Metropolis.
" Awak pasti tentang ini, Overdose?" Soal Superman.
" Ya, serang saya sepantas yang boleh. Jangan berhenti. Saya akan cuba parry." Finnick kedengaran yakin.
" Kenapa tak suruh sahaja Flash atau Batman yang ajarkan? Mereka lebih handal dalam bab ini. Dan bukankah awak juga ada kuasa kelajuan super?" Soal Superman lagi.
" Tak, ini untuk UFC. Saya akan cuba untuk tepis kesemua serangan awak tanpa menggunakan kuasa. Mari! Kita mula." Finnick bersedia.
" Ok. Jika itu yang awak mahukan."
DING!
2 jam kemudian.
" Jadi, awak cabar Superman dalam latihan parry awak?" Soal Jurulatih Caruso sambil melihat Finnick yang dalam keadaan lebam-lebam. Tiada kesan patah. Hanya lebam. " Apa awak ingat awak Mutan? Atau Metahuman? Awak boleh mati awak tahu?"
" Ya, saya tahu. Hei, cuba teka berapa banyak kali saya berjaya parry seranngannya? 128 daripada 150. Tidakah itu hebat?" Finnick cuba untuk membuatkan jurulatihnya relaks.
" 128 daripada 150? Awak gila? Awak sepatutnya dapat parry kesemua serangannya. Superman bukanlah laju sangat pun." Jurulatih Caruso berasa sedikit kecewa.
" Senang kau cakap." Finnick membalut buku limanya yang berdarah dengan sehelai tuala putih. Darah masih mengalir keluar dari tangannya walaupun sudah disapukan ubat.
Semantara itu Jurulatih Caruso sedang memikirkan sesuatu. Sesuatu yang mungkin dapat membuatkan Finnick lebih bersedia untuk mengalahkan McGregor di UFC kelak. " Saya ada idea yang mungkin awak tak akan suka." Katanya.
" Apa?"
1 jam kemudian.
Bludhaven.
" Latihan parry, ya? Aku rasa aku boleh bantu."
" OK. Saya mahu awak serangnya tanpa henti dan lebih dahsyat dari serangan Superman." Arah Jurulatih Caruso.
" Jurulatih, awak dah gila?" Billy Barton mula risau akan Finnick.
" Ah! Ini untuk kebaikanya juga. Finnick, bersedia!" Jurulatih Caruso tetap berkeras.
Finnick yang sedang minum tersedak apabila dipaksa untuk bertarung. Mana tidaknya. Lawannya kali ini bukan calang-calang orang. Ianya adalah Craig Marduk, ahli gusti nombor 1 dunia!
" Mari budak. Aku akan bunuh kau sebelum kau sempat memberikan serangan. MARI!" Craig Marduk seperti ingin membunuh.
Belum sempat untuk Finnick bersedia, Craig Marduk terus menerkamnya lalu menjatuhkanya dan mengambil posisi bahagian atas. Craig Marduk menumbuk muka Finnick bertubi-tubi. " Parry, Finnick, Parry. Hahaha!" Craig Marduk masih tidak berhenti menumbuk Finnick.
Finnick cuba untuk menahan tetapi tumbukan Marduk terlalu kuat sehinggakan ianya membuatkan Finnick tertumbuk dirinya sendiri.
" Parry!" Jerit Jurulatih Caruso.
" Dengar cakap jurulatih kau, budak atau kau mati! Hahahahaha!" Kata Marduk sambil menumbuk seperti orang gila.
Finnick tidak berdaya untuk menempis segala serangan gergasi 7 kaki tersebut. Jika boleh, ingin sahaja dia mengalah tetapi ini soal hidupnya. Ketika itulah Finnick seolah-olah terlihat wajah ibunya.
" Lawan, Finnick. Awak boleh. Bayangkan dia hanyalah air yang mengalir."
Finnick memejamkan matanya walaupun ketika itu wajahnya ditumbuk berkali-kali. Finnick cuba untuk tenangkan fikiranya didalam kekacauan tersebut. Finnick menarik nafasnya lalu membuka matanya perlahan-lahan. Ketika itulah dia terlihat buku lima Marduk berada betul-betul dihadapannya. Tumbukan yang laju dan kuat tadi menjadi perlahan.
Finnick menepis penumbuk Marduk tersebut lalu menolaknya balik kearah tuan punya badan. Tumbukan yang kuat tersebut hinggap ke pipi kiri Marduk lalu membuatkan Marduk terdedah kepada Finnick. Finnick terus menumbuk dada Marduk sekuat hati dan membuatkan ahli gusti tersebut tertolak ke belakang. Finnick lantas mengambil posisi bahagian atas. Kali ini adalah masanya untuk serangan balas. Finnick menumbuk wajah Marduk pula.
Marduk menahan serangan tersebut dengan menutup wajahnya dengan kedua-dua belah tangannya tetapi dia lupa bahawa Finnick adalah seorang yang genius. Finnick memberikan serangan lutut tepat mengenai perutnya. Ini membuatkan Marduk terpaksa melepaskan membuka dan mendedahkan wajahnya kepada Finnick. Finnick menumbuk hidungnya justeru mematahkanya.
" AH!!" Jerit Marduk kesakitan.
" Habiskanya Finnick. KO!" Jurulatih Caruso mula teruja.
Selepas mendengarnya, Finnick terhenti dari membuat serangan. Dia melihat Marduk yang berada dibawahnya yang sedang memegang hidungnya yang patah. ' Cukuplah setakat itu, Fin' Finnick terdengar bisikan di sebelah telinganya.
Finnick bangun lalu membuka sarung tangannya.
" Apa kau buat Fin? Habiskanya." Arah Jurulatih Caruso.
" Cukuplah setakat itu. Kita hanya disini untuk latihan parry bukan? Cukuplah satu parry untuk menumbangkan si Marduk ni. Sudah mari pulang." Finnick mengelap darah dari wajahnya dengan sarung tanganya.
Tiba-tiba, Finnick merasakan kepalanya dicekup dari belakang. Craig Marduk mencekup kepala Finnick dengan sangat kuat.
" AKU BELUM HABIS DENGAN KAU!" Craig Marduk memlontar Finnick ke udara. Finnick melayang tinggi dari gelanggang. Finnick mengubah kedudukan badanya untuk melihat ke bawah. Dia dapat melihat wajah Craig Marduk yang sangat marah dan sungguh mengerikan.
Craig Marduk menggenggam buku limanya dengan erat supaya dia dapat menumbuk Finnick apabila dia hampir mencecah lantai. Ketika itulah Finnick sekali lagi merasakan dunia menjadi sangat perlahan.
Marduk melancarkan penumbuknya. Finnick menepis tumbukan tersebut ke tepi lalu menangkap kepala Marduk dan melakukan serangan dengan menendang dagu Marduk. Finnick meloncat ke belakang dengan backflip. Sebaik sahaja dia mendarat ke lantai gelanggang, Finnick terus melakukan tujahan tepat ke perut Marduk lantas menumbangkan Marduk.
KO!
" Sudah, mari pulang. Saya lapar." Kata Finnick lalu keluar dari gelanggang.
" Hei, budak." Craig Marduk memanggil Finnick dari gelanggang. " Kau adalah orang pertama yang dapat mengalahkan aku."
" Saya tak akan beritahu sesiapa tentang ini. Rahsia awak akan selamat." Janji Finnick.
" Bukan itu yang aku maksudkan. Kekalahan adalah perkara biasa. Aku mahu kau ambil ini. Mari sini sebentar." Craig Marduk membawa Finnick ke sebuah bilik. Didalam bilik tersebut penuh dengan trofi dan tali pinggang kejuaraan. Terdapat satu tali pinggang yang menarik perhatian Finnick.
" Wow! Awak pernah memenangi kejuaraan WWE? Tapi saya tak pernah lihat awak di TV." Finnick terpegun.
" Aku memenanginya dengan mengalahkan Chris Benoit. WWE tidak akan tayang perlawanan tersebut di TV atau dimana-mana. Selain Benoit, aku juga telah di'padam' dari WWE. Terdapat tuduhan yang mengatakan akulah penyebab kematiannya." Kata Marduk. " Mari sini."
" Apa yang awak ingin berikan?" Soal Finnick.
Marduk membuka sebuah almari loker lalu mengeluarkan sepasang sarung tangan yang berwarna hitam dan coklat. " Ini adalah sarung tangan yang aku selalu guna ketika berada didalam gelanggang. Dengan sarung tangan ini jugalah aku dapat mengalahkan Chris Benoit, King, Armor King, Tiger Mask, Big Show malah Bill Goldberg. Ramai yang telah tumpas ditangan aku apabila memakai sarung tangan ini. Aku mahu kau ambilnya dan kalahkan McGregror dengan ini. Pastikan darahnya terkena pada sarung tangan ini." Craig Marduk menyerahkan sarung tangan tersebut kepada Finnick.
" Baiklah, saya akan menggunakanya untuk mengalahkan Connor McGregor." Finnick menerima sarung tangan tersebut.
" Aku sudah tidak boleh bertanding lagi tetapi kau boleh meneruskan legasi aku. Semoga berjaya." Ucap Craig Marduk.
Finnick berlalu pergi dari situ dengan semangat yang membara. Finnick berasa lebih yakin untuk mengalahkan Connor McGregor di UFC kelak.
YOU ARE READING
Finnick Orion
Action" Dia terlalu sempurna. Maksud saya, Dia adalah 100 peratus sempurna." - PLI. " Naga? Syaitan? Dewa? Aku rasa itu hanya kerja mudah bagi Finn."- JM " Aku tidak rasa dia adalah manusia normal. Mungkin dia makhluk asing seperti Superman. Atau mungkin...