Kehidupan Baru?

19 1 0
                                    

                                                                               

Bangunan SHIELD

" Nanti, awak adalah Yang Hyun Suk dari YG Entertainment?" Soal Finnick kepada Ejen Yang.

" Ya, sayalah CEO YG Entertainment." Jawab Ejen Yang.

" Adakah ini bermaksud saya sedang bercakap dengan bos kepada Blackpink, Bigbang dan iKON? Wow! Saya perlu beritahu isteri saya tentang hal ini. Dia sememangnya peminat tegar kumpulan Blackpink. Dia pernah berkata bahawa dia mahu berjumpa mereka sebelum dia mati. Haha... Memang pelik, bukan. Tapi itulah impiannya." Kata Finnick.

" Awak tahu, mungkin saya boleh berikan pas VIP kepada kamu berdua jika Blackpink mengadakan konsert di America. Lagipun saya berhutang dengan awak." Kata Ejen Yang.

" Nah... Awak tidak berhutang apa-apa dengan saya. memang itu tugas saya." Kata Finnick.

" Oh ya, macam mana dengan karier WWE awak? Saya dengar awak akan menentang Shinsuke Nakamura di Wrestlemania. Tak sabar ingin menontonnya dikaca televisyen." Ujar Ejen Yang.

Finnick berfikir sejenak setelah mendengar Ejen Yang berkata begitu.

" Sebenarnya..... Saya fikir untuk tidak menerima cabarannya dan berhenti dari dunia gusti." Kata Finnick dengan suara yang perlahan.

" Kenapa pula? Bukankah itu yang awak mahukan? Awak juga pernah mengakuinya di kaca televisyen." Soal Ejen Yang. 

" Ya, memang itu impian saya tetapi ianya bukan kerana saya. Ianya Pamela, isteri saya. Saya selalu berada jauh darinya setiap kali ingin ke mana-mana acara WWE. Kadang-kadang saya akan tiada dirumah untuk beberapa hari. Saya cuma ingin bersama dia." Kata Finnick sambil memikirkan Pamela.

" Saya faham maksud kamu. Saya juga pernah merasainya." Kata Ejen Yang.

" Finnick, memperkenalkan ini Maria Hill. Pembantu saya." Kata Nick Fury yang baru datang kepada Finnick dan Ejen Yang yang rancak bersembang dari tadi. 

Finnick bangun dari kerusinya lalu bersalam dengan Ejen Hill.

" Finnick Orion, permintaan kamu telah kami tunaikan. Ejen Hill akan bawa kamu ke rumah baru kamu dan bertemu dengan isteri kamu. Dengan itu, saya ingin mengucapkan jumpa lagi." Ucap Nick Fury lalu bersalam dan memeluk Finnick. 

" Ya, semoga kita berjumpa lagi. Awak juga Hyun Suk." Finnick bersalam dan memeluk Ejen Yang yang masih duduk dari tadi.

Ejen Hill mengiringi Finnick ke kereta yang akan membawa mereka ke rumah baru Finnick. 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

" Sedia? Ingat, jangan curi-curi tengok." Kata Pamela kepada Finnick yang ditutup matanya dengan sehelai kain berwarna merah.

" Ya, saya sedia. Cepatlah buka." Kata Finnick kerana tidak sabar ingin melihat apartment barunya.

" Baiklah, dalam kiraan 3. 1... 2... 3..." Kain tersebut dibuka dan Finnick dapat melihat ruang tamu rumahnya yang baru itu. 

" Wow....." Finnick berasa kagum dan gembira apabila melihat ruamg tamu yang lebih luas dan lebih selesa. Terdapat sebuah televisyen yang besar bersama speaker yang besar dihadapan sofa yang besar dan boleh dikatakan semuanya besar.

" Ini adalah ruang tamu. Disini pula adalah meja makan seperti yang awak inginkan iaitu dengan 6 kerusi yang saya sendiri pun tak tahu kenapa. Disini pula bilik air dan tandas. Terdapat 4 bilik tidur. Akhir sekali, yang awak betul-betul idamkan selama ini ialah sebuah bilik muzik yang mempunyai kelengkapan muzik yang lengkap bersama album kumpulan muzik kesukaan kita berdua." Pamela menunjukkan seluruh rumah kepada Finnick. Kesemuanya sama seperti apa yang Finnick mahukan.

" Oh, saya berharap kita dapat hidup lebih selesa kali ini." Kata Finnick lalu memeluk dan mencium Pamela tanda kegembiraan.

Kediamannya kali ini terletak berdekatan dengan bangun Wayne Industries iaitu di tengah-tengah Gotham City. Ia juga dekat dengan Gotham Botanical Garden iaitu tempat kerja Pamela. 

" Ela, cuba teka siapa saya selmatkan tempoh hari." Kata Finnick yang masih memeluk isterinya.

" Siapa?" 

" CEO Yang Entertainment. Yang Hyun Suk." Kata Finnick.

" Wah, adakah dia seorang Ejen SHIELD?" Soal Pamela ingin tahu.

" Ya, macam tidak percaya bukan?" Kata Finnick.

" Itu memang hebat." 

" Oops, saya ada sesuatu untuk awak." Finnick mengeluarkan iPod Pamela dari poketnya.

" Saya sudah agak saya boleh percayakan awak." Kata Pamela lalu mengambil iPodnya itu. Dia sengaja meletakkanya kedalam beg Finnick sebelum suaminya itu berlepas ke Wakanda.

" Jadi..... Apa awak mahu lakukan sekarang?" Soal Finnick sambil duduk di kerusi yang disediakan didalam bilik muzik itu.

" Awak tahu Blackpink mengeluarkan lagu baru? Tajuknya Boombayah. Lagu yang agak...... Seronok juga mendengarnya." Kata Pamela.

" Ya, saya tahu. Saya sudah dengar di markas SHIELD tadi. Tunggu apa lagi? Bilik muzik sudah ada. Mari kita.... Awak tahu?" Kata Finnick sekerat jalan.

" Ya. Ambil gitar awak, tarik nafas awak dalam-dalam." Kata Pamela.

Mereka berdua mula menyanyikan lagu tersebut seperti apa yang mereka selalu buat ketika masa lapang. Finnick dengan bakat rapnya yang telah banyak membuatkannya menang anugerah seperti Granny Award dan MTV Award. Manakala, Pamela yang hanya menjadikan menyanyi itu sebagai hobinya. 

Itulah yang selalu dilakukan oleh pasangan suami isteri tersebut tidak kira betapa sibuknya mereka. Pamela hanya melakukannya secara suka-suka. Manakala, Finnick mula menceburi bidang muzik apabila dia pernah berlawan rap bersama John Cena ketika di WWE tidak lama dahulu. Hal ini telah menarik minat syarikat-syarikat hiburan seperti Fox dan Spinning Record. 

Selain daripada itu, Finnick juga adalah seorang pelakon Hollywood yang terkenal kerana wajahnya yang tampan dan telah mendapat bintangnya sendiri di Hollywood Walk of Fame kerana menjadi pelakon muda paling berjaya setelah membintangi 5 filem hanya dalam masa 3 tahun. Finnick menceburi bidang lakonan sejak dikolej  lagi. Dia telah memenangi  15 anugerah dalam bidang lakonannya dan memenangi anugerah Oscar pertamanya ketika berumur 19 tahun untuk kategori pelakon lelaki terbaik.

Bersambung..............

Finnick OrionWhere stories live. Discover now