuba beritahu saya ni Pamela?" Tanya Finnick.
" Didalam buku ini telah direkodkan kesemua kuasa yang ada di alam semesta ni." Jawab Pamela.
" Jadi, apa kena mengena dengan masalah saya?" Tanya Finnick yang masih keliru.
" Saya ada terbaca tentang masalah awak.Sekejap ya." Pamela mencari satu muka surat yang dia pernah baca." Ini dia, The Phoenix Force ataupun lebih dikenali sebagai Tenaga Burung Garuda. Garuda ialah seekor burung yang dicipta dalam kisah dongeng dimana burung ini dicipta dari cahaya manakala bulunya ialah api. Burung ini mempunyai beberapa kuasa yang sangat hebat seperti Telekinesis, Telepati, Kuasa Elemen dan yang paling penting jika burung ini mati ia akan hidup semula." Terang Pamela.
" Wow...."
" Hanya terdapat satu sahaja kejadian yang berlaku mengenai perkara ini tetapi ianya telah berlaku dalam 20 tahun yang lepas disebuah sekolah yang terletak di Westchester, New York." Terang Pamela.
" Apa yang berlaku?" Tanya Finnick ingin tahu.
" Wanita ini telah membunuh seorang lelaki dengan menghancurkannya hanya menggunakan fikirannya." Terang Pamela.
" Hebat..."
" Ya, ia sangat hebat tetapi ia akan makan diri dan ia juga tertulis disini bahawa kuasa baru akan muncul mengikut peringkat." Kata Pamela." Wanita itu hanya dapat bertahan sehingga tahap satu iaitu Api."
" Maksudnya kalau saya dapat kesemua peringkat apa akan terjadi?" Tanya Finnick lagi.
" Entah. Yang penting ini memakan diri dan membahayakan diri." Terangnya lagi.
" Mungkin dengan ini saya boleh menjadi seorang superhero!" Kata Finnick dengan teruja.
" Sh....."
" Oh maaf."
" Itu idea yang menarik. Saya boleh jadi pembantu awak." Kata Pamela." Bila awak ingin memulakannya?" Tanya Pamela.
" Hm..... Saya ada idea." Kata Finnick lalu sambil tersengih.
" Apa idea yang awak fikirkan. Sekarang ini awak hanya perlu berlatih menggunakan kebolehan awak."
" Saya tahu. Cuma selepas saya lakukan satu perkara ni."
BERSAMBUNG..........
YOU ARE READING
Finnick Orion
Action" Dia terlalu sempurna. Maksud saya, Dia adalah 100 peratus sempurna." - PLI. " Naga? Syaitan? Dewa? Aku rasa itu hanya kerja mudah bagi Finn."- JM " Aku tidak rasa dia adalah manusia normal. Mungkin dia makhluk asing seperti Superman. Atau mungkin...