Krismas & Permainan Secret Santa

25 0 0
                                    

Sehari sebelum Krismas

" Hana dul se!" Jennie melontarkan kepingan-kepingan kertas yang dituliskan nama kesemua ahli ke udara. Inilah yang selalu dilakukan oleh ahli Blackpink sehari sebelum Krismas. Mereka akan menuliskan nama mereka pada sekeping kertas lalu melontarkannya kesemuanya sekali dan menangkap kepingan kertas ahli lain. Mereka perlu membelikan hadiah Krismas kepada ahli yang dipilih melalui kertas tersebut.

     Finnick menangkap sekeping kertas manakala ahli lain juga melakukan perkara yang sama. Ini adalah kali pertama dia menyambut Krismas. Disebabkan dia seorang yang tidak beragama, dia langsung tidak pernah meraikan Krismas seperti orang lain. Dia hanya akan berjalan-jalan di taman atau menonton wayang bersama Pamela ketika orang lain menyambut Krismas bersama keluarga mereka. 

 "* Ok, semua sudah lihat nama yang diterima?" Soal Jennie. 

Finnick melihat nama yang ditulis pada kertas tersebut. ' Kim Jisoo' 

' Ah,sudah.' Bisik hati Finnick. Memang nama itulah yang dia mahu elak. Jisoo berkelakuan sangat pelik sejak kebelakangan ini dan telah membuatkan Finnick sukar untuk membaca fikirannya. 

"* Ok, mari kita ke kedai hadiah!" Kata Lisa. 

     Mereka menuju ke sebuah kedai hadiah yang terletak di Ewha.  Sebuah kedai hadiah yang selalu dituju oleh ahli Blackpink ketika Krismas. 

    Finnick merasakan yang dia tidak dapat membaca apa yang disukai oleh Jisoo. Dia cuba mendekati Jennie dan bertanya mengenainya kerana hanya Jennie sahaja yang paling rapat dengan Jisoo. Baru sahaja dia ingin berjalan kearah Jennie, Jisoo terlebih dahulu mendekatinya. Finnick cuba membaca fikiran Jisoo pula kali ini apabila dia merasakan inilah peluangnya. 

" Ouch!" Finnick berasa sesuatu seperti mencucuk otaknya. Memang pasti, fikiran Jisoo tidak dapat dibaca. Adakah dia juga antara yang ' terpilih' ? 

"* Oppa, awak ok? Kenapa awak terduduk di atas lantai? Mahu saya tolong pegangkan kamera awak?" Soal Rose yang dari tadi melihat keadaan Finnick. 

" Saya ok.* Hei, boleh awak tolong saya? Apa yang Jisoo suka?" Soal Finnick lalu bangun cuba untuk bangun.

"* Awak tahu yang awak tak sepatutnya bertanya mengenai? Ini adalah salah satu peraturan permainan. Tapi disebabkan awak masih baru disini...... Jisoo eonni sukakan permainan video dan sesuatu yang kelihatan comel ataupun sesuatu yang berwarna ungu. Itu saja yang saya tahu. Oppa, apa yang awak fikirkan? Oppa? Sudah hilang?" Rose perasan bahawa Finnick telah lama menghilangkan diri. Dia berasa agak malu kerana dibiarkan bercakap seorang dan segalanya dirakamkan oleh kamera. 

     Finnick keluar dari kedai hadiah tersebut dan mencari Jacob.

" Jack, awak tahu dimana kedai permainan video?" Soal Finnick kepada Jacob. Jacob yang dari tadi sedang bersembang dalam telefon lantas memutuskan panggilannnya. 

" Ya, saya tahu. Tidak jauh dari sini. Kenapa?" Soal Jacob pula. 

" Tunjukkan arahnya. CEPAT!" Desak Finnick. 

     Mereka terus berlari mengikut jalan yang ditunjukkan oleh Jacob. Ahli kru yang lain terpaksa mengejar mereka berdua yang berlari laju seperti lipas kudung. Hanya kamera pada tangan Finnick sahaja yang dapat merakamnya. Kamera yang lain kesemuanya ketinggalan dibelakang.

" Ini dia kedai yang saya maksudkan. Ia agak terkenal." Jacob tercungap-cungap setelah penat berlari. Manakala, Finnick langsung tidak kelihatan penat. Kru yang lain berasa marah diatas tindakan mereka berdua yang tiba-tiba sahaja berlari seperti dikejar hantu.

     Finnick memasuki kedai tersebut. 

" Wah!" Finnick terpegun melihat pelbagai jenis permainan video dijual disini. Ianya seolah-olah syurga baginya kerana dia juga penggemar permainan video seperti Jisoo. 

Finnick OrionWhere stories live. Discover now