Bangkok, Thailand. 3 pagi.
Finnick pulang ke bilik hotelnya selepas penat melakukan misi. Seperti yang dijanjikan, dia akan menyelesaikan misinya dalam masa 3 jam.
Finnick membuka pintu biliknya tetapi tidak membuka lampu kerana berasa sangat penat.
" Ah, katil."
Finnick terus melompat keatas katilnya. Ah... Betapa selesanya berada diatas katil setelah penat melakukan misi. Apa yang difikirkan Finnick sekarang adalah dia mahu tidur. DanDan? Kuasa? Ikan? Deadshot? Esok-esoklah memikirkannya. Sekarang adalah masa untuk rehatkan diri.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Central City.Barry Allen terjaga dari tidurnya. Dia tertidur diatas mejanya kerana penat dengan bermacam-macam kes selepas kemusnahan Metropolis.
Barry menyiasat tentang perkara yang berlaku di Metropolis, dia merasakan bahawa apa yang pernah dikatakan oleh Speed Demon dahulu kini telah menjadi kenyataan. Superman. Lois Lane. Joker. Metropolis. Kesemuanya ada dalam apa yang dikatakan oleh Speed Demon. Hampir kesemuanya. Hanya kemusnahan dunia sahaja yang masih belum berlaku seperti yang dilihat sendiri oleh Barry ketika bertembung dengan Speed Demon iaitu anak saudaranya sendiri, Wally.
" Dimanakah engkau, Wally." Kata Barry mengingati akan anak saudara kesayangannya itu.
Barry mengambil keputusan untuk memberitahu Batman supaya hentikan siasatan terhadap pembunuhan Pamela dan Jason Woodrue kerana dia merasakan yang ianya akan menjadikan perkara ini lebih buruk tetapi tidak sangka pula ianya akan jadi begini.
Tok! Tok!
Pintu pejabatnya diketuk.
" Masuk"
Tok! Tok!
Ketukan lebih kuat.
" August, saya tahu itu awak."
TOK! TOK!
Pintu biliknya seperti ditendang dengan kuat.
" Oh, August adakah saya perlu bukanya untuk awak?" Barry berjalan menuju kearah pintunya lalu dibukanya perlahan. Alangkah terkejutnya apabila orang yang berada diluar biliknya bukanlah rakan sekerja tetapi ianya adalah Bane.
DOOM!
Bane menendang pintunya sekuat hati dan membuatkan pintu tersebut hancur dan Barry yang tidak sempat membuat apa-apa terpelanting dan terlanggar mejanya.
" August? Maafkan aku, kau maksudkan lelaki ini?" Bane mencampak August Heart yang dibawanya bersama.
Lelaki yang berumur awal 30-an tersebut kelihatan teruk dibelasah. Bajunya penuh darah tetapi tidak pasti jika itu adalah darahnya.
" August! Apa kau telah lakukan kepadanya?" Barry mula naik angin.
" Aku? Bukan aku. Tapi dia."
" Hello, Flash. Lama tidak jumpa. Kau suka dengan keadaan baru CCPD sekarang? Oh, Jason sukakan warna merah." Kata Speed Demon yang baru sahaja munculkan diri.
Seluruh bangunan CCPD telah diserang oleh The Dead Square. Hampir kesemua anggota telah terkorban. Selama Barry tidur dia langsung tidak mendengari apa-apa bunyi menandakan tempat tersebut telah diserang. Ini bermaksud Speed Demon telah menghentikan masa untuk melakukan serangan tanpa disedari sesiapa. Ini juga bermaksud Barry telah tidur dalam tempoh yang sangat lama.
" Wal... Maksud saya Speed... Speed Demon. Hei, kemana awak telah pergi?" Barry berasa sedikit lega apabila dapat melihat anak saudaranya itu.
" Oh, Pak Cik Barry. Masih dengan sikap seorang bapanya walaupun tidak pernah ada seorang anak. Kau tahu yang Wally sudah mati dan sekarang hanya ada Speed Demon. Speed. Demon. Sebenarnya, kami disini bukan untuk membunuh kau tetapi kami hanya ingin memberitahu awak sedikit sebanyak mengenai salah seorang kawan baik awak, Finnick Fucking Orion." Jelas Speed Demon.
YOU ARE READING
Finnick Orion
Action" Dia terlalu sempurna. Maksud saya, Dia adalah 100 peratus sempurna." - PLI. " Naga? Syaitan? Dewa? Aku rasa itu hanya kerja mudah bagi Finn."- JM " Aku tidak rasa dia adalah manusia normal. Mungkin dia makhluk asing seperti Superman. Atau mungkin...