Finnick membuka matanya.
Dia terkejut melihat mayat manusia bergelimpang dihadapannya. Dia berada disuatu tempat yang sangat mengerikan. Tempat tersebut berbau sangat busuk. Mayat sana-sini. Dia langsung tidak dapat melihat satu hidupan pun disitu. Hanya dia seorang sahaja yang berada disitu.
Finnick berjalan-jalan ditempat tersebut. Kesemua bangunan disitu telah musnah. Ada yang terbakar dan ada yang sudah roboh. Langitnya berwarna merah kehitaman. Seperti berlakunya ribut api.
" Hei, Fin." Finnick terdengar seorang wanita memanggilnya dari belakang.
' Mustahil' Bisik hatinya.
" Ianya tidak mustahil. Fin, saya berada dibelakang awak. Hanya saya seorang yang masih hidup. Maksud saya kita berdua." Kata wanita tersebut.
Finnick menoleh kebelakang. Dilihatnya seorang wanita yang berpakaian seperti seorang komando. Pakaiannya yang hanya sehelai bra sukan dan seluar bercorakkan cameo. Terdapat balutan pada lengan kanannya. Dia hanya bersenjatakan sebilah pisau.
" Hei, tidak sangka dapat berjumpa awak disini. Kami ingatkan awak sudah mati." Kata wanita tersebut.
" Apa? Saya dimana? Siapa awak?" Soal Finnick.
" Oh, sudah tentu awak tidak tahu. Kuasa awak tidak berfungsi disini. Awak sekarang berada di Bumi tetapi bukan Bumi yang awak kenali dulu. Ini adalah Bumi yang sama awak pernah pijak. Cuma ini tahun 6571. Ya, ianya 4553 tahun lagi dari masa awak berjumpa dengan ikan besar tu." Terang wanita tersebut. " Oh, awak boleh panggil saya Element"
" Element?"
" Itu gelaran saya ketika bersama Justice League." Kata Element.
" Awak bersama Justice League?"
" Yeah, banyak lagi yang awak perlu tahu. Mari."
" Ke mana?"
" Ke tempat bermulanya kecelakaan ini." Ajak Element.
Mereka berdua mula berjalan di tengah-tengah bandar yang telah musnah. Walaupun kuasanya tidak dapat berfungsi, Finnick langsung tidak merasakan yang dirinya lemah. Dia mencabut sebatang besi waja pada sisa bagunan yang telah musnah untuk dijadikan senjata.
" Um, Fin. Awak tak perlu lakukannya. Langsung tiada apa-apa untuk awak bunuh disini. Kesemuanya telah mati." Kata Element.
" Sebagai langkah berjaga-jaga." Finnick membengkokkan besi tersebut dan melilitnya ditangannya untuk dijadikan buku lima. " Buat apa awak bawa pisau kalau ianya tiada sebarang masalah?" Soal Finnick.
" Itu kerana saya telah bunuh manusia terakhir sebelum awak muncul." Jawab Element.
" Awak apa?" Finnick mula naik berang.
" Wow. Perlahan-lahan dude. Itulah yang awak perlu lakukan untuk terus hidup. Lelaki itu menghendap saya semasa saya tukar balutan ini. Tak guna, kalau dia tidak lakukannya mungkin dia masih hidup. Dan sekarang saya adalah wanita terakhir yang masih hidup. Ianya sepatutnya menjadi dua orang lelaki terakhir tetapi sekarang hanya awak seorang." Element menceritakan perkara yang berlaku.
" Balutan tu, apa yang terjadi?" Finnick meluruskan semula besi yang dibengkoknya untuk dijadikan pisau yang lebih panjang supaya dia lebih senang untuknya mempertahankan diri dari Element jika sesuatu berlaku.
" Dude, ianya hanya bangunan yang jatuh keatas saya."
" Mustahil! Awak sepatutnya mati!"
" Yo, saya seorang Metahuman. Ingat?"
" Awak kata tiada kuasa yang berfungsi disini!" Finnick mula naik berang.
" Saya tak tahu. Mungkin itu adalah kuasa terakhir yang saya dapat gunakan. Keadaan disini sememangnya kucar-kacir. Tiada gunanya kita berlawan disini. Hanya kita sahaja yang masih hidup disini." Element cuba untuk meredakan kemarahan Finnick.
" Bagaimana awak boleh tahu saya?" Finnick merendahkan senjatanya.
" Fin, semua orang kenal awak. Finnick Orion, lagenda gusti, Lelaki Paling Hebat Didunia, digelar Abaddon The Time Grandmaster walaupun Abaddon adalah malaikat maut tetapi digelar The Time Grandmaster kerana setiap perlawanan awak di WWE hanya mengambil masa kurang dari 10 minit dan digelar Abaddon kerana setiap pergerakkan awak mampu membawa maut. Tidak cukup lagi? Awak adalah ahli kelima Blackpink, penyanyi rap paling laju didunia dengan 3000 patah perkataan dalam masa seminit, pemecah rekod dunia paling banyak dan yang paling diingati ialah awak berjaya kalahkan Korean Hulk, Ha Je Yong, dalam perlawanan MMA dengan mudah." Element cuba meyakinkan Finnick.
" Ha Je Yong? Siapa pula tu? Saya pernah berlawan dengan seseorang yang bernama Je Yong."
" Oops, maaf. Saya rasa awak masih belum melaluinya dan saya sudah merosakkanya. Maaf." Kata Element.
Tiba-tiba, langit menjadi merah seperti darah.
" Oh, lebih baik kita cari tempat untuk berlindung." Cadang Element.
" Kenapa?"
" Sebab ini."
Langit mula turunkan hujan tetapi bukan hujan biasa. Ianya hujan darah beku.
Darah yang telah beku seperti ais dan berbentuk tajam seperti jarum tersebut jatuh lalu terkena seluruh badan Finnick. Finnick menjerit kesakitan." Mari! Kita perlu berlindung!" Element memanggil Finnick untuk berlindung dibawah sebuah bangunan usang. Finnick terus berlari menuju kearah Element yang telah lama berlindung. Entah bila dia berada disitu.
" Cepat, Fin. Awak boleh lakukannya. Saya tidak mahu menjadi manusia terakhir disini." Element cuba membakar semangat Finnick.
Finnick terus berlari. Lama-kelamaan langkahnya semakin perlahan. Dia berasa lemah. Darah mengalir keluar dari badannya. Seluruh badannya bertukar kemerahan. Badannya dicucuk-cucuk tanpa henti. Rasa pedih yang tidak pernah dirasanya. Adakah ini masih bumi atau di Neraka?
Finnick jatuh menyembah Bumi kerana tidak dapat menahan sakit yang dialaminya.
" Tak guna!" Jerit Element. Dia terpaksa keluar dari tempatnya berteduh lalu berlari kearah Finnick. Kini, dia juga terkena hujan tersebut.
" Bangunlah, celaka. Jangan mati disini." Element mengangkat Finnick dan terus berlari ke tempat teduh. " Bertahan."
Langkah Element semakin perlahan. Mereka berada hanya berapa kaki sahaja dari tempat teduh. Element juga kehilangan banyak darahnya sehinggakan dia terjatuh dan terpaksa merangkak. Dia melindungi Finnick dibawah badannya. Dia terus membawa Finnick sehinggalah mereka sampai ketempat teduh.
" Fuh... Awak memang sentiasa menyusahkan saya, ayah." Element terlentang kepenatan.
YOU ARE READING
Finnick Orion
Action" Dia terlalu sempurna. Maksud saya, Dia adalah 100 peratus sempurna." - PLI. " Naga? Syaitan? Dewa? Aku rasa itu hanya kerja mudah bagi Finn."- JM " Aku tidak rasa dia adalah manusia normal. Mungkin dia makhluk asing seperti Superman. Atau mungkin...