Neraka di Bumi bahagian 3

10 0 0
                                    

Tahun 6571

" Fin, cepatlah!" Element memanggil Finnick dari jauh. 

    Finnick yang dari tadi menukar balutan lukanya mempercepatkan pergerakkannya. Element dan Janey sedang menunggunya agak lama. 

" Saya datang!" Balas Finnick. Dia terus berlari kearah mereka berdua.

" Uhm.... Element, kemana kita hendak pergi?" Soal Janey ingin tahu.

    Element memancarkan hologram pada gelangnya. Ianya menunjukkan sebuah peta. 

" Lihat, kita sedang berada di L.A. Tidak jauh dari sini dalam 30 batu atau lebih kita akan sampai di Las Vegas. Di situ tempat bermulanya semua ni." Terang Element lalu mematikan hologramnya.

" Ah, Las Vegas. Sin City. Sungguh banyak kenangan di situ." Kata Janey mengenangkan kisah lamanya di Las Vegas.

" Hei, korang. Maaf kerana terlambat." 

" Dah, jom. Jangan buang masa." Mereka semua meneruskan perjalanan mereka ke Las Vegas. 

    Sepanjang perjalanan mereka Janey Belle tidak berhenti memerhatikan Finnick. Janey melihat seluruh tubuh Finnick yang gagah dan sasa. Finnick yang hanya memakai sehelai seluar pendek dan tidak berbaju membuatkan dia terdedah hampir sepenuhnya. Nafsu seks Janey mula menganggunya. Banyak yang difikirkannya sekarang tetapi dia perlu melawannya. 

    Element berhenti tiba-tiba. 
" Ayah." 

" Ya." 

" Ayah nampak bangunan lama dihunjung jalan tu?" Soal Element.

    Finnick memerhatikan bangunan yang dimaksudkan oleh anak perempuannya itu. Sebuah bangunan yang tertulis Family Karaoke betul-betul berada dihujung jalan.

" Ya, saya nampak." Balas Finnick.

" Ambil ni. Pergi ke sana bersama Janey dan cari barang yang dimahukannya." Element menyerah ssbiji kapsul berwarna oren kepada Finnick. " Saya akan tunggu disini. Jangan ambil masa terlalu lama." Kata Element.

    Finnick mengambil kapsul tersebut lalu terus pergi kearah bangunan tersebut bersama Janey. 

" Hei, Janey. Jadi, apa yang awak cari disini?" Soal Finnick.

" Um... Sebenarnya ianya..." Janey sangat memahami apa yang Element mahu mereka lakukan dibangunan tersebut tetapi dia tak dapat memikirkan sebarang jawapan akan soalan Finnick itu.

" Ya?" 

" Oh, ya! Ini sebenarnya tempat kerja lama saya sebelum Vegas." Janey cuba mengkelentong Finnick.

" Oh, baguslah bila dapat melawat tempat kerja lama." 

Berjaya.

    Mereka memasuki bangunan tersebut. Seperti yang dijangkan, memang penuh dengan mayat.

" Geez, apa yang terjadi sebenarnya didunia ni? Awak tahu Janey? Janey?" Finnick perasan bahawa Janey tiba-tiba sahaja menghilangkan diri.

" Janey? Dimana awak?" Finnick terus mencari Janey. 

    Finnick melihat kapsul yang diberikan oleh Element. Dia menekan butang yang terdapat pada kapsul tersebut. Ianya mengeluarkan asap dan berubah menjadi objek lain. Finnick berasakan objek tersebut sangat licin dan berasa seperti getah. Ianya adalah sepasang kondom.

" El, kenapa saya ada begini di masa depan? Oh, mak." Rungut Finnick lalu membuang kondom tersebut. Dia terus mencari Janey.

Tiba-tiba, dia terdengar bunyi bisikkan didalam kepalanya. Dia dapat mendengar suara Janey. Dia berada sangat dekat. Finnick berasakan kuasanya telah kembali. Badannya yang cedera kini telah pulih.

Finnick OrionWhere stories live. Discover now