Sinestro's Height, Arizona.
" Hal?" Finnick tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.
Hal Jordan, Green Lantern yang ditugaskan untuk menjaga keamanan Bumi kini memakai cincin kuning yang dimiliki oleh Sinesto's Corps? Ini mustahil. Hal satu-satunya anggota Justice League yang masih boleh dipercayai jika berlakunya krisis.
Finnick bangun lalu menarik kolar Hal ketika dia masih terbaring. " Hal, apa maksudnya semua ni? Bukankah kau pernah memerangi mereka ketika dulu?" soal Finnick.
" Dulu. Bukan sekarang." jawab Hal lalu memancarkan tenaga dari cincinnya. Finnick tertolak dengan kuat ke belakang. " Aku tiada pilihan lain. Ganthet sudah mati. Maka, tiada siapa disini yang boleh mengarahkan seperti aku ini hamba. Aku bukan lagi paria untuk Guardian of the Universe!" marah Hal lalu menyerang Finnick dengan penukul yang dibuat dengan kuasa cincinnya. Finnick mengelak ketepi kerana serangan tersebut sangatlah perlahan dan mudah dilihat. " Hal, ini bukan diri kau yang sebenar. Sinestro dah berjaya pesongkan fikiran kau." Finnick cuba untuk tenangkan Hal.
" Ini adalah pilihan aku!" Hal menyerang Finnick dengan penumbuk gergasi pula. Serangan itu kali ini mengena Finnick kerana posisi Finnick yang berada pada penjuru gelanggang. Finnick tertolak lalu tersandar pada tiang gelanggang dengan kuat. Kesemua tulang rusuk Finnick retak. Dia tidak sedarkan diri. Hal menarik penumbuk gergasinya ke belakang dan bersedia untuk serangan kedua. Finnick masih lagi tersandar pada tiang gelanggang.
Sekali lagi, penumbuk gergasi Hal hinggap pada Finnick. Finnick terduduk. Kali ini seluruh tulang pada bahagian atas badannya patah. Sudah sememangnya tiada harapan lagi baginya untuk hidup dengan normal. " Lebih baik kau mengalah sahaja Overdose. Kau bukanlah sesiapa tanpa kuasa kau. Kau hanyalah Finnick Orion, anak tunggal si Jalang Amy Orion." kata Hal lalu berpaling dari Finnick.
Bibir Finnick terkebil-kebil. " Apa... kau... cakap..?" Finnick kelihatan marah walaupun dalam keadaan sedemikian. " Mengalah sajalah Orion." jawab Hal. Finnick berpegang erat pada tali gelanggang. Dia menggunakan kudratnya untuk menarik dirinya naik dan berdiri.
Banduan yang lain yang berada diatas bersokong kepada Finnick apabila dia masih mampu untuk berdiri. Para pengawal hanya mampu melihat sahaja. Ianya seperti telah ditulis dalam skrip. Mereka tahu tidak kira betapa dahsyatnya serangan yang dikenakan kepada Finnick, dia tetap akan bangun dan menang. Sebab itulah Finnick pernah digelar sebagai WGM ataupun World's Greatest Man. Tiada yang dapat hentikannya.
" Kau masih berdegil, ya?" kata Hal apabila mendapati bahawa Finnick masih mampu berdiri selepas terkena serangan yang mampu membunuh. " Menurut undang-undang Regime, kau sepatutnya dibunuh." kata Hal lalu menumbuk Finnick dengan penumbuk gergasinya sekali lagi. Finnick terkena serangan tersebut lalu jatuh tersembam ke lantai. Darah mengalir keluar dari lubang hidung dan matanya.
Bunyi sorakan terhenti. Keadaan bertukar senyap. Semua yang disitu tahu bahawa Finnick sememangnya berkuasa dan tidak dapat dikalahkan dengan begitu mudah tetapi dengan adanya gelang pada kakinya dia sama sahaja seperti manusia lain. Mustahil bagi manusia biasa untuk hidup selepas terkena serangan tersebut.
" BANGUN FINNICK!" jerit Wally dari atas. " MASA DEPAN DUNIA BERGANTUNG PADA KAU!!" tambahnya lagi.
" Sudahlah Wally! Hanya Regime sahaja harapan dunia sekarang!" balas Hal.
Wally tidak dapat menahan air matanya dari tercurah. Wally terduduk lalu menangis dengan apa yang dilihatnya. Sahabat baiknya terkorban dalam perang yang bodoh ini. Hanya kerana gilakan kuasa, semua perkara bodoh ini berlaku.
" Ak... be... lum... habis..."
Hal terdengar bunyi bisikan suara Finnick dari belakang. Hal menoleh kebelakang dan mendapati Finnick masih lagi dalam keadaan tersembam ke lantai. Hanya jari telunjuk kanannya sahaja yang masih bergerak. Finnick mengangkat itu dan menunjuk keatas. Hal melihat keatas. " Apa yang kau cuba tunjukkan?" soal Hal lalu melutut dan mematahkan jari Finnick. Hanya Bilal sahaja yang memahami apa yang cuba Finnick sampaikan.
Finnick merengus kesakitan.
" Menyedihkan. Biar aku habiskan kau." kata Hal lalu menghasilkan sebatang pemukul berduri dengan kuasa cincinnya. Ketika Hal mengangkat pemukul tersebut Hal mendapati Finnick masih lagi cuba untuk bergerak ke tepi. Finnick cuba untuk berginjak ke tepi dengan jari-jemarinya yang masih berfungsi.
" Finnick, jangan mengalah!" jerit salah seorang banduan dari atas.
Finnick hampir mencapai apron gelanggang. Tangan kirinya hanya seinci sahaja lagi. Sebelum dia dapat mencapainya, Hal terlebih dahulu memukul kepalanya dengan kuat. Tengkorak kepala Finnick pecah dan otaknya terkeluar sedikit dari kulit kepalanya.
" Hentikannya! Dia sudah kalah!" jerit Yusof lalu melemparkan sehelai tuala putih. " Bunuhlah aku! Aku yang mulakan semua ini!" rayu Yusof. Kematian Finnick dan rusuhan ini berpunca daripadanya. Dialah yang mula menumbuk pintu selnya menandakan perjuangan demi kebebasan.
Hal melihat kearah Yusof. " Aku ingat kau. Bukankah kau yang cuba bunuh Wonder Woman ketika di Jerusalem? Ya, kaulah orangnya bukan? Siapa nama kau? Buraaq, bukan?" Hal mengingati kisah lama. Hal terbang mendekati Yusof yang berada dalam bilik pengawal tersebut. Hal bersemuka dengan Yusof.
" Ya, akulah Buraaq. Akulah orang yang patut kau bunuh." Yusof menyerahkan dirinya.
" Oh, aku dapat merasakan perasaan takut kau semua yang berada disini. Itu membuatkan kuasa aku menjadi semakin kuat." kata Hal lalu mencekik Yusof dengan sepasang tangan yang dibuat dengan kuasa cincinnya. Yusof sikit pun tidak melawan kerana dia sanggup berkorban demi rakan-rakannya yang lain. " Cubalah mengucap jika kau boleh."
TANG!!!
Kepala Hal dipukul dengan sesuatu yang keras. Hal terjatuh semula ke dalam gelanggang. Dia mengusap belakang kepalanya dan mendapati kepalanya berdarah. Perlahan-lahan dia cuba untuk bangun.
Tiba-tiba!
YOU ARE READING
Finnick Orion
Action" Dia terlalu sempurna. Maksud saya, Dia adalah 100 peratus sempurna." - PLI. " Naga? Syaitan? Dewa? Aku rasa itu hanya kerja mudah bagi Finn."- JM " Aku tidak rasa dia adalah manusia normal. Mungkin dia makhluk asing seperti Superman. Atau mungkin...