Sinestro's Heights, Arizona.
" Gah!!" Finnick terjaga secara mengejut diatas katil didalam selnya. Dadanya berasa ketat dan nafasnya menjadi sesak. Lantas Finnick mendekati singki lalu memulas kepala paip dengan kuat. Akibat tenaga pulasan yang kuat, seluruh kepala paip tersebut tercabut. Air memancut keluar dengan kuat ke seluruh bilik selnya. Finnick tidak memperdulikannya lalu membuka mulutnya untuk minum air paip tersebut.
" Pagi yang sukar, ya?" soal Superman yang duduk diatas kerusi diluar sel Finnick. Dia jelas kelihatan berada dihadapan sel Finnick kerana pintu selnya telah pun dimusnahkan. Finnick melihat Superman dengan wajah yang penat. Kepala paip tadi digenggamnya dengan kuat lalu dipasangnya semula dengan sekali hentak. Air pun berhenti dari pancut keluar.
" Berapa lama aku mati?" itulah perkara pertama yang ingin Finnick ketahui. Dia sedar bahawa dia mati buat seketika tetapi kali ini dia mati dalam tempoh yang agak lama. " Sekarang pukul 8 pagi. Lebih kurang 52 jam." jawab Superman. Finnick sekadar mengangguk.
" Biar aku teka. Gelang kaki?" soal Finnick lagi.
" Ya, gelang kaki." jawab Superman dengan mudah. " Apa rancangan kau, Fin?" soal Superman pula. Finnick kembali ke katilnya lalu duduk. Dia sekadar mengangkat kedua bahunya tanda dia tidak tahu. " Mustahil kau tiada apa-apa rancangan. Pisau kryptonite misalnya? Mungkin kau akan ingat sesuatu. Jisoo?" soal Superman lagi untuk mendapatkan kepastian.
Finnick tersengih. Dia mengangguk tanda dia tahu akan apa yang disampaikan oleh Superman itu. " Kau mahu aku sambung? U-GIN Genetic, SHIELD dan...." Finnick terhenti seketika.
" Dan?" Superman menantikan jawapanya.
" Itu belum berlaku." kata Finnick.
" Jadi, betullah ini semua telah kau rancang? Untuk bunuh aku?" soal Superman dengan tenang. Wajahnya langsung tiada tanda-tanda seperti dia ingin marah. Sangat tenang. Finnick perasan akan perkara tersebut. " Kau tahu Clark? Aku rindukan diri kau yang ini." ujar Finnick.
" Jawab soalan aku sebelum wajah ini berubah." Superman masih bersabar.
" Kau takut, bukan? Kau takut dengan Jisoo, bukan?" soal Finnick semula.
Riak wajah Superman mula berubah dari kelihatan tenang kepada kelihatan meluat. Superman mengusap-usap kepalanya yang langsung tidak berasa sakit. Dia cuba untuk memikirkan plan sebenar Finnick. Dia cuba memahami Finnick. Dia cuba untuk menjadi lelaki bernama Finnick Orion buat seketika. " Dari riak wajah kau, sememangnya kau takut. Kau tak perlu jadi aku untuk rungkaikan plan aku." kata Finnick. Kali ini wajah Finnick pula berubah dari kelihatan ceria kepada serius.
Superman senyap seketika. Dilihatnya Finnick dari atas ke bawah. " Ya, aku takut." jawab Superman dengan jujur. Tiada erti baginya untuk menipu lelaki bernama Finnick Orion buat masa sekarang. Finnick bukanlah orang yang mudah ditipu. Mindanya cerdas. Pemikirannya melangkaui manusia biasa. Dia tidak perlukan kuasanya untuk terus hidup. Otaknya sahaja sudah cukup untuk mengalahkan seluruh anggota Justice League suatu ketika dahulu.
" Sudah sememangnya kau berasa takut, Clark. Jisoo bukanlah setakat idola K-Pop yang biasa kita lihat dikaca TV. Dia juga bukanlah mutant atau metahuman. Dia hanya wanita biasa tetapi dengan daya pemikiran yang luar biasa." terang Finnick. Superman sekadar mendiamkan diri dan dengar sahaja akan penerangan Finnick tersebut.
" Teruskan. Aku sedia mendengar." kata Superman.
" Fikiran Jisoo adalah seperti seekor gagak. Sekali dia terpikat dengan sesuatu benda, dia akan berusaha untuk mendapatkannya. Tidak kiralah apa pun halangan dihadapannya. Batu yang dilastik, peluru dari senapang pemburu atau mungkin dihalau oleh manusia. Dia tetap akan dapatkan juga." terang Finnick.
" Maksud kau, dia sanggup membunuh kenalannya juga?" Superman mencelah.
Finnick menunjuk kearah Superman dengan membuatkan jari pistol kepadanya. " Bingo! Dia sanggup membunuh dan melakukan benda kotor demi memenuhi hasratnya." jawab Finnick.
Superman tertawa palsu. " Heh, bukankah itu juga boleh didapati pada makhluk lain?" soal Superman.
Finnick sekadar tersenyum. " Salah! Bukan untuk seekor gagak. Pada hari pertama aku mendarat di Korea lagi dia sudah menanam perasaan sebenarnya kepada aku. Dia juga yang paling rapat dengan aku diantara mereka bereempat. Seekor gagak mempunyai IQ yang lebih tinggi berbanding burung lain. Mereka mampu menyelesaikan masalah kompleks, mengingat wajah untuk tempoh masa berpuluh tahun dan mimik suara yang mereka pernah dengar." Finnick terhenti sebentar. Dia melihat wajah Superman yang masih keliru dengan pernyataannya. Superman masih belum dapat memahami apa yang cuba disampaikan oleh Finnick.
" Begini, ketika Joker bunuh Lois, kau terus bunuhnya bukan?" soal Finnick.
Mendengar sahaja nama Lois disebut, wajah Superman berubah merah tanda marah. " Mari, lepaskan sahaja kemarahaan kau. Bunuhlah aku bua kali kedua. Cuma aku sarankan jangan buka gelang kaki ini tetapi terus tanam sahaja mayat aku." cabar Finnick. " Nescaya kau juga tak akan hidup lama kerana Jisoo akan terus menghantui hidup kau selepas ketahui bahawa perkara terakhir masih belum berlaku seperti yang ditetapkan." ujar Finnick.
Kemarahaan Superman reda buat seketika. " Perkara terakhir? Maksud kau, panggilan telefon?" soal Superman walaupun dia masih berasa sedikit marah.
" Ya, itulah perkara terakhir. Panggilan telefon pada awal pagi ke Seoul, Korea Selatan." Finnick mengiayakan soalan Superman tersebut.
" Teruskan." arah Superman dengan penuh sabar.
" Boleh, tetapi bersambung ke bab yang seterusnya. Hehehe."
YOU ARE READING
Finnick Orion
Action" Dia terlalu sempurna. Maksud saya, Dia adalah 100 peratus sempurna." - PLI. " Naga? Syaitan? Dewa? Aku rasa itu hanya kerja mudah bagi Finn."- JM " Aku tidak rasa dia adalah manusia normal. Mungkin dia makhluk asing seperti Superman. Atau mungkin...