Sinestro's Height, Arizona.
" Wally? Wally adakah itu kau?" soal Finnick dari selnya.
" Lama tidak bertemu, Fin." jawab Wally. Sel mereka berdua hanya berjarakkan antara 5 sel sahaja. Finnick hanya perlu menjenguh kepalanya keluar untuk melihat sel Wally yang berada 5 sel ke kanan di hadapannya.
" Dan kau juga, Sentry." Finnick perasan sel Bob Reynolds betul-betul disebelah sel Wally.
" Aku akan bunuh kau, Orion!" jerit Bob dari selnya.
" DIAM!" tengking Wally. " Kau sampai tepat pada waktunya Fin. lagi 5 minit kita akan dibenarkan untuk keluar selama sejam." kata Wally.
Mendengar kata-kata Wally Finnick terus memeriksa selnya. Di dalam selnya terdapat sebuah katil, singki, cermin, tandas dan tingkap yang berketinggian 8 kaki dari lantai. Seluruh sel tersebut dibina dengan kuasa dari cincin Sinestro's Corps. Finnick untuk menggunakan kuasa telekinesisnya tetapi gagal kerana dihalang oleh gelang kaki yang dipakaikan oleh Hakim ketika berlawan diluar studio. Nampaknya ada juga alat yang dapat melemahkan Finnick.
Tidak lama siren pun berbunyi. Semua pintu sel dibuka serentak.
" Fin, jangan keluar! Saya akan ke sana!" jerit Wally. Finnick sedikit terperanjat apabila terdapat beberapa orang banduan menunggunya diluar selnya dengan perasaan marah. " Ketepi awak semua. Berikan saya laluan. Berikan laluan atau saya bunuh!" arah Wally kepada kesemua banduan tersebut. Tanpa perlu dipaksa, mereka semua patuh arahan Wally. Wajah mereka kelihatan takut dan gentar apabila Wally berada dekat dengan mereka.
Wally memasuki sel Finnick dengan wajah yang ceria. " Fin!" Wally memeluk Finnick dengan erat. Finnick turut memeluk kawan baiknya sejak Titans tersebut. " Awak sihat, Wally?" soal Finnick. Wally melepaskan Finnick " Sudah tentulah saya sihat. Mari, saya tunjuk sekeliling penjara ini." ajak Wally.
" Tunjuk sekeliling? Untuk apa?" soal Finnick.
" Mari sajalah." Wally menarik tangan Finnick.
Ketika Wally melangkah keluar dari sel Finnick, banduan yang sedang menunggu diluar berundur dan menjauhi Wally. Tiada siapa pun yang berani menentang mata Wally. Finnick sekadar melihat saja gelagat mereka semua. Wally membawa Finnick turun tingkat bawah di mana terdapat meja dan kerusi bersama perpustakaan mini.
" Hei, Wally. Boleh saya tanya awak seseuatu?" soal Finnick.
" Silakan." jawab Wally lalu melabuhkan punggungnya keatas sebuah meja makan. Finnick merasakan perbuatan tersebut agak kurang sopan. Dia berdehem menandakan dia kurang suka dengan perlakuan Wally tersebut. Wally memahaminya lalu mengubah kedudukannya keatas bangku yang dilekatkan bersama meja makan tersebut.
" Pertama sekali, apa yang awak dah buat? Kenapa mereka semua kelihatan takut? Kedua, semua peraturan yang dinyatakan itu, pernah ada yang melanggarnya? Ketiga, bahan apa yang digunakan untuk buat satu gelang kaki ini?" Finnick menanyakan banyak soalan.
Wally tersengih. " Memang benar, awak memang Finnick yang saya kenali. Awak serius mahu cuba untuk keluar dari tempat bodoh ini? Setakat ini tiada sesiapa yang berjaya lari keluar kerana satu, di sini tiada pintu masuk utama. Bermaksud, sekali awak masuk sudah semestinya tiada jalan keluar. Saya merasakan gelang kaki itu dibuat dari sejenis logam yang dinamakan Adamantine dan ya itu adalah logam yang sama awak gunakan ketika menentang Hercules. Mereka yang hanya menipu kita semua tentang ianya teknologi masa depan." Wally berhenti sejenak kerana terdengar bunyi seseorang menjerit. Jeritan itu kedengaran seperti seseorang meminta tolong dan sangat mengerikan.
" Dengar tu? Itu adalah suara banduan nombor 666. Agak pelik bukan? 666 adalah nombor syaitan. Kalau awak nak tahu, di sini hanya dia seorang sahaja yang pernah cuba untuk lari keluar dengan memecahkan dinding kurunganya, Dia seorang sahaja yang dikurung didalam kurungan maksimum. Dikatakan dinding kurunganya setebal 6 kaki. 6 kaki. Dalam sebuah lubang kubur. Ianya mengambil 6 orang Hakim dan 6 orang Sinestro's Corps untuk menangkapnya. Sampai sekarang, masih tiada sesiapa di sini yang pernah melihat wajahnya. Ada yang mengatakan dia adalah Syaitan Lucifer tetapi saya merasakan dia hanyalah mutan atau meta-human. Suatu hari nanti kita akan ketahui identitinya." Wally terhenti sekali lagi apabila suara banduan tersebut kedengaran sekali lagi tetapi kali ini kedengarannya memanggil nama ' Hades'.
" Mungkin dia adalah sekutu Hades. Wally, balik ke soalan saya tadi. Apa yang awak telah buat di sini?" soal Finnick.
" Tak banyak. Mereka hanya takutkan saya kerana saya adalah banduan pertama disini. Ia mengambil masa 3 bulan sehingga banduan kedua masuk ke sini. 3 bulan juga saya kesunyian di sini. Banduan kedua itu adalah seorang ketua Yakuza jika awak nak tahu. Namanya Toshii Matsumoto. Dia berada di sel paling hujung belah kiri di barisan awak. Dia seorang yang peramah tetapi jangan sesekali buat dia marah atau..." Wally terhenti sekali lagi.
" Atau apa?" Finnick menunggu jawapan Wally.
Wally tiba-tiba bangun dari bangkunya lalu tunduk. " Matsumoto-san." Nampaknya, Toshii Matsumoto benar-benar muncul di hadapan mereka berdua. Seorangg lelaki Jepun yang pertengahan umur kelihatan tegap. Dia sengaja tidak memakai bajunya untuk menunjukkan badannya yang tegap dan penuh dengan cacah tatu. Toshii Matsumoto turut tunduk kepada Wally dan Finnick. Finnick juga tunduk kepadanya.
" Wally-san, ini Finnick betul?" soal Matsumoto.
" Ya, saya Finnick. Apa khabar?" Finnick menghulurkan tangannya. Matsumoto mencapai tangan Finnick lalu berjabat dengannya.
" Kamu berdua sudah sememangnya bersahabat lama ya? Wally banyak ceritakan tentang kamu. Wally sememangnya seorang ketua penjara yang kuat. Saya amat menghormatinya. Banduan disini tidak takut akannya tetapi mereka turut menghormatinya." kata Matsumoto.
" Wow! Nampaknya seseorang agak sibuk ketika berada di dalam." Finnick berasa gembira dengan rakannya tersebut.
" Nampaknya kita masih ada 36 minit sebelum siren berbunyi. Mari, saya tunjukkan sesuatu." ajak Matsumoto.
" Ke mana pula?" soal Finnick.
" Ikut sahaja." Wally menolak Finnick.
Tiba-tiba!
" Finnnnnick!"
Langkah mereka bertiga terhenti. Finnick melihat kearah Wally. Wally meletakkan jari telunjuknya pada mulutnya tanda supaya senyap. Dia mengangguk tanda dia juga mendengarnya. Itu adalah suara banduan nombor 666.
" Finnnnnnnick!" panggilnya lagi.
" Teruskan sahaja berjalan. Dia tidak akan dapat apa-apakan kamu." kata Toshii Matsumoto cuba tenangkan keadaan tapi jauh di sudut fikirannya dia merasakan itu agak menggerunkan.
Mereka bertiga terus berlalu dari situ.
YOU ARE READING
Finnick Orion
Action" Dia terlalu sempurna. Maksud saya, Dia adalah 100 peratus sempurna." - PLI. " Naga? Syaitan? Dewa? Aku rasa itu hanya kerja mudah bagi Finn."- JM " Aku tidak rasa dia adalah manusia normal. Mungkin dia makhluk asing seperti Superman. Atau mungkin...