Seoul, Korea Selatan.
3 bulan yang lalu."* Pikachu? Awak maksudkan Jisoo?" tanya kakak Jisoo, Jiyoon. Finnick masih lagi mengantuk kerana baru sahaja pulang dari pengembaraan Running Man beberapa jam yang lalu. Semasa sesi pengebaraan, Finnick terlalu banyak berlari dan melakukan banyak aktiviti lasak. Agak nikmat baginya apabila dia dapat letakkan kepalanya buat seketika lalu pejamkan mata. "* Hyeongje, awak tak boleh tidur disini. Awak juga tak boleh parkir kenderaan di sini. Finnick-hyeongje, bangun." kejut Jiyoon.
Finnick mengangkat kepalanya sambil matanya tertutup. "* Jisoo-ya, saya letih." katanya lalu meletakkan kepalanya semula diatas hendal motosikalnya. "* Eonni, kenapa tak masuk lagi?" panggil Jisoo dari muka pintu bangunan pangsapuri keluarganya. "* Jisoo-ya, kejutkan teman lelaki awak ni." kata Jiyoon.
Jisoo datang dekat kearah mereka berdua. "* Ahh, ini dah selalu berlaku. Finnick-oppa memang selalu dalam keletihan. Biar saya urusakan." ujar Jisoo. Dia sangat mengenali Finnick. Jisoo mendekatkan dirinya ke Finnick. Bibirnya berada seinci dari telinga Finnick. "* Oppa, bangun atau saya akan tinggalkan Dalgeom dalam bilik awak selama seminggu."
Dengar sahaja nama Dalgeom Finnick terus terbangun. Untuk seorang yang pembersih seperti Finnick apabila seekor haiwan yang dijauhinya memasuki ke dalam zon privasinya ia seolah-olah mengotorkan seluruh jiwanya yang bersih. Finnick membuka matanya dengan luas lalu melihat kearah kedua-dua beradik Kim dihadapannya. Finnick menggosokkan kedua biji matanya. Finnick sangkakan matanya rabun lalu menggosoknya sekali lagi.
Jisoo senyum melihat Finnick yang masih mamai. "* Oppa, mesti awak dah jumpa kakak saya bukan?" soal Jisoo. Ketika itu, Finnick melihat kearah Jiyoon dengan tajam. "* Kakak awak?" soal Finnick yang masih mamai. Tiba-tiba, terlintas dalam fikirannya saat dia memanggil kakaknya nama panggilan Pikachu. Nama panggilan itu hanya digunakan oleh Finnick kepada Jisoo.
Wajah Finnick naik kemerahan. Jiyoon sekadar tersenyum sahaja melihat Finnick. "* Oppa, awak mesti penat sangat bukan? Apa kata awak masuk tidur dahulu didalam. Bilik abang saya kosong. Dia akan pulang tengah hari nanti." cadang Jisoo. "* Mari, nanti awak boleh bersarapan dengan kami sekeluarga." ajak Jiyoon. Finnick tidak banyak cakap lalu ikut sahaja Jiyoon naik ke rumah keluarga mereka. "* Jangan risau, motosikal ini saya akan uruskan." kata Jisoo.
Hari itu, Finnick meluangkan masanya bersama ahli keluarga Jisoo. Dia dapat berjumpa kedua ibu bapa Jisoo dan abang sulungnya, Junghun. Finnick juga dapat berjumpa dengan anak saudara Jisoo dan sempat bermain dengan mereka sebelum dia pulang ke rumahnya.
Sinestro's Height.
Sekarang." Mula-mula, aku juga tidak perasan tetapi selepas beberapa hari barulah perkara itu terlintas di dalam fikiran aku." kata Finnick sambil berada dalam posisi tekan tubi.
Superman yang dari tadi melihat Finnick melakukan rutin paginya sekadar mendengar sahaja kisah Finnick. " Apa yang kau baru perasan?" soal Superman setelah sekian lama mendiamkan diri. Finnikc meletakkan tangan kirinya kebelakang badannya lalu melakukan tekan tubi dengan sebelah tangan. " Heh, nampaknya kau juga tidak perasan ya? Cuba ingat balik kesemua yang aku ceritakan tadi." kata Finnick.
Superman berfikir sejenak. " Adakah wajah mereka yang mirip?" soal Superman. Finnick tertawa kecil. " Lihat, kau juga tak perasan. Motosikal. Bagaimana Jisoo uruskan motosikal aku? Petang itu, ketika aku hendak pulang motosikal itu tiada di tempat yang aku parkir dan tidur. Ke mana ianya pergi? Di situ tiada valet dan abang Jisoo sampai ke pangsapuri pada pukul 12 tengah hari. Aku pula bangun tidur dua jam sebelum itu dan kami semua bersarapan bersama." ujar Finnick sambil menukar tangannya. " Teruskan." Superman sedia mendengar.
" Jisoo sudah lama ada lesen menunggang motosikal. Jadi, dialah yang alihkan motosikal aku ke tempat parkir di tingkat dua. Mustahil jika dia menolaknya. Badannya kecil dan berketinggian 5 kaki 4 inci. Tambahan, abangnya juga memiliki sebuah motosikal berkuasa tinggi. Ini bermakna mereka bertiga memang pandai menunggang kerana ketika hendak Jiyoon pulang ke rumahnya keesokkan harinya dia keluar dari pintu pangsapuri sambil memegang sebuah helmet. Dan untuk penambahan pula, suaminya bekerja diluar negara ketika itu." terang Finnick dengan panjang lebarnya.
Superman menggosok dahinya. " Jadi bagaimana pula dia lepas pengawal keselamatan yang ketat di U-GIN? Bukankah hanya ejen SHIELD sahaja yang dibenarkan masuk? Dan apa isi kandungan nota itu?" Superman sangat-sangat ingin tahu. Dia seperti terdesak. Ianya soal hidup dan matinya. Dia memerlukan jawapan Finnick secepat mungkin sebelum Jisoo sendiri yang datang mencarinya sendiri. Jisoo telah memberikan mimpi ngeri buatnya.
" Dude, ianya SHIELD, penentang Regime selain Batman." jawab Finnick sambil menukar posisinya ke posisi ringkuk tubi. " Jadi?" Superman sudah tiada idea untuk memberikan respon kepada Finnick. " Walaupun SHIELD adalah penentang Regime, kepada langsung tiada apa-apa tindakan yang diambil? Dimana Iron Man, Hulk, Hawkeye dan Black Widow ketika dunia perlukan mereka?" soal Finnick semula.
Superman betul-betul buntu dan tidak dapat memikirkan apa-apa. Walaupun bukan berlawan tumbuk, dia tetap kalah ditangan Finnick. " Tak perlu susah-susah berfikir. Mudah sahaja. SHIELD masih lemah. Kau rasa Jisoo masuk ke dalam sana tanpa menggunakan kekerasan? Sudah tentulah dia akan gunakan kekerasan. Baginya, aku ni hartanya paling bernilai. Ingat lagi gagak? Mereka sanggup lakukan apa sahaja demi harta mereka. Fikiran mereka sangat cerdas dan mereka dapat meramal segala pergerakan musuh." terang Finnick.
" Jadi, dia juga membunuh?" soal Superman.
" Itu kau perlu ke bab seterusnya." jawab Finnick.
YOU ARE READING
Finnick Orion
Action" Dia terlalu sempurna. Maksud saya, Dia adalah 100 peratus sempurna." - PLI. " Naga? Syaitan? Dewa? Aku rasa itu hanya kerja mudah bagi Finn."- JM " Aku tidak rasa dia adalah manusia normal. Mungkin dia makhluk asing seperti Superman. Atau mungkin...